Tuesday, August 6, 2013

Salam Aidil Fitri

Hari ni kami masih bersekolah, walaupun kebanyakan sekolah mengambil cuti peristiwa dan cuti ganti pada 5 dan 6hb. Buka sekolah nanti, banyak aktiviti pada hari Sabtu sebab tu la sekolah saya ni tak ambik cuti. Sesiapa yang ambik cuti sendiri tu kena la ganti sendiri ye..hehehe..

Majlis Perhimpunan Hari akhir persekolahan. Saling bersalaman dan bermaaf-maafan..diiringi dengan lagu-lagu Hari Raya.


Semua murid bersalaman dengan guru-guru.
 
Giliran cikgu-cikgu pulak bermaaf-maafan..

Saya menyusun jari sepuluh, memohon ampun dan maaf atas segala kesalahan dan kesilapan, ketelanjuran kata dan tingkah laku yang mengguris hati dan perasaan kepada seluruh warga sekolah yang beragama Islam.Diucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin..


Semoga berbahagia di Hari Raya..
Selamat Bercuti kepada semua..
Semoga perjalanan balik kampung dan pergi bercuti dipermudahkan dan selamat sampai ke destinasi.