Saturday, October 5, 2013

Sarana Sekolah Sarana Ibu Bapa

Hari ni kena beri taklimat kepada guru-guru sekolah saya dan 4 buah sekolah lain. Berkongsi maklumat untuk menyampaikan hasrat dan harapan Kementerian Pendidikan Malaysia. Jadi orang tengah la ni... harap-harap semua cikgu-cikgu mencapai objektif/ tujuan datang ke sekolah saya hari ini.
Sekolah terlibat;
 1. SK Perempuan Methodist, Ipoh

2. SK Rapat Setia, Ipoh

3. SK Ho Seng Ong, Ipoh

 4. SK Raja Perempuan, Ipoh
                     
 5. SK Marian Convent, Ipoh
Sekolah saya... tak cukup ni...mana yang lain?

Bersama guru besar SKMC, SKRS, SKHSO, MGS, RPS

 APA DIA SARANA SEKOLAH DAN SARANA IBU BAPA?

Sarana Sekolah Sarana Ibu bapa di bawah  anjakan 9 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025  yang menekankan kerjasama sekolah dengan Ibu Bapa, Komuniti dan pihak Swasta secara meluas dalam mencapai kecemerlangan dalam pembelajaran anak-anak. Penjelasan harus diberikan kepada semua golongan termasuk guru-guru agar memahami dan seterusnya melaksanakan tanggungjawab bersama.
Sarana sekolah menekan 6 elemen yang menyokong pembelajaran menjurus kepada sistem pembelajaran iaitu:
1. Iklim Sekolah - yang dilihat dalam 4 aspek (aspek fizikal, aspek sosial, aspek emosi dan aspek
    Akademik) banyak membantu dalam pembelajaran dan pengajaran yang berkesan.
2. Komunikasi Berkesan - perkongsian maklumat secara 2 hala: Murid, guru, Kumpulan Sokongan, Ibu
    bapa/ penjaga dan komuniti
3. Sokongan terhadap kejayaan murid - kerjasama antara ibu bapa, staf sekolah, PIBG/Lembaga
    Pengelola Sekolah, ALUMNI dan ahli komuniti dapat  menyokong pembelajaran murid secara aktif di
    sekolah dan luar sekolah.
4. Tanggungjawab bersama -  guru dan ibu bapa saling bantu-membantu dan melengkapi berdasarkan
    kemahiran dan pengetahuaan masing-masing.
5. Keputusan bersama - semua pihak terbabit dilibatkan dalam membuat keputusan demi kepentingan
    dalam menyokong pembelajaran anak-anak.
6. Kerjasama dengan komuniti - proses penyelesaian masalah secara bersama melibatkan semua pihak
    yang mempunyai kepentingan dalam pendidikan.

Sarana Ibu Bapa seiring dengan Sarana sekolah memberikan penjelasan tentang penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak terutama di rumah dan menjadi rakan kongsi sekolah untuk memberi pendidikan terbaik bagi mencapai kejayaan anak-anak dalam kehidupan mereka.
Ibu Bapa harus peka kepada 4 perkara iaitu:
1. Penyediaan suasana pembelajaran di rumah
2. Interaksi sosial dengan anak-anak
3. Komunikasi dengan anak-anak
4. Sokongan terhadap kecemerlangan anak

Ibu bapa juga berperanan sebagai;
1. Jurulatih
2. Mentor
3. Penyokong
4. Sentiasa bermaklumat
5. Menjadual kehidupan
6. Sahabat kepada anak Remaja.

Penggunaan Sarana Ibu bapa secara komprehensif dan berkesan ibu bapa akan dapat mendidik dan mengasuh anak-anak dengan sikap tanggungjawab, semangat memburu kejayaan dan mempunyai hala tuju. Penglibataan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak akan meningkat, di mana ibu bapa boleh memberikan perkhidmatan kepada sekolah dengan kemahiran yang ada sama ada  dalam bidang akademik, kokurikulum, bimbingan kerjaya, 4K (kebersihan, keceriaan, keselamatan & kesihatan) &motivasi.
Hubungan baik antara pihak sekolah dan ibu bapa akan menghasil anak-anak yang bersahsiah positif, peningkatan akademik yang lebih cemerlang dan memberikan impak yang baik kepada kualiti pendidikan negara.
Penglibatan ibu bapa dan ahli komuniti dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB)  mewujudkan rangkaian dan jalinan antara ibu bapa untuk saling belajar dan berkongsi amalan terbaik bagi membantu pembelajaran anak serta mewujudkan sokongan berterusan.

Soal selidik yang diberi kepada ibu bapa dapat memperluas peranan ibu bapa sebagai rakan sekolah dalam meningkatkan keberhasilan anak-anak mereka.

Ibu bapa yang belum mengisi soal selidik bolehlah berbuat demikian untuk memberikan sumbangan kepada sekolah anak-anak kita.

SEKOLAH + IBU BAPA + KOMUNITI + SEKTOR SWASTA =  KEJAYAAN



No comments:

Post a Comment