Tuesday, September 30, 2014

Surat Makluman Bulanan : Oktober & Jadual PKS 2

Untuk makluman semua warga Marian dan ingatan sendiri,
Kadang lupa letak kat mana. So bila dok kat sini, hari-hari buka boleh tengok.
Buat perancangan dan persiapan awal bagi menghadapi semua aktiviti dan exam....







Maaf la, jadual sesi petang tak dapat, so tak ada la kat sini.

Waktu balik pada minggu peperiksaan adalah seperti biasa.
Semoga semua dapat menjawab dengan baik dan terus cemerlang bagi menentukan di mana anda pada tahun hadapan.
Goodluck semua.
.

Sunday, September 28, 2014

Baju sukan design baru ...

 gabungan yang lama dan yang baru..
 depan baru, belakang lama
 cuma diganti dengan nama sekolah kebanggaan semua.



 Model-model ni dipilih berdasarkan ketepatan dengan ciri-ciri Murid Marian bersanggul dan bercekak. Kemas dan berketrampilan...ni la bakal pengganti kakak-kakak ye...
Semoga anak-anak Marian akan terus cemerlang di puncak kegemilangan.
Go Go Go Marian....

Saturday, September 27, 2014

Pemilihan Bakat Gimrama

Semenjak dua menjak ni selalu stayback... bila balik lewat ni dapatla bersama-sama anak-anak Marian Sesi petang...
Hari Khamis lepas diadakan sesi pemilihan bakat gimrama oleh Majlis Sukan Negeri bagi murid Tahun 1. Semua murid seramai 113 orang diberi peluang melalui sesi pemilihan.
                       
 
 
 3 orang ni je yang terpilih untuk latihan seterusnya
Jurulatih tu boleh tahu melalui gaya jalan, sentuhan dan lenturan badan.
Tengok bentuk lutut pun dah tau....satu pengetahuan ni. 
bukan senang nak menjadikan lentuk badan menjadi ahli gimnas ni..

Friday, September 26, 2014

Bunga Berkembang... rehatkan mata sekejap

Minggu ni dah meriah semula kat sekolah. Sampai tak sempat nak menyembang kat sini.
Hari-hari mengadap lappy ni, banyak sangat laporan, data dan dokumen-dokumen yang perlu diselesaikan segera.....tu yang tak sempat nak mengetuk huruf-huruf  kat sini.
 hihihi  intai je, rasa terharu bila ramai tetamu singgah di sini...terima kasih semua.

Bila mata letih mengadap lappy ni... ha ke sini la kejap untuk merehatkan mata, 
kebetulan pekerja sedang merumput di kawasan ini...sambil-sambil memantau la kononnya ni..

nyamannya pandangan mata bila melihat bunga-bunga yang berkembang ni...
Nak ke sini kena tunggu lepas jam 10 pagi... kalau 10 malam dah kuncup semula.
merah, kuning, hijau, ungu, pink, putih
warna-warna yang menyerikan hidup kita...
memberi seribu erti dalam kehidupan...
bunga kebangsaan tetap tidak dilupakan.
                           

Salam rindu untuk semua.
Terima kasih kerana singgah di sini.

Thursday, September 18, 2014

Seminggu bercuti tetap datang sekolah

cuti ni tak ada aktiviti rasmi sekadar memantau keadaan sekolah dan menyiapkan kerja yang patut.
Kira bertugas la. Sekolah tak besar mana, ronda setiap penjuru pagar kejap aje, sedap mata memandang, keadaan yang bersih , rumput dah bermesin. 

Singgah di "Marian Herb' tengok apa yang boleh dipetik buat ulam hari ni..
tengok pokok kunyit ni, dah berbunga, buat ulam sedap ni. Hari ni petik ulam raja aje, makan dengan sambal kelapa...eerrmmmmm menyelerakan tambah dengan ikan cencaru sumbat.
Pokok-pokok hidup subur, cuma pokok kesum je hidup segan mati tak mahu....nak kena tengok selalu tu. Tapi kalau pokok kunyit tu...dah meninggi, taman ni nak kena diubahsuai sikit la....

pagar sekolah dalam proses dinaiktaraf...tak sabar nak tunggu siapnya.  hihihi tak sabar nak posing kat situ sebenarnya. Dah lama sangat perancangannya tu.

kat padang PK KK sibuk buat padang bersama SU Sukan n AJK PIBG.
Terima kasih En Aswad n En Lim yang datang membantu.
Pekerja sekolah pun turut membantu. Terjumpa pulak sarang lebah kat pokok hujung padang tu, semalam baru tukang mesin rumput tu buat kerja kat  situ, lebah suka sangat kat pokok tu, datang dan pergi. Dah panggil pihak JPAM, malam dia settle la, siang-siang tak boleh buat.
Buka sekolah minggu depan dah start sukan tara. Tahun ni lambat sikit mengadakan Sukan Tahunan. Banyak sangat program,  jadual padat sepanjang tahun.
Salah satu program Sarana Ibu Bapa, 
pengurusan sukan sekolah tahun ni akan dibantu oleh
 Biro Sukan PIBG sekolah. 
Ibu bapa yang hadir pun nanti kena memakai baju 
berwarna rumah sukan anak-anak, biar meriah.

Taman Baru... belum diberi nama lagi ni..
Ingat nak buat English stail, nak jadikan bilik muzik tu ala-ala cottage. Cikgu-cikgu ada idea boleh la direalisasikan...JK Panitia Muzik n Panitia Agama  boleh fikir-fikirkan bersama.
Tak sempat nak snap bunga-bunga yang berkembang di Dataran Ilmu. 

Selesai meronda, buat kerja dalaman pulak. Kemaskini maklumat, standby next week pemantau PBS katanya dalam tugas pemantauan sekolah-sekolah di Negeri Perak. Tak tahu la sekolah saya dalam senarai ke tidak untuk dipantau. Kalau maklumat tak memenuhi kehendak, kita belajar dari mereka. Kadang perkara tu ada dilaksana, cuma cara mendokumentasi aje yang tidak menepati syarat. Buat sekadar mampu tapi yang terbaik. 

Tu la rutin minggu cuti sekolah. Cuti pun tetap nak pergi sekolah.
kerana ...Saya suka sekolah saya.

Saturday, September 13, 2014

Ujibakat Dugrostar

Assalamualaikum dan Selamat Pagi...
Nak sambung cerita semalam, 
sambil-sambil siapkan tugasan lain di sini.
hihih release tension sikit.
Selesai mendengar taklimat di PPD petang semalam, 
balik singgah sekolah sekejap.
Sempat melihat beberapa murid sedang diujibakat untuk pemilihan bakat kanak-kanak dalam program 'Dugrostar'
Memberikan ruang dan peluang kepada anak-anak Marian menunjukkan bakat dan kebolehan secara individu dan kumpulan. Selain menanamkan rasa yakin diri dan semangat Saya Boleh. 

Yang sempat dirakam, 
 
 
                                      
 

 Comel-comelnya mereka.

semakin hari semakin sibuk

Bila la nak selesai ni.
 Habis satu, datang lagi dua... yang menunggu ada lagi.
yang tak selesai pun minta dicepatkan. 
seperti dijanjikan, temujanji hari ini ditunaikan
selepas seminggu terbengkalai....
seperti berjanji-janji la pulak, baju sama tapi tak serupa
 tapi sempat lagi berpose ni ...hihihi...buat kenangan
Bersama CC Norazlina..... 
bincang apa lagi yang tak selesai tu....
Gaya dah OK cuma lokasi kurang menarik la CC.
hahaha...siapa punya yang betul ni. 
kosong atas ke kosong bawah?


Friday, September 12, 2014

UPSR belum selesai

Gara-gara ketidak bertanggungjawaban segelintir manusia,
kena la kami bertugas lagi. Lebih  kasihan kat anak-anak yang tak tahu apa-apa terpaksa menerima akibatnya. Program sekolah pun ada yang kena disusun semula untuk disesuaikan dengan keadaan. Tak boleh nak komen lebih-lebih ni. Makhluk tu saja nak menyusahkan orang betul la.....rasa marah la ni.

Apa-apa pun terima kasih  dengan peluang yang diberi menimba pengalaman ini. Pertama kali bertugas memberikan khidmat kepada Unit Peperiksaan. Seronok jugak dapat kenal ramai rakan-rakan.



Terima kasih kepada cikgu-cikgu yang membantu melaksanakan tugas dengan penuh komited dan bertanggungjawab.
Satu pengalaman bersama, pertama kali berkenalan, 3 hari memesrakan suasana.
hihihi lepas ni kena tambah lagi tak tahula berapa hari......kita tunggu aje..

Semoga Allah permudahkan segala urusan kita nanti.



Terima kasih Cikgu Nor'aishah, Cikgu Noorzaihan, Ustazah Salma, Ustazah Siti Shahida, Cikgu Johan, Cikgu Ravindran n Cikgu Zakiah.

Jumpa lagi nanti...

Monday, September 8, 2014

UPSR dah tiba, Goodluck Semua..

UPSR semakin hampir...
hari ni last buat preparation...
Dewan dan  bilik semua dah siap sedia. teratur susunannya. Mudahan-mudahan semua calon selesa.
Calon di sekolah saya 118 orang.  80 orang di dewan, 20 orang di bilik 1 dan 18 orang di bilik 2.
Terima kasih  Pn. Rozayau selaku SU Peperiksaan Luar yang menguruskan dengan baik bersama semua guru Tahun 6 dan pekerja sekolah. Pengurusan yang terbaik dengan pemantauan PK Pentadbiran Pn. Sharifah Nor.
                        
 

Pagi tadi diadakan majlis doa restu kepada semua calon di hadapan sekolah.

                       
 
 
Taklimat terakhir oleh Setiausaha Peperiksaan, mengingatkan semua peraturan yang harus dipatuhi sepanjang masa peperiksaan. Semuanya inginkan yang terbaik demi kelancaran dan keselesaan calon.

Sempat memberikan kata-kata semangat kepada anak-anak Marian. Esok tak dapat bersama mereka.
Semoga mereka akan dipermudahkan dalam segala urusan. Diberikan kesihatan dan ketenangan sepanjang menjawab soalan. Cikgu dah memaafkan semua kesalahan dan menghalalkan segala ilmu yang diberi, semoga kamu semua tenang dan senang menjawab semua soalan. Senyum boleh ye tapi jangan sepanjang masa tersenyum seorang-seorang
5A pasti boleh, yakin boleh..
                         
                                      

Alat tulis yang akan diberikan kepada semua calon.
                                               

Goodluck Semua.