Saturday, February 25, 2012

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SKMC 2011

Diadakan pada 18 Februari 2012,
Memang la saya excited sangat nak meraikannya, ye la first time nak meraikannya di sekolah saya ni. Sanggup ponteng kelas PPG (dah dapat kebenaran Ketua Unit ye). Habis je majlis terus ke IPG Kampus Ipoh.
Bangga sangat dengan cikgu-cikgu sekolah saya ni yang rajin-rajin dan komited agar majlis dapat berjalan dengan lancar dan gilang gemilang, terutamanya PK Pentadbirannya Pn. Hjh Sharifah Nor bt. Mohammad, yang banyak idea dan sanggup buat apa saja.
Saya memang teruja sungguh la..tu yang posing sakan tu...
Tahniah dan terima kasih semua guru, murid, ibu bapa, staff dan pekerja sekolah yang banyak membantu, juga tetamu yang hadir dan penyumbang-penyumbang yang membantu merealisasikan impian kami.



Cenderahati kepada wakil YB Dato Seri Ahmad Husni Hanadzlah
 



Tokoh Murid - Elya Nurdini bt. Dato' Hj. Roshidi

Tokoh Sahsiah - Chin Yee Kin


Tokoh Kokurikulum - Arisha  bt. Roslan



Persembahan yang mantap dan ceria daripada Puteri-Puteri Marian.
                                               
 


Antara Penerima Hadiah








Kenangan bersama.

Pentadbir bersama AJK PIBG dan Pegawai Pelajaran PPD Kinta Utara





Menanti kehadiran VVIP

Antara aksi-aksi cikgu sekolah saya, masa ni la nak bergaya...puas selepas selesai segalanya.









 




TAHNIAH SK MARIAN CONVENT

Sempena Hari Terbuka PPD Kinta Utara hari ini Sekolah saya telah menerima 3 anugerah;
1. Anugerah Sekolah Cemerlang Kokurikulum
2. Akademik - UPSR 2011 Bahasa Melayu Kefahaman - Semua guru BM diwakili oleh PN. Salmah Kassim
3. Akademik - UPSR 2011 Sains - semua guru Sains diwakili oleh Pn. Maznah  bt. Saidi


Mewakili Guru Besar menerima sijil Cemerlang Kokurikulum
daripada  YB Dato'Seri Ahmad Husni Hanadzlah ,
Menteri Kewangan II merangkap Ahli Parlimen Tambun.

Bersama Pn. Maznah Saidi dan Pn. Salmah Kassim

Bersama Pn. Hjh Zaleha Zainal Abidin dan peserta pertandingan tulisan jawi.

Lama Tak Jumpa

Assalamualaikum n Selamat Sejahtera Semua..
Lama tak jumpa..rinduuuuuuu.
Masalah lappy ni n banyak kerja juga...tak sempat nak cerita kisah sekolah saya.
Banyak aktiviti dan program yang diadakan walaupun baru 2 bulan bersekolah untuk sesi 2012 ni..

Hilang rindu dengan kawan-kawan sekolah lama ...dapat jumpa di majlis Hari Terbuka PPD Kinta Utara.
Dapat jumpa Pn. Paizah Alias guru besar SKPasukan Polis Hutan, tak pernah jumpa sejak tahun 2000. Dulu pernah bersama di SKPPH tu semasa beliau menjadi PK HEM. Majlis tu dihadiri oleh semua guru besar dan pengetua daerah Kinta Utara, saya pergi tu sebagai wakil je...Dapat juga bersembang dengan Pn Hjh Faridah Ahmad Rashidi bekas guru besar SK Rapat Setia...sekolah lama saya.
bersama Kak Aminah  bt. Tak Abdullah pernah bersama di SK Pasukan Polis Hutan (1994 -2000)

Rindu juga dengan kak Mi - Puteri Mimi Jamilah Megat Harun. Pernah bersama di  SK Rapat Setia