SKMC

SK MARIAN CONVENT, IPOH, PERAK



Surat Penempatan: 16 Julai 2011
Lapor diri: 18 Julai 2011
Mula bertugas: 25 Julai 2011
Pertukaran setara sebagai  Penolong Kanan Kokurikulum
Guru besar:  Pn Hjh Rogayah bt Pilus, PPT
PK Pentadbiran:  Pn. Hjh Sharifah Nor bt Mohamed
PK HEM : Pn Hjh Puziyah  bt  Shafei
PK Kokurikulum: Pn Hindon bt Wahid
PK Petang : Pn. Zaiton bt Abdul Hamid




Tak sangka pun nak ditukarkan ke sini. Dapat surat pun lewat. Tu yang lewat lapor diri, setelah lapor diri dan mengambil surat di PPD serta  atas nasihat pegawai atasan, saya terus ke sekolah baru saya ni. Saya mohon menangguhkan tugas di sini untuk mengemaskini tugasan saya di SKRS....ye la pertukaran mengejut, tak ada angin, tak ada ribut, tup tup terus terduduk bila tau kena tukar. Meleleh la jugak.
Namun demi kepentingan tugas saya akur dengan arahan ini. Tugas utama ke sekolah ini untuk membantu sekolah mencapai tahap yang terbaik. Bermotokan Di mana bumi di pijak di situ langit dijunjung, insyaallah tanggungjawab itu akan digalas bersama rakan-rakan seperjuangan yang baharu.

dalam perjalanan mencipta kenangan bersama kalian.

Rentetan Perjalanan bersamamu SKMC..

16 Mei 2012
Pertukaran setara ke Jawatan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

8 Jun 2015
Pertukaran setara ke Jawatan Penolong Kanan Pentadbiran

22 Julai 2016
Hari terakhir berkhidmat di SK Marian Convent setelah mendapat surat Pelantikan Guru Besar di SK Bakong berkuatkuasa 16 Julai 2016. Setelah memohon penangguhan selama 3 hari bagi menyelesaikan serahan tugas kepada Guru Besar.

Barisan Pentadbir Akhir...
Guru besar:  Pn Hjh Rogayah bt Pilus, PPT
PK Pentadbiran: Pn. Hindon  bt  Wahid
PK HEM : Cik Hjh Puteri Noriza Salwah bt Megat Jaafar
PK Kokurikulum : Pn Aniza bt Zakaria
PK Petang : Pn Norizan

Adik kakak dalam kenangan...


Terima Kasih SK Marian Convent, Ipoh Sekolah Berprestasi Tinggi.
Pengalaman bersama mu amat bermakna dan akan dijadikan rujukan di sekolah baharu saya.


Barisan pentadbir terakhir bersama...



Rakaman hari terakhir berkhidmat di SK Marian Convent, Ipoh. Sekolah Berprestasi Tinggi.

                                    
  Perhimpunan terakhir bersama anak-anak SKMC
 
 
 
Terima kasih semua.
Suka, seronok dan Sayang Semua
 

No comments:

Post a Comment