Saturday, March 29, 2014

Demam Denggi : Jus daun betik Penawar yang mujarab

Assalamualaikum n selamat  sejahtera semua...

CUTI SEKOLAH dah di penghujungnya, demam anak belum kebah lagi..issh cam mana ni.. Mudah-mudahan cepat sembuh la, bila dah mula sekolah nanti kena tambah cuti lagi le..
tu yang tak nak
Redho dengan ketentuan IIlahi. Dah 10  hari Ainny demam. 
Allah beri kemudahan untuk saya menguruskan anak yang demam sepanjang cuti sekolah ni, so sepanjang minggu ni dok temankan anak baring je depan tv, lap badan, jelum kepala, sebelah pagi berulang ke klinik ..5 hari berturut2, Esok kena pergi lagi. Harap-harap itu yang terakhir,
kesian Ainny. berselang lengan kena cucuk untuk ambil darah

 Nak kongsi pengalaman n beri petua, sekadar berkongsi2 maklumat yang dapat dan alami sendiri. First time merawat orang suspect demam denggi.

Dua hari Ainny demam kat sekolah. (Ainny ni dok asrama).
Tak kabo pun kat cikgunya.  Tu la perangai dia, bukan nak minta tolong kat orang lain.
Apa-apa pun terima kasih la pada kekawan Ainny yang buh 'cool fever' malam tu ye.
Last day sekolah ambil bawa balik..memang panas badannya. Dok kat umah 2 hari pun xnak pergi jumpa doktor.. dok ingat demam biasa je, ubat pun takut nak makan. lap badan dan jelum kepala je
ingat antibody kuat...sebab Ainny ni minum susu ibu je masa kecik. agaknya antibody dah lemah, ye la dah berbelas tahun..hehehe . Makan pun tak lalu,  badan pun dah tak larat ...akhirnya paksa jugak bawa g klinik...

Hari pertama jumpa doktor...suhu badanya 38oC, (ni hari ke-6 demam)
Esok kena datang lagi, check darah lagi, kata doktor. Sebelum ke klinik kekawan dah kabo takut denggi, suh check darah. bila doktor kata esok kena check darah lagi, dah tersentap juga hati ni..
tapi belum confirm. hati ni ok lagi. Kat umah makan ubat yang diberi je.

Hari ke dua ke klinik, tengok result darah xfaham apa. Jumpa doktor.... tunjuk result darah, check suhu badan 39.3oC, platlet 139.. platlet yang normal 150 ke atas.
terus diberi kad merah...Rekod Pemantauan PESAKIT DENGGI..
esok datang lagi, baca arahan belakang kad ni. Ikut apa yang disuruh.. platlet darah kurang, banyakkan minum air...itu la kata doktor..
hari tu bagi MINUM 100 PLUS je... tu pun payah nak minum
Kebetulan hari ni ada dokumentari di TV1 tentang DENGGI... antara penawarnya banyakkan minum air, air isotonik, sup ketam dan paling mujarab jus daun betik..
tapi bila kata pahit anak tak nak...biarkan dulu.

Hari ketiga...dah tahu prosedur, lepas daftar terus ambik darah n tengok result muka saya pun berubah, kesian anak aku.. platlet darah makin turun 116..confirm denggi ni, hati dah risau, kalau kena admit ni lagi kesian kat Ainny.
Jumpa doktor check suhu badan 37.8 , masih demam. BP pula 88/60. Soalan yang sama doktor tanya, ada muntah tak, cirit ke, sakit kepala, badan sengal-sengal, sendi sakit, gosok gigi keluar darah tak?
OK kita masuk air,kalau tekanan darah masih rendah, pergi hospital.
Dua jam dok kat klinik tu, tunggu sampai air dalam tiub tu habis.Alhamdulillah BP ok, xperlu ke hospital...esok datang check darah lagi ye.
Hari ni penawarnya SUP KETAM....pun xnak makan, xlalu katanya. paksa2 gak tapi xbanyak mana pun makannya..hehehe emaknya yang makan banyak.

Hari keempat, ingatkan dah ok...platlet 134,
dah bertambah tapi masih di bawah 150..hummmm, Suhu badan masih 38oC.
  Esok kena ambil darah lagi la, tengok naik ke turun. lagi pun masih demam. Tu la kata doktor
Tak boleh jadi ni, seacrh google cari penawar (walhal dah tau, cuma nak confirmkan)

Jom share:
 Tips & Petua  Merawat Demam Denggi 
>minum air suam / air masak<
*minum air banyak², kalu kene tahan wad pun depa akan masukkan air juga dalam badan kan
>sup ketam<
*xkisah la ketam nipah ke ketam laut ke masak sup kemudian makan dan hirup kuah sup ketam tu.

>jus daun betik<
*Dapatkan daun pokok betik yang matang dan bersihkan daun itu. Kemudian tumbuk daun itu dan perah untuk dapatkan jusnya. Minum satu sudu kecil jus itu.(Saya nasihatkan jangan campur dengan air, kerana jus itu sangat pahit. Lebih senang minum satu camca kecil daripada segelas air yang pahit).

>jus buah kiwi<
 *blend buah kiwi fresh kemudian minum jusnya
>jus kurma<
*blend kurma 10 - 20  biji besama segelas air suam, bagi minum setengah gelas pagi,setengah gelas ptg.setiap hari sehingga sembuh.

>jus jambu<
*khasiat air jambu boleh melawan radikal bebas

>jus pegaga<
*blend pegaga fresh kemudian minum jusnya 

>tembikai merah<
*makan tembikai merah banyak2.. wah, best lah petua ni.. sebab mmg suka tembikai

Nak maklumat lanjut tengok link ni:


Ok ikut urutan petua tu, confirm kena paksa minum jus daun betik.
 (kosnya kira xde, cuma ucapan terima kasih pada tuan punya pokok)
Selepas tu saya ke sekolah..nak cari daun betik, Eh ada ke pokok betik kat sekolah tu.
 Sebenarnya rindu kat sekolah. Mana ada pokok betik, pokok pisang ngan pokok kelapa ada la. Hanya bawa balik ulam raja je. Nak cari anak pokok betik, tanam kat sekolah. kat rumah sendiri xde tanah dah. Dok kat dapur, terpandang pokok betik kat rumah jiran belakang dapur tu.  Minta la dengan jiran tu....petik 2 helai (sebenarnya sehelai pun cukup  boleh dapat 5 sudu besar)

Saya tumbuk sendiri, air tangan ibu lebih baik kan..orang kata buang urat daun, saya tumbuk semua sekali (lupa)..cuci bersih-bersih daunya, siat-siatkan n tumbuk la 2 atau 3 kali sebab lesungnya kecil. Lepas tumbuk, perah aje dengan tangan sendiri dalam penapis, Jangan campur air langsung. Dapat yang betul2 pati....baunya pun dah terasa pahit.., Ni la penawar mujarab tu..

pokok betik kat rumah jiran belakang dapur.
Ambik daun je, buahnya belum matang lagi.


Nak tau bagaimana rupa muka Ainny... memang payah makan ubat..sebelum telan 2 susu besar jus daun betik, kena standby benda makan yang boleh bantu hilangkan pahitnya...Ainny makan roti bakar, air milo n 100plus.  Masa nak minum tu tutup hidung dan mata supaya tiada gangguan emosi dengan bau pahitnya yang memang terasa sangat...memang pahit......pahit kan ubat.(dalam petua yang dibaca 1 sudu je, tapi saya beri 2, konon nak cepat baik la kan, alhamdulillah xde effect apa)

OPsss  sambung cerita jumpa doktor hari kelima: terkejut tengok resultnya platlet 180 
mendadak naik ....alhamdulillah. (effect minum 2 sudu jus daun betik tu kot)
Tapi suhu badan Ainny masih tinggi  38oC.
Esok kita check lagi sebab masih demam.....doktor beri lagi paracetamol n ubat batuk.
Hari ni beri jugak 1 susu besar jus daun betik (stok semalam).
Harap esok kali terakhir, sebab esok pun dah hari terakhir cuti sekolah...

Semoga Ainny cepat sembuh. Amin. Rindukan kakak Ainny jugak.              


p/s:
Jika tak sihat jangan tunggu lama untuk berjumpa doktor.
Makan ubat ikut sukatan yang betul.
Amalkan banyak minum air kosong.
Selepas berusaha, berdoa, lepas tu baru tawakkal.

28 comments:

  1. Assalamuaikum cikgu, ada orang cakap pucuk betik rebus kemudian tapis dan minum airnya. Betul ke? Saya juga suspect denggi sekarang nie. Mohon pencerahan kalau cikgu tahu pasal nie.

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam, ada juga yang rebus dan minum airnya tapi mungkin lambat kesannya. waallahualam. Pengalaman saya, lebih mujarab daun yang segar dibasuh, ditumbuk, perah dan tapis. Terus minum 1 sudu atau 2 sudu (tapi pahit la sikit). Alhamdulillah apa yang buat pada anak saya berkesan dengan cepat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tumpang bertanya,berapa lama air rebusan boleh disimpan untuk diminum?kerana air rebusan masih banyak yg tinggal.he he he.

      Delete
    2. direbus dengan air yang banyak ke..kurangla patinya, sebaiknya rebus dengan air yang sederhana untuk sekali atau dua kali minum. Yang segar tu lebih baik. kalau disimpan tu rasanya akan masam sedikit. (kalau simpan peti ais tu waallahualam)

      Delete
    3. dulu saya hanya tumbuk saje.. dapat yang betul2 pati tapi pahit banyak.
      Baru ni saya buat untuk kawan suami pulak blender 1 helai daun betik campur air sedikit jadikan 500ml, dia minum sekali gus. 3 hari saya buat untuk dia. Alhamdulillah.

      Delete
  3. Assalammualaikum cikgu. Saya keliru sket.. Daun betikatau pucuk betik

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. waalaikumussalam, daun betik, saya gunakan daun pada dahan yang pertengahan. tidak la terlalu muda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Brp lama air rebusan daun betik boleh disimpan untuk diminum?

      Delete
  6. Jus pucuk betik ramuan asli dgn stevia untuk menambah platlet darah spt terkena denggi dan utk penyakit kencing manis. Terbukti berkesan.sebotol rm15.call 0192272127. gerenti tidak pahit

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Puan.Terima kasih atas info yg sgt membantu sy di saat kebuntuan mencari penawar utk suami yg baru suspect denggi...

    ReplyDelete
  8. Sekarang dah ada jual pati daun betik. Harga Rm10 sebotol. Rasanya x lah pahit sgt. Sekali minum 1 botol

    ReplyDelete
  9. Anak saya 2 org kena denggi..alhamdulillah ada jus daun betik yg ready made dijual kat kedai kat rumah..RM10 jer sebotol..insyaalah berkesan..tapi Doc yg rawat anak saya agak sekeptikal dgn pertua ni...katanya blm ada research la..blm ada bukti la..sup ketam tu ok sbb petua org melayu..saya xsetuju..tak srmestinya kalau bukan petua org melayu tu tak betul..tapi saya diam jer..sbb dia doc dan saya kat spital...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat mana kedai jual jys daun betik ni?

      Delete
  10. Dimana boleh saya beli jus daun betik,.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Widyawati Sdn BhdJuly 8, 2015 at 9:12 AM

      Salam Encik, Sekiranya berada di kawasan berhampiran Kajang boleh lah daptkan Jus betik dari Widyawati Sdn Bhd : 53, Jalan Raja Haroun, 43000 Kajang, Selangor.No telefon : 019 - 233 9136. Terima kasih

      Delete
  11. selamat sejahtera, tumpang tanya, jus betik ini sesuai diminum oleh wanita mengandung tak ?

    ReplyDelete
  12. Betul tu, antara khasiat daun betik digunakan sebagai penawar denggi. Klinik2 pun dinasihatkan utk sarankan pesakit denggi minum jus daun betuk.

    ReplyDelete
  13. Kena jaga kebersihan Sekitar Rumah....

    ReplyDelete
  14. Bagus juga jus daun betik untuk denggi kan .tapi tak semua boleh nak telan jus tu termasuk saya..

    ReplyDelete
  15. Assalammualaikum cikgu.sy nk tnya...bpa kli ye perlu mnum pati ni? Skli shari ke or dua kli shari...sebab mak saya suspek denggi sebelum ni...sy bg mnum jus betik yg already made tu..harini cek doc kata positif plk..sok cek lg darah d hospital...sy trus buat sendri pati yg cikgu ajarkan sebab risau makin truk sedangkn mak sy demam nya da ok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam
      Saya hanya memberi anak saya minum 2 kali sehari dan hanya 2 hari saja dia minum jus daun betik tu. Didoakan semoga ibu cepat sembuh. Kita berusaha selebihnya berdoa dan tawakkal kepada Allah.

      Delete
  16. Perkongsian yang menarik dari penulis dan info yang bermanfaat bagi orang ramai di luar sana. Terima kasih diucapkan kerana berkongsi.

    Anda ingin SIHAT? Bagus! Saya percaya Anda ingin Sihat. Kini ianya sangat MUDAH, SENANG & TANPA makan ubat-ubatan Anda boleh SIHAT! PENEMUAN oleh para doktor dimana mereka juga adalah PENGGUNA produk ini!!. Kenapa ENERTRI? Enertri merupakan produk kesihatan 100% semulajadi yang mampu mengatasi masalah:

    1. DIABETES
    2. PENYAKIT JANTUNG
    3. TEKANAN DARAH TINGGI/ RENDAH
    4. PENYAKIT ARTERI KORONORI
    5. KOLESTEROL/LDL TINGGI
    6. GANGRENE
    7. TIROID
    8. STROK
    9. DAN BANYAK LAGI...

    CEPAT!!! Ketahui mengenai produk-produk kami dengan layari:

    1. https://www.facebook.com/EnertriEnerFiberOnlineStore#
    2. http://fadz5765daverdum.wix.com/enertrienerfiber

    ReplyDelete
  17. Memang risau kan cikgu bila anak demam. Nak-nak bila dapat tau demam denggi. Saya pun baru tau betik ni elok untuk demam denggi. Selalu dengar minum 100 plus dan sup ketam je. Boleh juga amalkan kaedah ini Cara Alternatif Merawat Demam Denggi

    ReplyDelete
  18. Orang biasa boleh ke minum jus betik?

    ReplyDelete
  19. Tak pernah la pulak dengar orang biasa minum jus betik ni. dik.

    ReplyDelete
  20. wat ulam pucuk betik pon sodap jgk..pahit mmg pahit tp org veteran cakap ia adalah ubat cacing.ms bujang sllu la wat sbb tah mane ayah dapat...da kawin da x mkn sbb x taw kt mn nk dpt..hehe
    #nodrug

    ReplyDelete