Friday, February 27, 2015

Penanda aras dan Jalinan bersama IPG Kampus Ipoh Unit L

Tarikh: 26 Februari 2015 (Khamis)
Peserta : 2 orang Pensyarah, 1 orang Pegawai  dan 23 orang pelajar PISMP Unit L (Muzik)




                     
                                                  
                                          


Program Jalinan Dunia Muzik dan Pendidikan

Persembahan dikir barat 


Semoga ilmu yang dikutip dijadikan sedikit pengetahuan untuk menjadi guru sebenar.
Bukan mudah menjadi seorang pendidik, semudah apa yang dilihat...


Wednesday, February 18, 2015

SYABAS, Peratus Kehadiran mencapai KPI

Tahniah Peratus kehadiran Kelas mencapai KPI sekolah (98%)



Ranking Kehadiran Januari 2015. 
Semua kelas melepasi KPI KPM. (95%) Separuh kelas melepasi KPI Sekolah.

1 1 SEROJA 99.8
2 3 CEMPAKA 99.6
3 4 KENANGA 99.4
4 6 KENANGA 99.2
5 4 CEMPAKA 99.2
6 5 MAWAR 99
7 4 MAWAR 99
8 3 SEROJA 99
9 6 SEROJA 98
10 6 MAWAR 98
11 4 SEROJA 98
12 1 CEMPAKA 98
13 1 KENANGA 97.8
14 6 CEMPAKA 97.7
15 1 MAWAR 97.7
16 5 SEROJA 97.6
17 3 KENANGA 97.6
18 5 KENANGA 97.4
19 2 MAWAR 97.4
20 2 CEMPAKA 97.1
21 5 CEMPAKA 96.7
22 2 SEROJA 96.4
23 3 MAWAR 96.3
24 2 KENANGA 95

Kelas yang mencapai kehadiran melebihi 98%  pada bulan Januari 2015.
Ketua Kelas menerima Sijil Kehadiran Mencapai KPI
                                                                                                                               
                                      




Program Induk Amalan Terbaik Marian ke arah peningkatan kehadiran Murid.
        Suka dan Sayangkan Sekolah

 1.  Sekolah Pilihan semua murid/ibu bapa
 2   Menanamkan sikap sayang dan sukakan  sekolah kepada semua warga. 
 3.  Apabila sayang, nilai kepunyaan akan tersemat  dalam diri murid, bersama menjaga hak yang  diberikan.
 4.  Hadir ke sekolah setiap hari,  untuk mencapai  peratus kehadiran melepasi 95%. (KPI KPM).
 5   Disiplin akan lebih terkawal kerana mereka  akan mematuhi  segala peraturan sekolah,  menjaga harta benda sekolah.
 6.  Menjaga kebersihan dan keceriaan kelas dan  kawasan sekolah setiap masa. Setiap kelas ada kawasan angkat
 7.  Melakukan segala kebaikan tanpa disuruh
 8.. Sentiasa menjaga nama baik sekolah walau di mana berada.
 9.  Berbangga menjadi Puteri Marian.- Proud to be a Marian   - Marian./SKMC —- good      

                    

Program Peningkatan Peratus Kehadiran Murid.      

 1. Menerapkan nilai  Amalan Sukakan Sekolah dan Program Guru Penyayang.

2. Kempen Datang Sekolah Setiap Hari. 'Sehari Tak Bertemu Terasa Rindu' 

3. Program '5 Minit Hadir dan Ceria'

4. Memberi Kaunseling kepada Murid yang Selalu tidak hadir (Fahami dan bantulah saya)

5. Perbincangan & Pemuafakatan Bersama Ibu Bapa/Penjaga 

6. Pemberian Sijil  & Pengikhtirafan 
      a) Anugerah Kehadiran Mencapai KPI sekolah (98%) kepada kelas setiap bulan.
      b) Anugerah Kehadiran Penuh Sepanjang Tahun (Individu)
      c) Anugerah Kelas Terbaik Kehadiran Sepanjang Tahun. (Purata Tahunan)
      d) Kad Ucapan Kehadiran Penuh Individu (3 bulan sekali)


Tahniah Mendapat Tempat Pertama kehadiran Terbaik bagi Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan Daerah Kinta Kinta Utara bagi bulan Januari. Purata Kehadiran Sekolah 98%..

Teruskan kecemerlangan anak-anak Marian... !
Go, Go Marian Go.

Tuesday, February 17, 2015

Anugerah Kelas Ceria dan Bersih Minggu ke 5

Tahniah kepada murid-murid dan guru kelas 4 Cempaka ,Cikgu Rozayu
Pemeriksaan sepanjang  minggu ke 5 ( 9 Feb-13 Feb )

Ketua kelas bersama guru kelas menerima piala pusingan daripada Guru Besar.
  Dalam rondaan hari ni, singgah sebentar di Kelas 4 Cempaka.
Kebetulan Puan Rozayu berada di dalam kelas tersebut.
Saya mengambil kesempatan memberi sedikit motivasi kepada semua murid
agar terus menjaga keceriaan dan kebersihan serta mengekalkan prestasi kehadiran 
yang mencapai 99 % pada bulan Januari. Hanya kerajinan dan usaha yang berterusan
akan memberikan kecemerlangan dalam akademik.
 Ni la murid-murid Kelas 4 Cempaka 2015 seramai 16 orang ( 2 orang tak hadir hari ini)
Semoga mereka akan terus rajin dan mencapai kecemerlangan yang maksimum.
 Keceriaan yang terpancar dalam kelas 4 Cempaka 
bahagian belakang kelas
                                      

 kanan dan kiri dinding kelas
 Sudut etos sekolah (catur) di sebelah kanan hadapan kelas

Top 5 Kelas Ceria dan Bersih Minggu ke 5
1.  4 Cempaka
2.  6 Kenanga
3.  5 Kenanga
4   4 Seroja
5   5 Cempaka

Tahniah Semua....
Marian Indah, Murid Terserlah.

Monday, February 16, 2015

Majlis Anugerah Cemerlang 2014

Alhamdulillah berjaya dilaksanakan pada 14 Februari 2015
Tahniah kepada semua yang menerima anugerah. 
Syabas kepada kepada seluruh warga Marian yang merealisasikan majlis tersebut dengan cemerlang.

Ucapan daripada Guru Besar, YDP PIBG dan perasmi 
antara  VVIP yang hadir
 barisan Penolong Kanan
Penerima Anugerah Tertinggi.
Tokoh Murid (Marian of the year),Tokoh Sahsiah dan Tokoh Kokurikulum

 Gimik Perasmian dan 
penyerahan mokcheck sumbangan untuk sekolah

 Penyampai hadiah, wakil JPN, wakil ALUMNI, wakil PPD dan wakil PIBG


Tahniah dan Terima kasih Semua

Friday, February 13, 2015

Persiapan Majlis Anugerah Cemerlang 2014

Sehari sebelum Majlis besar sekolah ni memang la sibuk. Tahun ni memang banyak cabarannya,persiapan yang dibuat terlalu singkat,...
 
 Sibuk-sibuk di bilik guru, 
sempat lagi menggayakan gadis dan bunga punya perhiasan
 
 Sibuk-sibuk di dewan
 Raptai penyampaian hadiah
 
 Cenderahati untuk penyampai hadiah
 Bunga baru untuk tahun ni...hasil kerja tangan cikgu dan murid 
      

Tak sabar tunggu hari esok...
Jumpa esok.