Monday, November 25, 2013

Pengurusan FAIL UNIT HEM

Dah seminggu berlalu cuti sekolah akhir tahun. Minggu ni kena bertugas. Banyak perkara yang perlu diselesaikan. Perancangan 2014 perlu siap sebelum sekolah dibuka. Alhamdulillah setakat ni perancangan dah hampir siap, selepas tu kena digabungkan dengan Unit Kurikulum dan Kokurikulum agar ianya seiring semasa  berjalan atau berlari. Nanti akan diupdate untuk dikongsi bersama.

Hari ni nak check fail Induk.
Bilangan fail ni sebenarnya ikut sekolah masing-masing tapi asasnya sama je. Ia mestilah ikut Jawatankuasa yang wujud di sekolah dan mengikut keperluan. Fail yang popular diminta oleh nazir selalunya Fail Induk Jawatankuasa HEM, Perancangan Strategik, Disiplin, Bimbingan Kaunseling, SPBT, RMT, Kantin dan  Data Murid. Ianya pun bergantung kepada tujuan pemantauan nazir berkenaan. Kalau nak memantau SPBT, kena bawalah ke bilik BOSS yang ada 9 fail yang berkaitannya.


Senarai Fail Induk SK Marian Convent, Ipoh

SKMC/04/01/001      FAIL JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID
                                /1    Carta Organisasi/Jawatankuasa & Senarai Tugas
                                /2    Minit Mesyuarat & Surat Panggilan Mesyuarat
                                /3    Takwim / Perancangan Tahunan
                                /4    Dasar / Garis Panduan & Surat Pekeliling
                                /5    Anggaran Perbelanjaan / Kewangan

SKMC/04/01/002      PERANCANGAN STRATEGIK

SKMC/04/01/003      PEMBANGUNAN PROGRAM SAHSIAH & LAPORAN

SKMC/04/01/004      DISIPLIN & PENGAWAS SEKOLAH

SKMC/04/01/005      BIMBINGAN & KAUNSELING

SKMC/04/01/006      KEBERSIHAN & KECERIAAN

SKMC/04/01/007      KESELAMATAN & KECEMASAN

SKMC/04/01/008      KESIHATAN & RAWATAN

SKMC/04/01/009      KEBAJIKAN & BANTUAN

SKMC/04/01/010      KANTIN

SKMC/04/01/011      RMT & PROGRAM SUSU SEKOLAH & VITAMIN 1M

SKMC/04/01/012      SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)

SKMC/04/01/013      PERABOT & KEMUDAHAN FIZIKAL

SKMC/04/01/014      DATA MURID (APDM & SSM)

SKMC/04/01/015      LAWATAN & PENANDA ARAS



Kandungan Fail Sisipan dalam Setiap Fail 004 - Fail 015
(Fail rasmi : Fail Kertas berwarna putih)

/1   Takwim/ Perancangan Aktiviti/ Program Tahunan

/2   Carta Organisasi/ Jawatankuasa

/3   Surat Panggilan dan Minit Mesyuarat

/4   Dasar / Garis Panduan & Surat Pekeliling SPI/KPM

/5   Laporan Pemantauan/ Aktiviti

/6   Pelbagai
      (data/maklumat,  senarai nama/barang,  contoh-contoh borang)


Unit Hal Ehwal Murid
SK Marian Convent, Ipoh
Sekolah Berprestasi Tinggi.


Daripada pengalaman saya,  laporan yang diminta selalunya  untuk  tempoh tiga tahun terakhir. Sebaiknya data-data/maklumat  tu disimpan untuk tempoh 5 tahun. Kadang-kadang yang lama tu boleh dijadikan panduan. Lain orang lain ideanya kan, kita pun bukan duduk lama dalam sesebuah sekolah. Yang baik akan dijadikan panduan, yang perlu diubahsuai dan dipertingkatkan mengikut masa dan keadaan. Jangan copypaste ubah tahun aje sudah...

Fail Induk tu SKMC menggunakan Fail Kotak - mudah dan lebih kemas untuk penyimpanan
Fail sisipan dimasukkan ke dalam fail Induk mengikut susunan.



Terima kasih kepada semua Setiausaha JK Unit Hal Ehwal Murid SK Marian Convent, Ipoh yang menyediakan fail-fail dengan lengkap dan sentiasa dikemaskini.

2 comments:

  1. Selamat petang cikgu, saya baru dilantik menjadi setiausaha HEM.. Saya ingin bertanya.. Fail Pengurusan HEM hanya sebuah sahaja atau seperti dalam gambar di atas? Untuk pengetahuan cikgu, sekolah kami telah dicalonkan penerima Baiah tahun ini. Mohon pencerahan dari cikgu ya..terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat petang. Maaf terlambat reply.
      Setiap Jawatankuasa Kecil mempunyai failnya sendiri seperti yang disenaraikan mengikut bidang dalam pengurusan HEM dan keperluan sekolah masing-masing. (daripada 001 -015)
      Setiap jawatankuasa sekolah saya menggunakan fail kotak.
      Dalam setiap fail Induk setiap Jawatankuasa ada fail putih seperti gambar yang ditunjukkan.

      Harap dapat membantu dan sempat disediakan untuk verifikasi baiah.
      Selamat Maju Jaya.

      Delete