Tuesday, May 22, 2012

Saya dan Sofbol..sibuk lagi

Bulan ni memang sibuk. Tiap hujung minggu ada je program. Kadang rasa letih sangat tapi puas dapat siapkan apa yang dirancang. Latihan sofbol di sekolah cuti sebulan, tapi ramai yang terlibat dengan pasukan daerah. Minggu pertama bulan Mei ni 13 orang terpilih untuk latihan pusat daerah,ulang alik hantar mereka SK Seri Kinta. Minggu kedua pula latihan pusat pasukan daerah 9 orang terpilih. Alhamdulillah.
Hujung minggu tu 11,13 dan 14 pula Kejohanan Sofbol MSSPk kategori Perempuan, pertama kali saya terlibat sepenuhnya, membantu menguruskan team daerah. Ye la ramai anak-anak Marian, kena kerja lebih la sikit. Kebetulan kejohanan berlangsung di Ipoh, kalau di daerah lain tu tak pergi kot.
Sekolah saya ni terlibat secara langsung kerana menjadi Jawatankuasa Majlis Penutupan, Hadiah & Sijil.Terima kasih Pn.Fairul Nazwa, Cik Azlinda, Cik Noor shazwani dan Pn. Rabiyah terpaksa bertugas pada hari Ahad, 2 minggu berturut-turut.
Pemain Daerah Kinta Utara dari  SK Marian Convent, Ipoh 


Pasukan Daerah Kinta Utara 2012 - NAIB JOHAN MSSPk

Sebelum perlawanan

Pasukan sorak menyemarakan semangat pemain.

JK Majlis Penutupan, Hadiah & Sijil bertugas di Minggu ke-2,

  TAHNIAH dan TERIMA KASIH Semua.

23 - 25 Mei 2012
Latihan pemilihan pasukan Sofbol Perak ke MSSM.
Semoga ketiga-tiga anak Marian akan terpilih mewakili Perak ke Kejohanan Sofbol MSSM
Selepas lapor diri di Hotel Fair Park, posing dulu di bilik.
Selamat berjaya.


Saturday, May 5, 2012

Jalinan & Jaringan Keantarabangsaan


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.
Rindunya lama tak buka blog ni. Agak sibuk sedikit. Banyak tugasan dan program-program kat sekolah ni yang perlu dibereskan.
Nak berkongsi sama cerita di sekolah saya.....

Hari Pertama : 30 April 2012
Jam 3.30 petang - Majlis Sambutan dan Perasmian  di SK Marian Convent
Cikgu-cikgu sekolah saya bersedia menanti kehadiran tetamu

 Para peserta Program Keantarabangsaan 
Guru dan Murid Sekolah Anuban Songkhla Thailand, 11 buah sekolah terpilih di Daerah Kinta Utara, Guru Besar sekolah terlibat dan Pegawai-pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara,




Hari Kedua : 1 Mei 2012
Lawatan ke Gua Kek Long, Aktiviti Sukaneka di Taman Rekreasi Gunug Lang, Bermain Bowling di Ampang Bowl, Ipoh Parade dan Lawatan ke Lost World Of Tambun. Letih tapi menyeronokkan.





 Hari Ketiga : 2 Mei 2012
 Program Sehari di Sekolah dan Malam Kebudayaan & Jamuan di Taman Rekreasi Gunung Lang






Hari Keempat: 3 Mei 2012
Hari Perpisahan Lambaian kenangan di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh.