Sunday, September 25, 2016

Setelah 2 bulan, mereka yang kukenali.

Hari ni genap dua bulan bertugas di SK Bakong, Lambor Kiri, Perak.
Tapi hari ni hari minggu, dok berehat di rumah je la.. masa untuk rehatkan badan, rehatkan si Naza Citra tu.  Banyak cerita-cerita di sekolah saya ni belum dipublish... simpan dulu foto-fotonya takut lupa.. nanti-nanti la ye. masa terlalu terhad.. walaupun baharu 2 bulan banyak kenangan-kenangan yang akan menjadi memori indah di sini untuk dikenang nanti.

Ada ketikanya berasa cepatnya masa berlalu.... namun ada ketikanya rasa lambatnya menanti cukup waktu "edah"... Rasa suka, seronok dan sayang mulai menyerap dalam jiwa..takut tiba ketikanya nanti terasa amat sayang untuk dilepaskan.
ermmmm terasa juga tak ingin dilepaskan namun ...
perjalanan hidup ini sudah ditentukan begini.... dan ini mungkin yang terbaik untuk saya belajar dan mencari pengalaman.

Mengenang 2 bulan mengharungi perjalanan sendirian seawal 6.10am atau selewatnya mesti 6.30am agar sampai ke destinasi mencari rezeki sebelum jam 8.00 pagi. Sampai awal boleh la balik awal juga agar tidak sampai di rumah sebelum jam 7pm... 12 jam diluar kawasan.. Sampai rumah dah letih... apa yang boleh dilakukan.. tidur awal semestinya, kerna keesokkan pagi harus bangun awal juga.

Sejam setengah perjalanan seorang diri hanya bertemankan celoteh Sepah tu sinar di awal pagi, piyah dan abang SY sewaktu perjalanan pulang... penghibur buat senyum sendiri, menyanyi sendiri.... Namun alhamdulillah masa perjalanan itu juga memberikan aku masa dan peluang yang lebih untuk aku mengingatiNya, menyebut namaNya dan kekadang tersentak dengan sinaran 31 lampu berwarna merah yang terpaksa kutempuhi.

Kau ikut jalan mana? Itu pertanyaan daripada kekawan yang baharu tahu saya berada di sekolah baharu saya. Tak menentu, banyak lalauan yang boleh dilalui.. kadang ikut Gopeng ke Simpang Pulai, kadang ikut Botani, pernah juga juga ikut Jelapang. Nak cepat ikut highway, ikut laluan Taman Herba Kellie'sCatsle pun boleh. Masalah jalan tak susahla... cuma ermmmm kena cari jalan yang paling singkat supaya dapat jimatkan petrol.... seminggu kos petrol RM120... dah 2 bulan ni ermm kira sendiri la. Abis ke situ aje. harap harga petrol tak naik, kalau naik makin bertambah la, tu tak kira alat ganti lain... tayar semestinya.... Semoga Allah memberikan rezeki dan mempermudahkan segala urusan untuk dipermudahkan saya berbakti untuk anak-anak di SK Bakong.

Masa 8 jam sehari di sini.....
Keseronokan akan dicipta bersama.....
anak-anak yang comel dan jumlahnya sedikit..
Ni la anak-anakku sekarang bersama para pendidik yang dedikasi.
Ada sesuatu istimewa yang ketemui di sini.... sebuah nilai kasih dan sayang




guru-guru yang mudah mesra dan very komited

Ibu Bapa yang mengambil berat dan bekerjasama.
Ibu-ibu yang sentiasa memberikan sokongan, hadir di majlis bacaan yassin UPSR 2016,

Staff pengurusan pejabat  dan PPM sekolah saya


 Terima kasih semua. Semoga perjalanan hidup akan sentiasa dipermudahkan dan dirahmati selalu.  Diberi kesihatan dan kekuatan untuk mengharungi segala dugaan. Doakan agar sekolah saya akan terus cemerlang. 




Saturday, September 24, 2016

Penanda Aras Pengurusan Fail di SK Marian Concent Ipoh

Tarikh:  21 September 2016 (Rabu)



Kenangan di Marian Convent masih segar dalam ingatan.
Terima kasih sudi menerima kedatangan warga sekolah baharu saya.

Saturday, September 10, 2016

Persaraaan Pn Hajah Faridah bt Ahmad Rashidi

Majlis persaraan Mantan Guru Besar Saya  pada 29 Ogos 2016 di SK Tarsician Convent, Ipoh - sekolah terakhir beliau.
Tarikh bersara: 6 September 2016 (1956 - 2016 - 60 6ahun - 37 tahun berkhidmat)

Bertugas di bawah pimpinan beliau semasa di SK Rapat Setia, Ipoh selama 2 tahun.
Guru-guru yang pernah bersama beliau di SK Rapat Setia. Ipoh.