Lagu ni amat bermakna. Kenangan aku ketika terpaksa bertukar keluar dari SK Rapat Setia..meruntun jiwaku ketika semua guru-guru mengalunkan lagu tersebut untuk aku...yang sememangnya sensitif....Terima kasih kerana menghadiah sebuah lagu yang indah dan bermakna liriknya untuk aku.
Sesungguhnya tiada perpisahan tanpa pertemuan, di mana ada pertemuan di situ akan hadir perpisahan....Setiap pertemuan akan ada keindahan ceritanya yang tersendiri yang akan dikenang setelah berlakunya perpisahan... Bertemu dan berpisah lumrah dalam kehidupan....
Saturday, March 31, 2012
PIBG dan Sekolah saya
Mesyuarat Agung PIBG kali pertama saya di sekolah saya ni. Tapi tak dapat menghadirkan diri kerana ada interaksi kelas PPG saya di IPG Kampus Ipoh. Dua-dua penting, tapi terpaksa pilih antara satu,
Alhamdulillah hari ini juga PIBG SK Marian Convent telah menerima anugerah Pengurusan PIBG Cemerlang Peringkat Daerah Kinta Utara Kategori Sekolah Bandar. Tahniah kepada semua barisan AJK PIBG yang diterajui oleh Dato'Hj Roshidi b. Hj Hashim. Timbalanya Ir Aminuddin.
Terlalu banyak sumbangan PIBG pada sekolah saya, terutamanya dari segi keindahan prasarana, kemudahan anak-anak belajar, kos membaiki segala kerosakan dan keselamatan. Mereka terlalu prihatin. Tanpa kerjasama semua AJK dan ahli-ahli semua sekolah Marian Convent tidak akan berjaya seperti sekarang. Komitmen pihak pentadbir, guru-guru dan PIBG amat penting. Semoga hubungan baik antara PIBG dan pihak Sekolah akan berterusan demi kecemerlangan anak-anak dalam semua bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum.
Ahli PIBG yang bermurah hati bolehlah menyumbangkan apa saja bantuan.....idea, barangan atau wang ringgit untuk membiayai program-program sekolah saya ni. Atau ada ahli-ahli korporat yang nak membantu ..alhamdulillah kerana sekolah saya ni sekolah bantuan modal....

Jalinan Keantarabangsaan dengan Songkla Educational Area Office
Pada 21 Mac 2012, Lawatan 3 orang pegawai dari Asean Comunity Prepulation Centre Songkla, Songkla Educational Area Office I zone bersama Pegawai Pelajaran Daerah Kinta Utara untuk berbincang tentang Program Jalinan Keantarabangsaan yang akan diadakan pada akhir bulan April.
| Berbincang program yang akan diadakan pada kunjungan akan datang |
| Melawat ke kelas 4 Cempaka untuk melihat sistem pembelajaran di Malaysia. |
| Kenangan bersama semua pegawai PPD Kinta Utara dan rombongan dari Songkla |
Subscribe to:
Posts (Atom)