Friday, May 24, 2013

Guru.. Jasamu Tetap Dikenang

Terima kasih kepada AJK PIBG sekolah saya  atas penghargaan yang diberikan kepada guru-guru sempena Sambutan Hari Guru 2013..Terima kasih juga kepada bekas AJK PIBG sesi 2012/2013 atas khidmat bakti memimpin Persatuan Ibu Bapa dan Guru menjadikan SK Marian Convent sebuah sekolah yang indah, ceria dan selamat.

23 Mei 2013 di Kinta Riverfront Hotel and Suite, Ipoh.






Pengacara Majlis - Pn.Shamsinar
Terima kasih kepada Pn Shaidatul dan Pn. Shamsinar serta jawatankuasanya kerana mengelola majlis Malam Mengenang Jasa & Sambutan Hari Guru  dengan meriah dan jayanya. Sesungguhnya penghargaan ini amat saya sanjung dan mengharapkan kerjasama ini berterusan.



Puisi Untukmu GURU

Alhamdulillah dapat kita bersama lagi,
Dalam kesibukan seharian nak jugak berkongsi cerita, agar kenangan ini tak akan hilang bersama masa yang berlalu. Sebagai seorang guru, sambutan dan  penghargaan yang diberi atas pengorbanan dan jasa yang diberikan memang amat bermakna. Bukan meminta balasan, kerana sesungguhnya tugas dan pengorbanan mendidik anak bangsa tanpa mengira masa dan tenaga bahkan wang ringgit  adalah tanggungjawab yang diamanahkan kepada kami seorang GURU. Cuma apabila majlis penghargaan dibuat khas untuk golongan seperti kami, ia amat bermakna dan tak terasa penat lelah yang dirasai selama ini.
Selagi bulan Mei belum berakhir, selagi itulah cerita sambutan Hari Guru masih ada.

Malam tadi JK PIBG sekolah saya telah mengadakan Majlis Jasamu Dikenang dan Sambutan Hari Guru bagi meraikan bekas AJK sesi 2012/2013 dan semua guru. Terima kasih sangat kepada Pn Saidatul dan Pn Shamsinar serta Jawatankuasa yang menganjurkan majlis yang meriah dan merapatkan silatulrahim antara guru dan AJK PIBG.

Tersentuh dengan beberapa bait puisi yang dilafazkan malam tadi.

Yang DiPertua PIBG En. Yaacob bin Harun berpuisi secara spontan..



Manis sungguh buah ciku,
Telah kumakan musim yang lalu,
Lalu kutertidur di musim bunga;
Sukar kubayar jasamu guru,
Amat berharga ilmu untukku,
Hingga dapatku kecapi manisnya. 





yang ni kata bidalan tentang sahabat dari Puan Guru Besar -Pn Hjh Rogayah bt. Pilus pula.

Sahabat bukan macam papan skate;  belum main gilap, dah main pijak.
Sahabat bukan macam bola sepak;    belum dapat kejar, dah dapat tendang.
Sahabat bukan macam bulu tangkis; belum main pegang, dah main pukul.
Sahabat ibarat macam  bola ragbi;   belum dapat rebut, dah dapat lindungi.
Sahabat ibarat macam jari;              lukanya sembuh sendi, tapi tulangnya tiada ganti. 





Mantan Yang DiPertua PIBG - Tn. Hj Ir Aminuddin bin Manshurdin pula membacakan pantun
 yang dipetik dari blog Mohd Azmi abdul Rahman.  Bait puisi yang indah dan bermakna.
Pagar teguh dibina baru,
Padu berdiri tepi istana,
Besar sungguh jasamu guru,
Ilmu diberu bagai permata

Pdu berdiri di tepi istana,
Bunga hiasan naik menjadi;
Ilmu diberi bagai permata,
Membina insan baik pekerti.

Bunga hiasan naik menjadi,
Bunga biru dua jambangan;
Membina insan baik pekerti,
Jasa guru dilupa jangan.

Bunga biru dua jambangan;
Cempaka baru digubah dara;
Jasa guru dilupa jangan,
Tanpa guru siapalah kita.



Selamat Hari Guru, Cikgu. Jasamu tetap dikenang.

Thursday, May 16, 2013

Sambutan Hari Guru

Alhamdulillah hari ini tiba lagi.. meraikan sambutan kali ke 26 bagi diri saya. Syukur sangat dipanjangkan usia dan meraikan hari yang istimewa buat saya yang bergelar Guru...Lain padang lain belalang, kali ni saya menyambut di SK Marian Convent, Ipoh.. teringat zaman mula-mula menyambut Hari Guru di sekolah pertama saya SK Felda Lurah Bilut, Bentong, Pahang. memangla berbeza...Namun agendanya tetap sama menghargai setiap penghargaan pengorbanan guru. Setiap kali sambutan acara rasminya ialah ucapan dan perutusan..serta nyanyian lagu Guru Malaysia dan Ikrar, sebab tu lagu Guru Malaysia boleh hafal, tak payah tengok lirik..hayati lirknya.

Kenangan kali ke 26 bersama anak-anak di sekolah saya yang ke 11 ni..Cikgu sayang semua.


Gaya sedang menyanyi ni..tak tengok skrip pun..

pertama kali ..semua petadbir menyanyi bersama..siap menari lagi. 



Sambutan di kelas 6 Mawar..terima kasih.

Terima kasih..semua anak didik di SK Marian Convent. 
Semua guru bergabung meraikan Hari Guru 2013. Eratkan hubungan.
Tahun ni tema bebas, kebetulan aje ramai yang pakai purple...Acara tertumpu di dewan aje..menghiburkan diri dan dihiburkan oleh anak-anak didik dan rakan-rakan. Enjoykan diri...hari guru kan so guru aje la yang buat persembahan..nampak bakat-bakat tenggelam cikgu-cikgu semua...
Selamat Hari Guru...Terima kasih Cikgu.