Monday, June 30, 2014

Twinkle-Twinkle Little Star

Salah satu program ke arah kecemerlangan sahsiah dan kemenjadian murid. Program yang dikelolakan oleh JK Hal Ehwal Murid Tahap 1. Program melibatkan semua murid Tahap 1 yang dibuat dalam 3 sesi mengikut tahun.
Pengisian program ialah taklimat tentang ciri-ciri murid cemerlang, Marian Indah Murid Terserlah, Peraturan Sekolah dan Amalan Terbaik Marian.
Objektif Program:
i. Semua murid Marian akan mengamalkan sikap berbudi bahasa, bertolak ansur dan saling hormat-    menghormati sesama rakan, terhadap guru, tetamu dan orang yang lebih tua.
ii. Menjadi murid yang berdisiplin dengan mematuhi peraturan sekolah setiap masa.
iii. Menanamkan rasa sayang dan sukakan sekolah ( I Love SKMC) dengan hadir setiap hari dan
    menjaga kebersihan sekolah.

Antara aktiviti yang dijalankan:
Persembahan powerpoint: 
Catatan perjalanan peserta Marian Journey for Excellence ke Australia 
untuk dikongsi bersama sebagai peransang kepada adik-adik agar cemerlang
sahsiah dan akademik bagi mengharumkan nama sekolah.

                                 
 Taklimat Peraturan Sekolah dan Amalan Terbaik Marian.
Menanamkan semangat cintakan sekolah dan menjadi 
murid yang bersopan santun dan berakhlak mulia.
                                 
Di akhir sesi aktiviti murid diberi soalan untuk menguji minda mereaka.

Semoga anak-anak Marian akan Cemerlang Sahsiah dan Gemilang Akademik.


Hari Bertemu Waris

26 Jun 2014 (Khamis)
Sesi pagi bermula jam 10.00 pagi
Sesi petang bermula jam 4.00 petang.

Terima kasih kepada semua ibu bapa/ penjaga yang hadir bagi mengetahui tahap pencapaian anak-anak dan bersama untuk membantu meningkatkan prestasi anak-anak ke tahap yang lebih cemerlang. Perbincangan dan permuafakatan dalam menyelesaikan masalah anak-anak bersama, insyaallah akan menjadikan sekolah ini terus berada di tahap yang tinggi. Hanya hubungan kerjasama yang baik dan saling memahami kehendak aspirasi pendidikan negara menjadikan anak-anak dan sekolah kita terus berada di puncak kegemilangan.

Sesi perjumpaan waris Tahun 6 di Dewan Gemilang
Perjumpaan waris Tahun 5

Suasana di Tahun 4
 Sekitar majlis bertemu waris sesi petang yang bermula jam 4 petang. Selesai perbincangan ibu bapa/penjaga dibenarkan pulang bersama anak masing-masing.

Diharapkan sesi perbincangan antara pihak sekolah dan waris akan memberikan panduan dan pemahaman tentang perkembangan dan kepentingan pendidikan dan seterusnya meningkatkan prestasi kecemerlangan anak-anak dan sekolah. 
Tapi sedih jugak la ada ibu bapa yang memang diharapkan untuk hadir berbincang demi kebaikan bersama tak dapat datang.....tak tahu la agaknya sibuk sangat. 
Kalau ada kelapangan di masa lain pihak sekolah amat mengalu-alukan kedatangan mereka.
Terima kasih semua.

Sunday, June 29, 2014

Program Jaringan "Sister in cluster"

Tempoh masa:  23 Jun hingga 27 Jun 2014
Pelajar terlibat:  30 orang dari 3 buah sekolah berhampiran dan mentee SBT yang terdiri murid Tahun 4 dan 5 dari SK Tambun, SK Sungai Rokam, SK Raja Perempuan, Ipoh

Satu program Perkongsian ilmu dalam pengalaman sebenar  belajar di Sekolah Berprestasi Tinggi.
Majlis pengenalan peserta dan rakan pembimbing.

 

Semasa PdP kelas Pendidikan Seni Visual saya di Tahun 5 Seroja, tak perasan mereka ada bersama...bila tengok pakaian and lencana lain baru perasan, kalau tak memang kata murid Marian.                                                       
                                              

Murid Tahun 4 Seroja dan 4 Kenanga bersama buddy masing-masing belajar bersama.



Seminggu mereka bersama kami.
Tiba saat untuk berpisah. Semoga jaringan antara sekolah dan hubungan antara rakan akan berterusan dan berkekalan.



Datang dengan harapan, pulang dengan kejayaan. Semoga pengalaman seminggu bersama akan dijadikan kenangan. Yang baik jadikan teladan yang jahat jadikan sempadan. Buang yang buruk ambil yang baik.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dari keempat-empat sekolah. Juga ibu bapa dari ketiga-tiga sekolah yang memberikan komitmen yang baik.

Perkhemahan Pendidikan Luar Sekolah Rendah

Isani dan Vassalyn bersama kontigen Negeri Perak.
Tahniah Ishani a/p Manivanan & Vassalyn a/p Suthat murid Tahun 5 yang mewakili Negeri Perak ke Perkhemahan Pendidikan Luar Peringkat Kebangsaan di Pusat Kokurikulum Negeri Kelantan pada 22 - 26 Jun 2014.


Friday, June 27, 2014

Penanda Aras Warga SK Methodist Malim Nawar ke SK Marian Convent, Ipoh

Tarikh: 24 Jun 2014
Masa :  1.00 petang hingga 4.30 petang
Matlamat: Perkongsian Sistem Pengurusan Fail dan Pengurusan Sekolah
Jumlah : 30 orang (pentadbir, guru, staff pejabat dan pekerja pembersihan)

Ada yang sampai lambat sikit, so tak sempat la bergambar sama. Kebetulan hari ni, guru besar sekolah saya pun tak ada sebab sedang berkursus berkaitan sekolah SBT di Port Dickson, Negeri Sembilan. hihhhi yang baju oren tu seorang je la.

 Taklimat oleh PK Pentadbiran

 Ketua Panitia cemerlang SKMC sedia membantu
'Ni gambar-gambar amalan terbaik Marian', 
kata PK Pentadbiran Pn. Hjh Sharifah Nor...
 Tanya apa kat SU Peperiksaan Luar tu?
Pasal akademik tanya SU Kurikulum yang cemerlang tu.

Bersama PK HEM SK Methodist Malim Nawar, 
PK Pentadbiran SK Malim Nawar, 
PK HEM SK De La Salle  PK HEM SK Kuala Dipang. 

                                  
Terjalinnya satu hubungan baru, bertambah kenalan, 
agar silatulrahim yang terbina akan berkekalan.



kenangan untuk sekolah dan pentadbir
                                               



Penanda Aras Sistem Pengurusan Fail dan  Sekolah Cemerlang Berprestasi Tinggi oleh Penolong Kanan Pentadbiran  SK Malim Nawar, SK Bukit Pekan dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid  SK Kuala Dipang dan SK De La Salle , Daerah KintaSelatan, Perak. Jaringan bermula dengan lawatan penanda aras oleh guru besar masing-masing dalam perkongsian Kecemerlangan Akademik dan Amalan Terbaik SK Marian Convent pada 10 April yang lalu.

Terima kasih atas kunjungan tuan-puan semua.
Semoga jaringan ini akan berterusan dengan pelbagai aktiviti dan program demi kecemerlangan anak-anak Perak.
Terima kasih daun keladi, kalau sudi datang la lagi.