Friday, October 25, 2013

Stailista Hari Kanak-Kanak

Hari ini Sambutan Hari Kanak-kanak di sekolah saya.. Menjadi satu tradisi di sekolah ini,,Hari Kanak-Kanak adalah hari yang paling istimewa buat mereka berbanding Sambutan Hari Raya atau hari-hari lain. Ye la kan Hari Guru untuk guru-guru melaram..hehehe..Hari Kanak-kanak ni semestinya untuk mereka menyambutnya dengan meriah dan perlu diraikan khasnya murid Tahun 6 yang akan meninggalkan zaman kanak-kanak.
Hari ini semua murid dibenarkan memakai pakaian yang paling cantik dan sopan. Kebetulan peperiksaan baru sahaja selesai, apa lagi happy 'sakan' la mereka ni..
Selaras dengan program guru penyayang, hari ini mereka diraikan. Semua murid bebas memakai pakaian yang cantik dengan tema pakaian stailista dan sopan. Tema Hari Kanak-kanak peringkat sekolah tahun ni pula ialah..SENYUM, SOPAN DAN SAYANG....
Dengan senyuman..timbulla rasa sayang..jadi semua kena sentiasa senyum..
Murid yang bersopan akan disayangi..anak-anak yang bersopan santun dan berbudi pekerti mulia akan lebih disayangi oleh semua rakan-rakan, guru-guru dan ibu bapa. Ada ke sesiapa yang nak berkawan dengan orang nakal dan kasar...
Begitulah hubungan senyum, sopan dan sayang....
Sempat la bersama mereka di awal pagi..
saja je datang awal hari ni..jam 6.40 dah sampai sekolah..
Antara murid yang sampai awal di sekolah..



Tahun ini sekolah masih menjalin hubungan dengan Hotel Seri Malaysia...Segala peenyediaan dan persiapan dibuat oleh pihak hotel. Kira ok la..Sokongan dan sumbang ibu bapa amat dihargai dan diucapkan berbanyak terima kasih. Anak-anak pun puas makan, menu yang dipilih memang mengikut selera mereka..spring roll, fried meehoon, fried chicken ala KFC, mini burger fish, potato wedges, fruits n cordial orrange...


Selesai makan, berkumpul pulak di dewan...Muzikarama dan majlis penyampaian anugerah...




Antara penerima anugerah...
4 murid terbaik anugerah pakaian stailista dan sopan.

Fatin Afifah Abd.Hamid penerima Anugerah Murid Berpekerti Mulia Tahun 6

Murid Berpekerti Mulia Tahun 5

Penerima Anugerah Kelas Gemilang 2013 - 6 Cempaka. Ia juga memenangi anugerah Kelas Kehadiran Cemerlang.

Sayang semua...Selamat Hari Kanak-kanak.




Wednesday, October 23, 2013

PPD Timur Laut Pulau Pinang

Assalamualaikum Selamat Sejahtera semua..
MInggu ni agak sibuk sikit..walaupun minggu exam...cuma mengawas anak-anak mengambil peperiksaan saja, tapi tugasan lain bertambah la pulak...faham-faham aje la dah hujung-hujung tahun ni..
Ni nak sembang kejap, nak rehat-rehatkan minda sikit. Letih dah memikio hal-hal lain tu..dapat beratus ribu pun pening jugak nak buat bajet....

Semalam baru menerima tetamu dari Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut Pulau Pinang, yang terdiri daripada Pegawai Pendidikan Daerah bersama 7 pegawainya, pengetua, guru besar dan penolong kanan pentadbiran.Kira semua 31 orang la...Program Lonjakan Saujana  Penanda Aras ke Sekolah Berprestasi Tinggi.

Pelawat Program Lonjakan Saujana Penanda Aras ke Sekolah Berprestasi Tinggi dari PPD Timur Laut Pulau Pinang
ke SK Marian Convent Ipoh pada 22 Oktober 2013.

Terima kasih kerana sudi datang.

Thursday, October 10, 2013

Jaringan Ukhwah bersama SK Tengku Mahmud

Kehadiran mereka pada 10 Oktober 2013... pagi tadi memang ditunggu-tunggu.
 Dah seperti sedara rasanya...kemesraan yang dirasai.. seakan dah lama kenal. Bulan lepas baru ke SK Tengku Mahmud..tu yang seronok bila mereka juga sudi berkunjung  ke sekolah saya. Secara peribadi rasa dah mesra dengan SKTM mungkin kerana kemesraan warganya semasa menyambut kami dulu.. 
Dah 2 kali saya ke SKTM..dan ni kali ke2 juga SKTM ke SKMC..semoga jaringan ini akan berterusan....

 Berkongsi ilmu dalam persembahan chorasikal dan kalam Jama'e.
 Terpegun warga sekolah saya menonton persembahan mereka...


Murid sekolah saya memberikan persembahan dikir barat, bicara berirama dan teater reader



 Sempat juga saya bergambar dengan anak-anak SKTM sebagai kenangan.



Saturday, October 5, 2013

Sarana Sekolah Sarana Ibu Bapa

Hari ni kena beri taklimat kepada guru-guru sekolah saya dan 4 buah sekolah lain. Berkongsi maklumat untuk menyampaikan hasrat dan harapan Kementerian Pendidikan Malaysia. Jadi orang tengah la ni... harap-harap semua cikgu-cikgu mencapai objektif/ tujuan datang ke sekolah saya hari ini.
Sekolah terlibat;
 1. SK Perempuan Methodist, Ipoh

2. SK Rapat Setia, Ipoh

3. SK Ho Seng Ong, Ipoh

 4. SK Raja Perempuan, Ipoh
                     
 5. SK Marian Convent, Ipoh
Sekolah saya... tak cukup ni...mana yang lain?

Bersama guru besar SKMC, SKRS, SKHSO, MGS, RPS

 APA DIA SARANA SEKOLAH DAN SARANA IBU BAPA?

Sarana Sekolah Sarana Ibu bapa di bawah  anjakan 9 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025  yang menekankan kerjasama sekolah dengan Ibu Bapa, Komuniti dan pihak Swasta secara meluas dalam mencapai kecemerlangan dalam pembelajaran anak-anak. Penjelasan harus diberikan kepada semua golongan termasuk guru-guru agar memahami dan seterusnya melaksanakan tanggungjawab bersama.
Sarana sekolah menekan 6 elemen yang menyokong pembelajaran menjurus kepada sistem pembelajaran iaitu:
1. Iklim Sekolah - yang dilihat dalam 4 aspek (aspek fizikal, aspek sosial, aspek emosi dan aspek
    Akademik) banyak membantu dalam pembelajaran dan pengajaran yang berkesan.
2. Komunikasi Berkesan - perkongsian maklumat secara 2 hala: Murid, guru, Kumpulan Sokongan, Ibu
    bapa/ penjaga dan komuniti
3. Sokongan terhadap kejayaan murid - kerjasama antara ibu bapa, staf sekolah, PIBG/Lembaga
    Pengelola Sekolah, ALUMNI dan ahli komuniti dapat  menyokong pembelajaran murid secara aktif di
    sekolah dan luar sekolah.
4. Tanggungjawab bersama -  guru dan ibu bapa saling bantu-membantu dan melengkapi berdasarkan
    kemahiran dan pengetahuaan masing-masing.
5. Keputusan bersama - semua pihak terbabit dilibatkan dalam membuat keputusan demi kepentingan
    dalam menyokong pembelajaran anak-anak.
6. Kerjasama dengan komuniti - proses penyelesaian masalah secara bersama melibatkan semua pihak
    yang mempunyai kepentingan dalam pendidikan.

Sarana Ibu Bapa seiring dengan Sarana sekolah memberikan penjelasan tentang penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak terutama di rumah dan menjadi rakan kongsi sekolah untuk memberi pendidikan terbaik bagi mencapai kejayaan anak-anak dalam kehidupan mereka.
Ibu Bapa harus peka kepada 4 perkara iaitu:
1. Penyediaan suasana pembelajaran di rumah
2. Interaksi sosial dengan anak-anak
3. Komunikasi dengan anak-anak
4. Sokongan terhadap kecemerlangan anak

Ibu bapa juga berperanan sebagai;
1. Jurulatih
2. Mentor
3. Penyokong
4. Sentiasa bermaklumat
5. Menjadual kehidupan
6. Sahabat kepada anak Remaja.

Penggunaan Sarana Ibu bapa secara komprehensif dan berkesan ibu bapa akan dapat mendidik dan mengasuh anak-anak dengan sikap tanggungjawab, semangat memburu kejayaan dan mempunyai hala tuju. Penglibataan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak akan meningkat, di mana ibu bapa boleh memberikan perkhidmatan kepada sekolah dengan kemahiran yang ada sama ada  dalam bidang akademik, kokurikulum, bimbingan kerjaya, 4K (kebersihan, keceriaan, keselamatan & kesihatan) &motivasi.
Hubungan baik antara pihak sekolah dan ibu bapa akan menghasil anak-anak yang bersahsiah positif, peningkatan akademik yang lebih cemerlang dan memberikan impak yang baik kepada kualiti pendidikan negara.
Penglibatan ibu bapa dan ahli komuniti dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB)  mewujudkan rangkaian dan jalinan antara ibu bapa untuk saling belajar dan berkongsi amalan terbaik bagi membantu pembelajaran anak serta mewujudkan sokongan berterusan.

Soal selidik yang diberi kepada ibu bapa dapat memperluas peranan ibu bapa sebagai rakan sekolah dalam meningkatkan keberhasilan anak-anak mereka.

Ibu bapa yang belum mengisi soal selidik bolehlah berbuat demikian untuk memberikan sumbangan kepada sekolah anak-anak kita.

SEKOLAH + IBU BAPA + KOMUNITI + SEKTOR SWASTA =  KEJAYAAN