Friday, September 26, 2014

Bunga Berkembang... rehatkan mata sekejap

Minggu ni dah meriah semula kat sekolah. Sampai tak sempat nak menyembang kat sini.
Hari-hari mengadap lappy ni, banyak sangat laporan, data dan dokumen-dokumen yang perlu diselesaikan segera.....tu yang tak sempat nak mengetuk huruf-huruf  kat sini.
 hihihi  intai je, rasa terharu bila ramai tetamu singgah di sini...terima kasih semua.

Bila mata letih mengadap lappy ni... ha ke sini la kejap untuk merehatkan mata, 
kebetulan pekerja sedang merumput di kawasan ini...sambil-sambil memantau la kononnya ni..

nyamannya pandangan mata bila melihat bunga-bunga yang berkembang ni...
Nak ke sini kena tunggu lepas jam 10 pagi... kalau 10 malam dah kuncup semula.
merah, kuning, hijau, ungu, pink, putih
warna-warna yang menyerikan hidup kita...
memberi seribu erti dalam kehidupan...
bunga kebangsaan tetap tidak dilupakan.
                           

Salam rindu untuk semua.
Terima kasih kerana singgah di sini.

No comments:

Post a Comment