Wednesday, December 23, 2015

Pengurusan Fail Kurikulum

Lawatan Penandaarasan Pengurusan Fail Kurikulum sekolah oleh guru besar-guru besar dari Utara Perak...
1. Puan Hajah Busnah bt Ismail - Guru Besar SK Kampung Selamat, Simpang Empat.
2. Puan Hajah Noriah bt Abdul Hamid - Guru Besar SK Jalan Baharu, Parit Buntar
3. Puan Rokiah bt Ahmad - SK Klian Pauh, Taiping
4. Puan Azimah bt Shamsuddin - SK Kampung Kedah, Parit Buntar

Berjumpa mereka Majlis Perhimpunan Bulanan JPN Perak kerana menerima Anugerah masing-masing, terus datang ke sekolah saya, dah alang-alang sampai di Ipoh ye..... mewakili guru besar rasa berbesar hati menerima kunjungan mereka.
 
                         
 Berkongsi cara menyimpan maklumat....
                     
Kabinet almari yang memuatkan semua fail Kurikulum, HEM dan Kokurikulum di dalam Bilik Gerakan. Bangunan dan ruang sekolah yang terhad, Bilik Gerakan dijadikan sebagai pusat maklumat sekolah. So nak masuk Bilik Gerakan kena minta kebenaran.
 
Setiap dalam fail kotak ada fail putih  
Senarai fail kecil (fail putih)

Terima kasih kepada semua Ketua Panitia dan SU setiap Jawatankuasa Kurikulum yang menyediakan dokumen lengkap setiap fail. Komitmen dan kerjasama semua guru amat dihargai... Jasa kalian sentiasa dikenang.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah
Yang kurang dan silap itu datang daripada kelemahan kami sendiri.

SK Marian Convent Sekolah Terbaik Keseluruhan di Perhimpunan Bulanan Disember JPN Perak

Dalam melalui hari-hari terakhir bulan Disember 2015, banyak pengalaman yang ditimba.. akan menjadi memori dan langkah awal untuk terus cemerlang menerajui dunia pendidikan yang semakin mencabar...

Rasanya ni kali kedua menghadiri majlis perhimpunan bulanan Jabatan Pendidikan Perak. Hadir mewakili bos saya Pn Hajah Rogayah yang sedang bercuti bagi menerima Sijil Penghargaan untuk pencapaian sekolah yang cemerlang dalam UPSR 2015...

Alhamdulillah atas penerimaa Sijil Penghargaan

1. Pencapaian Kualiti Terbaik (100%)
2. Pencapaian GPS Terbaik  (1.40)
3. Pencapaian Terbaik Keseluruhan

Tiada kata yang dapat digambarkan hanya.. syukur alhamdulillah.
Kejayaan ini adalah hasil usaha gigih bersama seluruh warga Marian.
Bersama Pengarah JPN Perak Tuan Haji Rozi bin Puteh Ismail dan Pegawai PPD dan Guru Besar
penerima sijil Penghargaan.
                                                        
                            
 Tahniah juga kepada Cikgu Nurul Asyiqqin bt Ahmad Shukry yang menerima Sijil Penghargaan
 atas penglibatan cemerlang dalam program Frog VLE...Semoga terus berjaya.
                           

 Alhamdulillah... Syukur dengan kejayaan yang diterima.
Tahniah dan Terima kasih semua.

Thursday, December 17, 2015

Pengalaman bermakna di Daerah Kerian

Semalam berpeluang menimba ilmu dan menambah pengalaman mengikut bos saya memberikan taklimat kepada Guru Besar- Guru Besar di PPD Kerian, Perak. Pertama kali ke tempat ini, PPD ni terletak dalam kawasan Sekolah Wawasan Pekan Baru di mana ada sekolah SK Pekan Baru dan SJKT Pekan Baru... bertambah bilangan sekolah yang saya kunjungi... SAYANGnya saya tak dapat nak posing di pintu pagar sekolah tersebut.... insha Allah suatu hari nanti akan ke sana lagi..
                           
 
 
 Lebih bermakna berjumpa dengan kawan-kawan lama yang tidak ditemui hampir 17 tahun...
Kak Rusna bt Mohd Jani, orang kuat bola jaring negeri Perak ketika tahun 90an... masa tu aktif la juga sebagai pengadil, main ikut2 aje.
Seorang lagi kak Hjh Busnah bt Ismail.. pernah sama-sama mengajar di SK Pasukan Polis Hutan tahun 90an jugak.... jadi guru beso dah ni...
            

Selesai program dalam perjalanan pulang satu lagi tempat dituju yang tak pernah saya kunjungi walaupun dan berpuluh tahun duduk di Perak... Kuala Gula, muara sungai yang menjadi persinggahan burung-burung dari benua lain...tapi ada musimnya...Selain menu makanan lautnya sedap chalet penginapan juga ada bagi memudahkan pengunjung yang datang dari jauh...
Ianya memberikan pengalaman berharga kepada saya.
                         
                         
                         
Terima kasih Pn Hjh Rogayah bt Pilus...
Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan semua urusan buat Guru Besar saya.