Saturday, December 17, 2016

Hari Kanak-Kanak SK Bakong


Tarikh:  25 November 2016

Pertama kali diadakan Sambutan Hari Kanak-kanak di SK Bakong. Program diadakan bersama jamuan akhir tahun. Selalunya jamuan akhir tahun diadakan di kelas masing-masing. Bagi mengeratkan ukhuwah semua warga sekolah daripada murid prasekolah hingga ke Tahun 6 seramai 108 orang, pengurusan majlis diadakan bersama. Selain memberikan pengalaman kepada anak-anak SK Bakong disamping mempelajari adab berada di majlis.


 
 
                       
                       
                       
                     
                       
                       
                         
                         
                         
                         
                         

              
                       
                                     
 

                    

Alhamdulillah kreativiti, kerajinan dan kesepakatan semua warga sekolah menjadikan suasana sangat bermakna. Anak-anak dirai dengan penuh kasih sayang, berpakaian cantik berwarna-warni manakala cikgu-cikgunya bertemakan pink.

Suasana dewan dihias indah ala-ala hotel, makanan dihidang kepada anak-anak oleh guru-guru. Kerjasama PIBG menghias dewan yang ceria amat dihargai.

Paling seronok dapat makan aiskrim. Opps ada cikgu sponsor ni.






 Murah rezeki  cikgu-cikgu di sini, menjadi kebiasaan bila hari akhir persekolahan ada ibu bapa yang menghantar makanan ke sekolah tanda mengucapkan terima kasih meskipun anak-anak telah tamat belajar di SK Bakong. Tanda orang berbudi kita berbahasa.

Terima kasih semua.. Sebagai ingatan dan impak program dilaksanakan majlis Sambutan Hari Kanak-kanak SK Bakong.

Adab di majlis makan
1. Duduk sopan, tidak mengganggu rakan semeja.
2. Mendengar ucapan dengan baik dan tidak bersembang.
3. Berdoa sebelum makan dan mula makan apabila dijemput.
4. Makan dengan tertib, tiada makanan yang tumpah.
5. Mengambil makanan secukupnya, dapat dihabiskan dan tidak membazir.
6. Ucapkan terima kasih kepada tuan rumah dan pengurus majlis.

SELAMAT HARI KANAK-KANAK....

Monday, December 5, 2016

Koleksi lencana Sekolah Cikgu Hindon dah bertambah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua...

Tumpang di sini dahulu ye, nak buat blog khas untuk Koleksi Kenangan belum berkesempatan

Koleksi Lencana Sekolah Cikgu Hindon
Wah seronoknya bila bilangannya semakin bertambah, tapi sedih sikit dah hujung tahun ni sasaran belum tercapai lagi untuk target tahun ini. Terima kasih sahabat2 Geng Hobi Kumpul Lencana dan kenalan yang memberi semangat dan sokongan.

Selalunya dapat hadiah lencana daripada kawan-kawan dan juga yang mereka tolong belikan. Selain itu ada yang dibeli sendiri ke sekolah berkenaan.

Bila ada geng hobi yang sama dan buat group maya untuk berhubung, dapatlah kami bertukar-tukar koleksi lencana sekolah.

Kiriman pertama diterima daripada Tuan Abdul Aziz bin Abdul Hamid (ABAH). 8 keping lencana diterima daripada ABAH. Blog ini menjadi pengantara antara kami. Tuan ABAH ni dah popular, dah buat pameran, dah masuk TV1 dan mempunyai sistem fail yang kemas untuk koleksi lencananya. boleh intai blog beliau  http://lencanasekolah.blogspot.my

Ni pula adalah hasil 'SWAP' yang diterima daripada adik-adik dalam group gengHobiKumpulLencanaSekolah. Bila ada group ni semakin bertambah bilangan koleksi lencana Cikgu Hindon...


Terima ksih juga kepada penyumbang lencana dan yang membantu membelikan lencana sekolah suami, isteri atau anak-anak..

Hadiah paling bermakna bila dapat sekali 50 keping dari Perlis.... sokongan dan semangat yang diberi oleh Cikgu Zaindra & Cikgu Madasima menambah ceria koleksi Lencana Sekolah saya ni..

Tetamu yang singgah di laman ini yang sudi menambah koleksi lencana sekolah Cikgu Hindon boleh la poskan ke alamat saya sekarang...

Hindon bt Wahid
SK Bakong
Kampung Kuchai,
32900 Lambor, Perak.

Jasa baik semua amat dihargai.
Terima Kasih Sangat-sangat.

Sunday, November 27, 2016

Majlis Graduasi Tahun 6

24 November 2016

Tahniah anak-anak Tahun 6 SK Bakong. Menamatkan zaman persekolahan rendah.
Semoga kalian terus berjaya melangkah kaki ke alam remaja..


 Guru turut meraikannya...
                         
                        

Tahniah semua...
#sukasangatdengan mereka
#haripakaijubah

Hiasan Pentas Hari Anugerah Cemerlang SK Bakong 2016

24 November 2016

 Hiasan pentas dan sudut berfoto hasil kreativiti guru-guru dan Ahli PIBG yang bekerjasama merealisasikan.


Hubungan PIBG dan guru-guru SK Bakong yang erat dan mesra bersama meraikan kejayaan anak-anak.
 Selepas selesai majlis, ambil peluang merakam kenangan.

                   

Tahniah dan terima kasih semua.

Wednesday, November 23, 2016

Jamuan Akhir Tahun 6 SK Bakong

22 November 2016
12.30 tengah hari - 2.00 petang
Dewan Bunga Mawar SK Bakong.

Tahniah dan Terima kasih kerana menzahirkan segalanya.
Pandai mengurus dan mengendalikan majlis sendiri.
Menjadi pengacara, menyedia slaid presentation, hadiah surprise untuk tetamu & guru kelas.... melayan guru-guru n tetamu makan.
Terima kasih ibu bapa yang menyediakan makanan dan minuman dan membantu menghias dewan.


















Kenangan manis bersama kalian meski baru berkenalan...
Bestnyer ada photo booth ni.
           bersama Luqkman Hakim               Amaliya, Airen, Amira, Aina, Syahiera
            
               with Aireen Syafarah Sulaiman

 Terima kasih En Norazmi b. Mohamed Lazim Pegawai ICT PPD Perak Tengah yang hadir dan sporting.