Saturday, March 22, 2014

Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Daerah Kinta Utara

Assalamualaikum wbt.
Hari ini sekolah saya menjadi tuan rumah majlis ini. Alhamdulillah semoga kehadiran mereka menambah rezeki kepada sekolah saya, kali ini menerima kunjungan ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah dan anak-anak di daerah Kinta Utara. Ramai juga ibu bapa dan sanak saudara peserta yang hadir. Terima kasih semua.



Kategori Pertandingan Lelaki dan Perempuan

1. Tilawah
2. Hafazan
3. Bercerita Sirah Nabi
4. Tulisan Khat
5. Nasyid

Lokasi pertandingan pun dah disusun atur oleh Jawatankuasa persiapan yang ditugaskan kepada sekolah-sekolah yang berhampiran. Kerjasama menjayakan majlis.
Bilik Gerakan Seri Gemilang sebagai bilik operasi.

Selaku tuan rumah, sekolah saya dipertanggungjawabkan menyiap dan menghias dewan sebagai tempat pertandingan nasyid dan majlis perasmian penutup.

Selesai tugas yang perlu, sempat la rehat-rehatkan diri dan minda mendengar alunan suara anak-anak bernasyid. Semua ada 12 pasukan tapi cuma sempat tengok yang ini aje..


Sempat jugak bersama mereka..
                    

Pegawai-pegawai PPD , Ustaz Rahim b. Mohd Yunus dan Ustaz Mohd Faisal b. Mohd Yusuf yang bertanggungjawab dan banyak membantu bersama JK Keputusan sedang menyiapkan  keputusan rasmi.

Terima kasih kepada semua yang hadir menjayakan majlis.
Tahniah kepada yang berjaya. Semoga terus berjaya di peringkat Negeri dan mengharumkan nama daerah Kinta Utara.

Friday, March 21, 2014

Cerita-cerita hari ini..

Lip lap lip lap, siang berganti malam, malam berganti siang, sedar tak sedar rupanya dah 14 hari pencarian MH370, namun masih belum ditemui.  Dari laut Cina Selatan ke Selat Melaka dan Lautan Andaman, hari ini ke Lautan Hindi di kawasan jarak sekitar 2,500km  dari  Perth Australia kata ditemui serpihan aircraft tu. Tapi sehingga saat ini belum dapat dipastikan sama ada serpihan itu milik MH370 ke bukan. Ya Allah permudahkan segala urusan pencarian ini, dan tunjukkan segala kebenarannya. Semoga semua sanak saudara kru dan penumpang MH370 bersabar dan tabah menghadapi ketentuan Illahi.

Dan hari ni juga last day untuk minggu ini, hari apa..hari Jumaat la kan. Ooo minggu depan dah start cuti seminggu - cuti pertengahan penggal 1. Eh Cikgu Cuti ke? hahaha.. tak ada maknanya cuti tu..jadual dah tersusun.  Esok ada majlis kat sekolah, next week pun ada program dan tugas yang perlu diselesaikan...so hari ni sibuk la wat persiapan...
Dalam sibuk-sibuk tu sempat la adik kakak ni mengadakan majlis untuk diri sendiri.... hahaha.. siapa lagi orang yang sibuk dan suka menyibuk ni.. tumpang rezeki ye.
Untuk adik kakak....hanya seuntai doa kuberi pada kalian, semoga semua sentiasa dalam rahmat Allah, diberi kesihatan dan kekuatan dalam menjalankan tugas, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, tahun depan boleh buat majlis lagi. Perkenanlah.

Eh siapa pulak tu, tetiba ada jejaka sedondon tu..cikgu baru ke? hahaha tak sangka pulak sama bulan lahirnya dengan akak2 tu. Guru pelatih IPG Kampus Ipoh buat Latihan ROS,  pandai dia bawa diri, pandai menyesuai dan meramahkan diri dengan suasana sekolah. Ringan tulang.

                    Alhamdulillah hari ni pun dapat selesaikan projek yang tertangguh ni. 
Terima kasih bebanyak ye nak.. .hehehe pangkat anak tu, boleh buat menantu ni.
Tak sempat selesai, ada projek lain pulak dengan pihak UTP, memang dah janji nak jumpa. Ha tinggal la si Azfizal tu siapkan seorang2. Hampir 45 minit,  baru perbincangan selesai dengan 2 orang staf dari UTP....tapi itu baru langkah pertama, Jalinan ini akan berterusan sehingga projek ini berjaya. Projek apa...tunggu!!! Apa-apa pun semua untuk sekolah.

Selesai semua tu, baru sempat nak meraikan si baju pink tu..tiba waktu rehat
makan sekadarnya aje.  kek tu suka wat posing je. sedap ke? tak sempat nak rasa.
tapi dapat la rasa nasi dagang, pulut hijau, kuih cara, nasi impit kuah kacang,
tahu sumbat, yg sukanya cocktail, n tembikai susu, Mee bandung second round baru rasa.

Dah puas makan, barula g ronda sekolah, tengok apa yang patut, tolong2 sikit bahagian persiapan untuk majlis esok. Tapi terlupa lak nak snap semua tempat tu tadi. Esok pagi2 la,
 Ni je yang sempat dirakam. Persiapan tempat oleh guru-guru SK Pakatan Jaya.

Last cerita hari ni...first time hadiri mesyuarat Agung PIBG sekolah anak bongsu saya dan terus ambil balik dari asrama. Pergi dengan cik abang....sabarnya cik abang saya hari ni, hehehe.
Hampir 12 jam saya dok kat sekolah hari ni... 8 jam setengah kat SKMC, 2 jam setengah kat RPS...Itulah dunia saya dan sekolah
Ok..jumpa lagi esok kat sekolah saya. 

Thursday, March 20, 2014

Zon Iklim Dunia - Kajian Tempatan Tahun 5


A.  ZON PANAS
1.  Terletak di antara  garis lintang 30 darjah Utaras dan 30 darjah Selatan.
2.  Ciri Iklim  -  panas dan kering sepanjang tahun.
                    -  siang sangat panas, malam terlalu sejuk
                    -  suhunya 32 darjah Celcius - 40 darjah Celcius
                    -  hujan tahunan kurang 250mm
3. Kawasan gurun panas - Gurun Sahara, Gurun Arab dan Gurun Atacama


B. ZON SEDERHANA PANAS
1. Ciri Iklim - musim panas sederhana panas dan kering.
                  - suhunya 21 - 24 darjah Celcius
                  - Musim sejuk sederhana sejuk dan lembap (10 darjah Celcius)
                  - hujan tahunan 600 -800 mm
2. Kawasan - Pantai Mediterranean dan California Tengah


C ZON SEDERHANA SEJUK
1. Ciri Iklim - Musim panas pendek dan sederhana panas
                  - Suhunya 18 - 21 darjah Celcius
                  - Musim sejuknya panjang, suhunya  -17 darjah Celcius
                  - Hujan turun dalam bentuk sajli
2. Mengalami 4 musim - Musim panas, musim luruh, musim sejuk dan musim bunga.
3. Contoh kawasan - Utara China dan Kanada


D  ZON SEJUK
1. Ciri Iklim - sejuk sepanjang tahun
                  - Suhu musim panas 10 darjah Celcius, selama 3 bulan sahaja.
                  - Musim sejuknya panjang, suhunya -45 darjah Celcius.
                  - hujan turun dalam bentuk sajli
2. Contoh kawasan - Greenland, Iceland dan Antartika


Faktor Yang Mempengaruhi Cuaca dan Iklim Dunia

1. Kedudukan (Hemisfera)
    a) Hemisfera Utara terletak dari Garisan 0 darjah ke 90 darjah Utara.
    b) Hemisfera Selatan terletak dari Garisan 0 ke 90 darjah Selatan
    c) suhu menjadi lebih rendah apabila garisan lintang semakin tinggi.


2. Penerimaan Cahaya Matahari (Tenaga Suria)
    a) Kawasan yang menerima cahaya matahari secara tegak. Tumpuan haba ke kawasan ini lebih
        kecil menyebabkan suhunya lebih tinggi. (Kawasan A)
    b) Kawasan yang menerima cahaya yang tersebar, suhu kawasan ini lebih rendah. (kawasan B)

                    

3. Arus Kelautan
    a) Arus laut panas dapat menyerdahanakan suhu di kawasan sejuk.
    b) Arus lautan yang sejuk dapat merendahkan suhu di kawasan yang sejuk.

                           

4. Arah Tiupan Angin
   a) Angin bertiup dari lautan ke daratan merupakan angin lembap. Angin lembap membwa banyak  hujan ke daratan. Angin Monsun Barat Daya merupakan angin yang lembap.
   b) Angin yang bertiup dari daratan kurang mengandungi air. Hujan kurang di kawasan yang menerima tiupan angin monsun ini. Angin Monsun Barat Laut merupakan angin yang kering.


Angin Monsun dari laut

Angin Monsun dari darat

#Buat nota anda dalam bentuk Peta  i-THINK.
   Apakah bentuk peta i-THINK yang sesuai?