Monday, February 29, 2016

Bertemu Pegawai Nazir lagi

Berkesempatan bertemu dengan Penolong Pengarah Jemaah Nazir Putrajaya Tuan Megat dan Penyelia Kanan Jemaah Nazir Perak Tuan Haji Anuar bin Omar yang membuat pemantauan Penilaian Tawaran Baharu Guru Besar di sekolah SK Marian Convent. Walaupun sedang membuat program Penandaarasan NPQEL di SK Convent, dengan izin Guru Besar kembali ke sekolah sendiri. Berkongsi maklumat dan cerita bersama Tuan Megat semasa menemaninya membuat pemantauan persekitaran sekolah..... tak ada gambar la pulak semasa beliau sedang membuat lawatan ke kelas Tahun 6.
 
Bersama pegawai Jemaah Nazir dan Pentadbir Sekolah

Selamat Datang dan Terima Kasih.

Sunday, February 28, 2016

NPQELSRG5 AMBILAN 1/2016:










Tetiba teringat kat mereka semua ni.... 
masing-masing sedang sibuk menyiapkan tugasan Penandaarasan dan ePembelajaran ye.. Tak lama dah due datenya tu. Ada yang kena hantar 11hb Mac dan last kena siap 18hb Mac ni dah tu 3 minggu lagi nak exam... aduhhh..,semangat...semangat.....teruskan perjuangan cikgu hindon...
hihihi... rehatkan minda jab kat sini...  Semuanya nanti akan menjadi kenangan....
Mereka adalah.....
Sahabat dalam mencari ilmu kepimpinan dan pengurusan.. 
Yang jauh kita dekatkan
Yang dekat kita mesrakan
Yang mesra kita serasi-serasikan...
 28 orang dari 5 buah negeri 
Pahang, Terengganu, Selangor, Kuala Lumpur dan Perak
bersatu membina kesepakatan, kerjasama dan kesefahaman
Semoga ikatan ukhuwah yang terjalin berkekalan selamanya...
Pengurus dan Penolong Pengurus yang prihatin dan sporting

Sesekali posingla, pantang ada waktu terluang.
Aktiviti memesrakan hubungan, mengeratkan ukhuwah
 
Semoga perjalanan kita semua dipermudahkan untuk mencapai matlamat yang dituju dengan strategi yang diajar serta diberi kekuatan minda dan fizikal bagi meneruskan cabaran dalam dunia pendidikan ke arah pendidikan alaf 21.

Suka zaman persekolahan dulu. Seronoknya jadi murid sekolah....



Wednesday, February 17, 2016

NPQEL: Lapor diri Program Penanda Aras di SK Convent, Ipoh

Misi pertama sebelum melaksanakan Program Penanda Aras NPQEL yang akan bermula 22.Februari 2016 hingga 4 Mac 2016 ialah membuat kunjungan mesra bagi menyerahkan surat Pelantikan Pembimbing dan Sekolah Penandaarasan Program NPQEL Ambilan 1/2016. Amanah daripada Pihak IAB untuk menyerahkan surat dan maklumat program NPQEL harus disempurnakan. Saya memilih SK Convent, Ipoh, nak tahu kenapa saya memilih sekolah ni tunggu entri akan datang ye...

Sebelum datang , saya menelefon dahulu Puan Guru Besar, mana tahu beliau ada tugasan di luar, nanti letih aje pergi kan..hihihi.
Alhamdulillah seperti dijanjikan hari ni 17 Februari 2016 hari Rabu saya sampai di SK Convent, Ipoh jam 3.50 petang, yang jaraknya 5km dari sekolah saya, taklah jauh sangat. Tapi saya sampai agak lewat dari masa yang dijanjikan, tahu aje la macam-macam nak diselesaikan kan...

Kedatangan saya disambut mesra oleh staff sekolah dan PK Pentadbiran Cik Hajah Aminah binti Tak Abdullah lebih mesra panggil Kak Min aje. dah kenal lama semasa sama-sama bertugas di SK Pasukan Polis Hutan...cuba intai page SKPPH kat atas tu... ada kot gambar kami bersama. Pembimbing NPQEL saya Puan Hajah Rafiah binti Abd Razak, Guru Besar SK Convent, Ipoh.... pernah juga berjumpa sebelum ini.

Layanan mesra dan kerjasama yang baik diberikan kepada saya, awal-awal dah dapat maklumat yang diperlukan. Perbincangan apa tindakan yang perlu dibuat sepanjang program ini. Pengalaman beliau yang pernah menjadi pembimbing peserta NPQEL memudahkan urusan saya.
Sebelum balik pada jam 5.20 petang... berbincang lagi di Bilik Mesyuarat Kecil sambil menikmati minum petang .. rezeki hari ni... sedap bihun tu.

Terima kasih dan semoga tugasan saya lebih dipermudahkan selepas ini.

Saturday, February 6, 2016

Hari Anugerah Cemerlang 2015 SK Marian Convent, Ipoh

Alhamdulillah dan Tahniah kepada JK Kerja Majlis Anugerah Cemerlang 2015. Komitmen dan daya usaha semua menjadikan majlis lancar dan gemilang.
 Ni aje cikgu-cikgu yang sempat, yang lain ni dah ke kantin untuk menjamu selera....
Sepanjang persiapan awal memang saya tak ada di sekolah... Alhamdulillah cikgu-cikgu kat sekolah saya ni proaktif, hanya pembentangan kertas kerja dan taklimat pertama bersama saya, seterusnya mereka bergerak mengikut perancangan dan sokongan Puan Guru Besar serta rakan pentadbir yang lain,  mereka ni boleh melaksanakan tugasan yang diberi dengan cemerlang.
Terima kasih sekali lagi, Semoga Allah membalas segala jasa baik kalian.
Ucapan Perasmian oleh Tuan Haji Ismail bin A.Mohamad
Penyelia Kanan Sekolah Rendah PPD Kinta Utara
mewakili Tuan Pegawai Pendidikan Daerah yang tidak dapat hadir disaat akhir.
Terima kasih Tuan Haji Ismail yang sudi hadir.

 Antara persembahan murid, Tarian Selamat Datang dan Tarian Rampai, Choral Speaking, Koir dan Action Song.
                          

 Tahniah anak-anak Marian yang gemilang.
Sempat juga merakam kenangan bersama tokoh-tokoh 2015

Tokoh Murid 2015  -  Ishani a/p Manivanan
Tokoh Sahsiah  - Jessicca Ong
Tokoh Kokurikulum - Farah  binti Jokhairi
Tokoh Sukan  - Sujitra a/p Kunasekaran

 Kenangan bersama mereka...
 Menjadi pengiring Tokoh Murid 2015 - Ishani a/p Manivanan
 Terima kasih Pn Zaiton Su selaku Penyelaras majlis yang banyak membantu..Perbincangan akhir sebelum majlis bermula....
 Sana sini mencelah merakam kenangan...
                          
 Ada birthday mama hari ni...
 Tahniah anak-anak dan ibu bapa Marian yang cemerlang
Terima kasih semua. Semoga terus gemilang.