Thursday, October 29, 2015

SK Zainab (2) ke SK Marian Convent, Ipoh

Selamat Datang

Hari ni bersedia menyambut tetamu dari Pantai Timur pula...
Setiap kali tetamu nak datang teruja sangat... seronok akan bertambah lagi kenalan.
Rombongan SK Zainab (2) diketuai oleh Guru Besarnya Puan Zaini bersama PK Pentadbiran Puan Zabidah Ibrahim, PK Kokurikulum dan 11 guru lain. Turut sama dalam program jaringan ini ialah Pegawai PPD Kota Bharu seramai 4 orang.
Pengisian program adalah perkongsian dalam pengurusan sekolah SBT agar terus cemerlang dalam mencapai KPI.

 
                                       
 

 
 

 Diapiit 2 Zaiton... Pn Hjh Zaiton PK Petang dan 
Pn Zaiton Su ketua group Penanda Aras yang bertugas kali ini.
Merasmikan baju baru kami ni... hihihi

Semoga jaringan ukhuwah ini akan terus terjalin...

Wednesday, October 28, 2015

Penyediaan FAIL PBS - Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Sekarang ni sibuk banyak sekolah dipantau oleh pihak PPD dan JPN bahkan KPM pun turun memastikan proses pentaksiran dijalankan dengan sebaiknya. 5 tahun KSSR berjalan, tahun hadapan penentu dengan format UPSR yang baharu.. apa perbezaannya nanti cerita di lain entri.

Kali ni nak berkongsi menyiapkan fail-fail yang berkaitan.
Hari pemantauan PBS oleh pegawai-pegawai ke sekolah, Sekolah saya yang pertama dilawati.
Alhamdulillah... segalanya ada dalam fail... SU PBS sekolah saya ni memang komited dan rajin sangat. Efisen pun ye.. semua dokumen yang sepatutnya ada semua lengkap. Semua ini juga hasil kerjasama semua yang terlibat, Ketua Panitia, Guru Mata pelajaran, Setiausaha peperiksaan,

Baru-baru ni pula Guru Besar SK Klebang Jaya
SK Tanjong Rambutan bersama PK HEM dan Guru Besar SK Bandar Baru Putra juga bersama PK HEM membuat peanda aras berkaitan fail PBS.



Ni la senarai yang sepatutnya ada dalam fail PBS

1.  Fail Induk PBS (Fail Putih AM)
     1.1  Surat-surat arahan daripada KPM?JPN?PPD kepada sekolah
     1.2  Surat-surat jawapa daripada sekolah kepada KPM/JPN/PPD
     1.3  Lain-lain surat menyurat berkaitan PBS

                * Fail ini disimpan di pejabat mengikut Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK)

2.  Fail Pendua (disimpan oleh penyelaras/SU PBS
 
      2.1  Pekeliling-pekeliling dan Surat siaran berkaitan PBS
             -. Pekeliling dan surat siaran daripada KPM/JPN/PPD
                 Pekeliling yang telah dimansuhkan/diganti dengan pekeliling baharu tak perlu
                 dimasukkan.

      2.2 Jawatankuasa PBS
             a. Struktur Jawatankuasa PBS sekolah
             b. Carta Organisasi

      2.3  Maklumat Guru PBS
             - Surat Perlantikan Ketua Pentaksir dan Pentaksir PBS
             - Biodata Guru
             - Jadual Waktu Guru

      2.4  Perancangan Aktiviti PBS Sekolah
              -  Takwim aktiviti PBS
              -  Jadual Pengoperasian PBS berdasarkan jadual kerja PBS dari Lembaga Peperiksaan
                  (disesuaikan dengan Dasar PBS sekolah)

      2.5  Minit Mesyuarat Jawatankuasa
              a. Minit mesyuarat Jawatankuasa PBS Tahunan dan Bulanan
              b. Minit mesyuarat pelaksanaan aktiviti PBS
              c. Minit mesyuarat khas (kes khas jika ada)
              d. Minit curai berkaitan PBS
              e. Pelaporan aktiviti PBS

     2.6  Laporan Penjaminan Kualiti
            2.6.1  Pementoran
                       a. Jadual Pementoran
                       b  Laporan Pementoran

            2.6.2  Pemantauan
                      a.  Jadual pencerapan /pemantauan
                      b.  Laporan pencerapan/ pemantauan guru PBS oleh GB?PK?GK
                      c.  Laporan Pencerapan/Pemantauan oleh Pegawai KPM/PN/PPD/Nazir

            2.6.3  Penyelarasan
                       a. Jadual Penyelarasan
                       b  Laporan Penyelarasan

            2.6.4  Pengesanan
                       a. Jadual Pengesanan
                       b  Laporan Pengesanan


Panduan Agenda Mesyuarat
              -. Pelantikan ahli jawatankuasa PBS Sekolah
              -. Menetapkan dasar PBS sekolah
              -  Makluman tentang info PBS terkini
              -. Perancangan aktiviti PBS Sekolah
              -  Membentuk Jadual pengoperasian PBS Sekolah


#Terima kasih kepada SU PBS Cik Ng Tien Yee.

#gambaruploadkemudianye.

Tuesday, October 20, 2015

Royal Guest Kota Bharu