Saturday, March 16, 2013

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 40

Pertama kali turut serta mesyuarat Agung PIBG  di sekolah ni..Tahun lepas tak dapat hadir sebab ada kelas PPG. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.  Berkat kerjasama semua dan SU PIBG nya yang rajin dan memantau persiapan akhir sehingga lewat petang.
Terima kasih dan Tahniah kepada semua Jawatankuasa Kerja kerana melaksanakan tugas dengan cemerlang. 
Tarikh :  16 Mac 2013
Masa :    8.30 pagi
Tempat : Dewan Gemilang, SK Marian Convent.






AJK PIBG Sesi 2012/2013 , Terima kasih Jasa baik tuanpuan  tetap dikenang.
Tahniah kepada AJK PIBG  2013/2014 yang dilantik secara demokrasi.


Tuesday, March 5, 2013

Nazir datang lagi..

Semalam 4 Mac 2013, 3 orang pegawai nazir datang lagi untuk membuat penentusahan ke sekolah saya. Alhamdulillah satu penghargaan bila sekolah  dicalonkan untuk diberi pengikhtirafan Sekolah Berprestasi Tinggi, tapi jenuh jugak la nak buat persiapan, walaupun sebenarnya sekolah saya ni dah biasa didatangi nazir. Tapi  biasa la kan manusia, selagi darah masih mengalir, gemuruhnya tetap ada.., dup dap dup dap.. debarannya kian kencang menjelang hari dilawati.
Walaupun mereka datang untuk memantau fail dan dokumen yang berkaitan tetapi prasarana dan persekitaran sekolah juga perlu diberi perhatian.  Berkat kerjasama semua pihak terutama dari para guru yang memang sentiasa mengurus dan menjaga keceriaan kelas dan bilik khas dengan baik,, para pekerja yang rajin menjaga keceriaan dan kebersihan kawasan sekolah. Datang tidak mengira hari walaupun hari cuti. Alhamdulillah suasana pada pagi itu dapat dilihat harmoni dan tenang.

Mereka datang seawal 7.20 pagi sebelum perhimpunan dimulakan. Hampir 8 jam mereka berada di sekolah. Jam 4.00 petang mereka meninggalkan sekolah dengan membawa dokumen yang diperlukan. Semoga laporan mereka akan memberikan keputusan yang menggembirakan kami semua...kalau tak nanti akan datang la nazir lain untuk memantau lagi perkara yang sama... hehehe. Apa-apa pun terima kasih kepada mereka yang sudi datang ke sekolah saya.

Pegawai Jemaah Nazir yang hadir;
1. YM Raja Hamizah bt. Raja Harun - Ketua Penolong Pengarah JNJK KPM, Putrajaya
2. Tn. Hj Anuar b. Omar - Nazir Sekolah JNJK KPM  
3.  En. Ahmad Puad b. Taib - Nazir Sekolah JNJK Perak


YM Raja Hamizah, Tn Hj Anuar dan En.Ahmad Puad.

Barisan pentadbir bersama nazir sebelum pulang.




Sunday, March 3, 2013

Majlis Anugerah Cemerlang 2012

Pada : 2 Mac 2013 (Sabtu)
Jam : 8.30 pagi - 12.00 tengah hari
di Dewan Gemilang Sk Marian Convent, Ipoh

Seronoknya sampai saja terus cari cikgu dia..Hehehe sape la cikgunya tu ye.
Ni la murid pertama saya di sekolah ni. Sempat la setahun setengah bersama.
Tak sempat nak bergambar dengan yang lain.  Maaf ye.

Ketibaan Tn.Hj.Ghulam Muzammil b. PK Mohamed -
Penolong Pengarah Sekolah Rendah, JPN Perak
Pasukan Koir Sekolah memulakan persembahan.
Jawatankuasa hadiah 


Sebahagian murid Tahun 6 2012 yang mendapat 5A hadir untuk menerima anugerah.

Flower Girls sedia berkhidmat. 


Sempat lagi nak bergaya tu.
Sedia untuk diarak ke atas pentas.
Tiga orang TOKOH tahun 2012
Alya Hidayah, Jaslin Kaur dan Fatin Nurul Izzal
                                     
Hidangan istimewa di Ruang Makan Guru Kantin Sekolah
Gelombang JIngga 2013 - Semangat  baru guru-guru  Marian 
Barisan pentadbir SK Marian Convent 2013
                                 
Dapat posing macam ni, hilang segala penat dan lelah. 
Bersama Tokoh Sahsiah dan bondanya, serta anakanda tercinta.
Yang seorang lagi tu penambah seri.....

 Alhamdulillah.
Terima kasih dan Tahniah kepada semua guru-guru.
Tahniah kepada semua penerima Anugerah. Semoga terus cemerlang.