Wednesday, August 23, 2017

Payung Merdeka SK Bakong

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Rasa dah lama tak ngintai laman ni... adalah lebih kurang sebulan... rasa lama tu.

Sekarang demam Bulan Kebangsaan, sibuk menyiapkan sudut-sudut bertemakan Kemerdekaan.  Terima kasih cikgu-cikgu yang menambah ceria Laman LINUS bertemakan Warna-warna merdeka. Boleh la maklum hakim pertandingan SUDUT LINUS untuk datang menilai ye.



Alhamdulillah bila dah dipayungkan, redup sikit sudut tu.Waktu tengah hari pun masih boleh dijadikan tempat pembelajaran.




Bertambah la sudut untuk kita semua posing2 dan berswafoto ye.
Hari ni kenangan sedondon dengan ummi.. ustazah Norhanishah Abdul Manaf yang akan bersara mulai 2.9.2017. Tapi majlisnya akan diadakan pada hari Jumaa 25.8.2017.. hari akhir persekolahan sebelum bercuti seminggu.








Terima kasih semua yang sama-sama suka bersedondon dan merakam kenangan...

#Suka,Seronok,Sayang

Friday, August 18, 2017

Majlis Bacaan Yassin Mingguan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hari ni hari Jumaat, 18 Ogos 2017 hari yang sangat indah, tenang dan indah.

Seperti biasa, setiap Jumaat diadakan Majlis Sentuhan Rohani. Pengisiannya bacaan yassin oleh seluruh warga sekolah dan sedikit tazkirah pendek Semoga anak-anak akan sentiasa bersih jiwa dan rohaninya, diberi kemudahan untuk mendapat ilmu. Semoga program ini dapat dialksanakan berterusan, menjadi satu program tahunan.
                                      



#sukaseronoksayang
#lenturbuluhdarirebungnya

Wednesday, August 16, 2017

Semangat Merdeka

Hari ni bertemakan biru dengan semangat kemerdekaan. 
Santaikan diri melawat kawasan  
Menghargai tanda terima kasih hasil usaha dan kreativiti ahli PIBG yang menghasilkan gerbang merdeka ini. 
Setiap ruang dihias ceria bertemakan kemerdekaan, merah putih biru dan kuning.
warna warni dalam kehidupan.
                                                            



#sukaseronoksayang
#kamianakmalaysia