Sunday, January 10, 2016

NPQEL : National Professional Qualification of Educational Leader

Dalam bahasa Melayunya Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan.

Program NPQEL pada peringkat awal dikenali sebagai Program Kelayakan Profesional Kepengetuaan Kebangsaan (NPQH). Program NPQH dilancarkan oleh Y.B Dato' Seri Mohd Najib bin Haji Abdul Razak , Menteri Pelajaran ketika itu pada 1 Jun 1999. Seterusnya, program ini telah ditukar kepada mod baharu pada 17 Mac 2011 dengan kelulusan JPA dan dikenali sebagai NPQEL. Program NPQEL merupakan satu inisiatif latihan dalam perkhidmatan anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertujuan membentuk satu kelompok pemimpin pelapis yang bakal menerajui institusi pendidikan, khususnya sekolah ke tahap yang cemerlang dan unggul. Setiap pengetua/guru esar dikehendaki mendapatkan sijil Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) daripada Institut Aminudin Baki (IAB) sebelum dilantik sebagai pengetua/guru besar (PPPM 2013-2025,20)

Program NPQEL merangkumi pengajian secara bersemuka (face to face) dan e-Pembelajaran. Tempoh pengajian adalah 5 bulan iaitu sesi bersemuka selama 6 minggu dan sesi e-Pembelajaran selama 14 minggu. Semasa pengajian secara e-Pembelajaran, peserta juga perlu mengikuti dua aktiviti konsultasi iaitu Program Penandaarasan selama 2 minggu dan Program Sandaran selama 8 minggu.

Jadual Program NPQEL Ambilan 1/2016
IAB  Genting Highlands, Pahang

Untuk sesi 2016,
Permohonan dibuat melalui online. Selepas proses penapisan dan layak untuk ditaksir, peserta menghadiri pentaksiran yang dijalankan oleh Jabatan Pelajaran Negeri. Pentaksiran dibuat dalam 2 sesi iaitu sesi berkumpulan (6 orang) dan sesi individu.
Selepas melepasi sesi pentaksiran, peserta dihantar kursus NPQEL mengikut tempoh yang ditetapkan. Secara automatik peserta yang berjaya melepasi semua syarat dan LULUS NPQEL akan ditempatkan ke sekolah-sekolah sebagai Guru Besar tanpa ditemuduga.

Selamat berNPQEL... Semoga berjaya melepasi semua cabaran...
Terpaksa tinggalkan sekolah di awal tahun...



Saturday, January 9, 2016

2016 permulaan segalanya..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.
Rindu ke idak ye.  Rasa dah lama tak 'mengupdate' kat sini..
Tak berkesempatan, banyaknya tugasan utama yang perlu diselesaikan.
Tapi agar memori berkekalan, rentetan cerita awal seminggu tahun 2016 terhimpun di sini.

 Mulakan sesi persekolahan 2016 dengan azam dan semangat baharu, meneruskan perjuangan dengan tambahan tugas dan tanggungjawab.... Semoga diberkati dan dipermudahkan segalanya.

Hari pertama persekolahan bagi sesi 2016 bermula 4 Januari..
Tapi pendaftaran Tahun 1 diadakan pada 31 Disember 2015...
Nak ke sekolah rasa berkobar-kobar, awal pagi sebelum jam 7 dah sampai di sekolah.. tak sabar nak tengok muka anak-anak yang sebulan tak dipandang..
Tapi tak berkesempatan sangat nak bermesra dengan anak-anak Marian yang baharu... Ditugaskan memberi taklimat Sarana Ibu Bapa dan Taklimat Dual Languange Programme kepada Ibu Bapa Tahun 1 dan Tahun 4 yang layak. Banyak masa di Dewan Gemilang.

 Hari pertama memang suspen sebab murid-murid tak tahu kedudukan kelas mereka..
Perhimpunan awal hanya menentukan kedudukan murid mengikut kelas...Selepas rehat baharu diadakan perhimpunan rasmi.
Keseronokan hari pertama bertemu rakan...
                         
 Tahun ni ada 2 orang cikgu yang baharu menjadi guru kelas... amat excited tu memanggil anak-anak mereka untuk dibawa ke kelas masing-masing.
                         
                         
                        

Minggu pertama ni juga sibuk orientasi Tahun 4 dan Tahun 1..
Dah dok sesi pagi, saya sibuk la dengan Tahun 4, tugasan utama memberi Taklimat Akademik kepada semua murid Tahun 4 yang baru memulakan sesi persekolahan sebelah pagi...
Hari pertama Slot Taklimat Akademik
 Hari Akhir hari ke empat Majlis Rasmi Penutupan Program
Selesai ucapan Puan Guru Besar,, sesi bergambar
merakam kenangan bersama murid-murid Tahun 4 2016
4 Seroja 2016 
4Cempaka
                       4 Kenanga 2016
 4 Mawar
 Semua Murid Tahun 4 seramai 112 orang 

Fokus juga diberikan pada Tahun 6... Motivasi juga diberikan kepada anak-anak Tahun 6 agar memulakan langkah dari sekarang untuk menempuh cabaran yang mendatang.... UPSR ... macam-macam.. selain format baharu yang harus diketahui, tugas dan tanggungjawab untuk mengekalkan kecemerlangan 100 % lulus semua memang satu cabaran dengan format baharu.
Ok anak-anak Marian... yang penting
FOKUS.....  dan .....KESEDIAAN...
Yakin anda semua boleh melakukannnya....


Kehadiran amat dititikberatkan...
kehadiran 100 % membolehkan murid mendapat semua maklumat dan isi pelajaran yang disampaikan setiap hari.. Alhamduillah setaakat ni kehadiran masih 100%.
Program 1 Love SKMC diteruskan, kerana berlandakan rasa sayang, suka dan seronok menggalakkan murid hadir ke sekolah.... nanti di kesempatan yang lain saya kongsikan program ini.

Dalam kesibukan minggu pertama, kami didatangi pegawai PPD yang memantau perjalanan kelas Dual Language Programme (DLP). Sebagai Rintis sekolah saya hanya mengadakakan 1 kelas bagi Tahun 1 dan 1 kelas bagi Tahun 4, seramai 30 orang yang layak menyertai program DLP ini berdasar syarat keputusan ujian yang dijalankan bagi setiap kelas.
Terima kasih kepada Encik Shahrul Azizi bin Abdul Aziz, Penolong PPD Unit Sains dan Matematik atas perkongsian masalah dalam Program DLP ni
 Perbincanagan dengan guru DLP sesi pagi pada 6 Januari
manakala bersama sesi petang perbincangan selepas pemantauan PdP 
pada 7 Januari 2016

Hari Jumaat...
Setiap hari macam biasa balik lewat.... tapi hari ni lagi lewat...Jam 6.00 pm baru
sampai rumah....
Meeting AJK PIBG... satu perbncangan yang baik antara AJK bagi terus mencemerlangkan sekolah.

Sabtu 9 Januari...
Program Penataran Format Baharu UPSR
Taklimat Program Kecmerlangan , Akujanji Pelajar dan Penetapan Target UPSR
bersama semua ibu bapa/ penjaga Tahun 6 dan warga SKMC serta murid Tahun 6.
Alhamdulillah program berjalan dengan ancar... Terima kasih semua yang terlibat khasnya guru-guru Tahun 6.
#gambar tunggu jurugambar upload dalam FB..

Posing2 sebelum balik selepas selesai semuanya...
.......antara mereka yang akan ditinggalkan untuk sementara...
   
 
Salam Sayang dan Rindu untuk warga Marian... 
Semoga terus Cemerlang dan Gemilang.

#lepas ni rindu Marians sebulan tak bertemu...
 

Saturday, January 2, 2016

Hobi Kumpul Lencana Sekolah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua....

Cuti persekolahan dah sampai penghujung, Dah sibuk nak buka sekolah, macam-macam persiapan untuk anak sekolah perlu dibuat... beli barang keperluan sekolah, jahit baju untuk anak seorang yang masih bersekolah ni, jahit tudung dan jahit lencana sekolahnya kat tudung, jenuh meng'adjust'... la ni lencana jenis kain... jahit tangan pun boleh, jahit mesin lagi tahan lama.
Dalam masa cuti ni sempat la mengemas rumah yang sekangkang kaki ni,  entah macam mana terjumpa sampul yang berisi lencana.... aik banyak juga lencana ni..

Hobi mengumpul lencana ni memang sejak zaman jadi budak sekolah. Masa tu lencana diperbuat daripada besi atau zink. Ada pin, lupa nak buka terbasuh sekali dengan baju, lama-lama berkarat. Kalau simpan lama pun boleh berkarat. Adalah koleksi sikit, tapi bila dah berpindah randah tak tahu hilang entah di mana. 
Sekarang ni ada simpan lencana sekolah yang saya pernah mengajar dan anak-anak bersekolah... 
Bilangan sekolah memang banyak, campur sekolah menengah dan sekolah rendah hampir 10 ribu buah sekolah kat Malaysia ni, ada Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah jenis Kebangsaan Cina / Tamil (SJKC/SJKT) dan ada Sekolah Menengah. Sekolah Menengah tu ada sekolah agama, sekolah swasta...boleh ke kumpul semuanya... 
So target saya cuma nak kumpul lencana sekolah rendah aje...Sekolah Kebangsaan (SK) Tu pun lebih 7,000 buah sekolah...haii kalau dapat semua tu.. 
memang boleh masuk Malaysian Book of Record la.....

Boleh ke... InshaAllah
Di mana ada kemahuan di situ ada jalan
Sikit-sikit lama-lama bertambah banyak
.... kalau tak dimulakan, bila nak bertambahnya kan..
... Mulakan langkah awal tahun ni la...
... Bermula dengan 50 keping lencana sekolah rendah..
.... Teruskan untuk dijadikan kenangan nanti... bila dah pencen jadi cikgu... 
     dah tak ada sekolah sendiri...

Nak minta malu... kalau malu macam mana nak bertambah..
Bukan nak free..... kos pembelian dan pos akan diberi.

Para pembaca yang terjumpa laman ni
Nak bantu saya boleh la tolong belikan saya lencana sekolah rendah  2 keping aje cukup la.  Nak tolong  tambah belikan kat sekolah  sekitar tempat tinggal pun ok atau kawan-kawan yang ada anak masih bersekolah rendah yang belajar berlainan sekolah.. Pos sekali banyak ye..... maklum aje berapa kosnya.. 
Kalau ada lencana lama anak-anak yang dah tak pakai pun boleh beri kata kat saya ye... bagi la berapa yang ada... Yang baharu dan terpakai boleh aje. 

Alamatkan la kepada:
HINDON BT WAHID
SK MARIAN CONVENT,
JALAN RAJA DIHILIR,
30350 IPOH, PERAK.
Whatsapp/Mesej : 013-3403316

Satu hari nak buat blog koleksi lencana Sekolah Cikgu Hindon yang terkumpul ni...
Tunggu ye....
ooppp nak target berapa ye dalam setahun ni.... 360....boleh kot... sehari satu.. sebulan 30...

Terima kasih atas sokongan semua...
Jasa baik tuan/puan akan sentiasa dikenang.