Saturday, October 15, 2011

Pengiktirafan SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN Fasa 5

  Tahniah kepada semua warga SK Marian Convent. Ipoh dengan pengiktirafan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 5 2011. Kejayaan ini adalah berkat usaha dan kerjasama  guru-guru, murid-murid dan ibu bapa serta semua pihak yang terlibat secara langsung bagi memastikan sekolah sentiasa cemerlang dalam semua bidang.
 I'm proud to be a MARIAN.... WE ARE  the BEST 
Pn. Hjh Rogayah bt. Pilus - guru besar SKMC sedang mnerima sijil pengiktirafan.





Guru besar bersama CC SKMC
 Majlis penyampaian sijil pengikhtirafan ini telah diadakan pada 27 September 2011 di Hotel Crystal , Petaling Jaya, Selangor dan disampaikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Yg Berbahagia Dato' Abd. Ghafar b. Mahmud.


Guru Besar bersama Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia  dan penerima sijil lain.
 Tahniah sekali lagi untuk semua warga SK Marian Convent, semoga terus cemerlang dan gemilang.


Sebagai warga marian tentulah aku bangga dengan pengiktirafan ni, Ha, lepas ni kena gandakan lagi kerajinan cikgu-cikgu ye. Anak-anak didikku semua pun mesti berusaha dengan lebih gigih dan menjadi insan yang bersahsiah mulia agar menjadi kebanggaan sekolah dan ibu bapa.

Wednesday, October 12, 2011

Aktiviti Kelab dan Persatuan di SK Marian Convent

Aktiviti kokurikulum ialah sebahagian daripada kurikulum sekolah, dan setiap murid harus melibatkan diri.  Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah, mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti.  Dengan andaian bahawa murid-murid tidak mendapat pengalaman tertentu di bilik darjah maka aktiviti kokurikulum dapat menyediakan pelbagai pengetahuan dan pengalaman untuk perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial yang positif. 
Kelab Agama Islam


Kelab Bahasa Melayu...Aplikasi membuat kerja mengikut turutan

Kelab Seni Budaya - tarian melayu asli


Kelab Bahasa Inggeris - Kerja kumpulan menulis 'poem'

Kelab Matematik - permainan dalaman matematik


Kelab Pusat Sumber Sekolah


Kelab Seni, Jahitan dan Kraftangan



 Yang lain tak sempat dak rakam..Insyaallah lain kali ye....lain tahun...

Tuesday, October 11, 2011

Pertandingan Lalu Lintas Shell Peringkat Negeri Perak 2011

Pertama  kali SK Marian Convent, Ipoh  menyertainya..
Tarikh   :  4 Oktober 2011
Tempat :  Litar Lalu Lintas Shell
               Taman Dr. Seenivasagam, Ipoh
Para peserta bersedia menghadapi cabaran.

Sempat lagi bergaya di motosikal abang polis..

Siap sedia untuk memulakan cabaran. Semua dah ada lesen L.

3 pedalkar, 6 berbasikal, 6 pejalan kaki..sedia ..go..

Pandu cermat jiwa selamat, ikut undang-undang jalan raya..

Ha..kan kena saman...

2 orang sedang menduduki Ujian Komputer...Lesen L Antarabangsa tu..

Semua peserta menduduki  ..ujian bertulis

 
Penerima hadiah saguhati Ujian Bertulis. Tahniah.