Saturday, February 23, 2013

I-THINK...Jom kita fikirkan bersama

Hai Semua...Assalamualaikum..
Dah seminggu  kembali ke sekolah selepas bercuti seminggu.
cuti sangat la tu ye..hehehe
Awal-awal minggu buka sekolah balik ni memang la sibuk..
ada ke pernah tak sibuk kak oi...hikhikhik...

Hari pertama, mesti ada perhimpunan. Boleh la jumpa semua murid dan guru di dewan.
Minggu ni giliran pengacara majlisnya bercakap Bahasa Inggeris, Memang di sekolah saya ni bahasa yang digunakan semasa perhimpunan bergilir berselang minggu,Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, selaras dengan dasar MBMMBI. Melatih murid mahir menguasai kedua-dua bahasa serta menonjokan kepimpinan dan kenyakinan diri. 

Setiap minggu juga kata-kata Motivasi akan silih berganti. 
Terima kasih la JK Unit Bimbingan Kaunseling yang sentiasa menyediakan 
kata-kata semangat untuk kami.
Ni la kata-kata motivasi  minggu ni..

Hari Selasa dah kena kursus pemantapan JU Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah di Hotel Perdana Taiping. Balik tu kena buat peringkat daerah la pulak. Ikut je la untuk kebaikan semua. Dari pagi sampai petang. Pergi tumpang pegawai JPN Terima kasih ye Pn. Noraini,  nak memandu sendiri jauh-jauh tu belum dapat 'green light' cik abang ,,hehehe. 


Hari Rabu pun sibuk juga, hehehe, lepas meeting  bersama pentadbir, kumpul data untuk mengemaskini fail bagi  persiapan pemantauan  SBT lagi.  Pukul 1 ada kursus Program i-THINK.. nak kena fikir jugak ni.....
Sebenornya kali ni nak cerita tentang Program i-THINK ni la. Meh la berkongsi ilmu sikit,  baru nak belajor jugak ni. Kat sekolah saya ni dah beberapa kali diadakan kursus dalaman tentang program ni tapi  baru  kali ni berkesempatan. Seronok jugak mengajar dengan cari ni. tapi kena sesuaikan dengan mata pelajaran nak ikut Peta Minda yang mana.
Peta Buih
Peta Bulatan
Peta Buih Berganda
Peta Pokok
Peta Dakap
Peta PelbagaiAlir

Pn. Hjh Roshilah  penceramah kali ni.

Peta Alir


Jadi pokok ye..




Peta Titi


Minggu ni memang tak ada rehat sepenuhnya.
Hujung minggu ni  Sabtu dan Ahad ada kelas PPG lak pulak.
Miss la LDAP n gotong royong hari Sabtu ni...
Tak ada istilah rehat, Tapi ok je..seronok kan diri bila buat semuanya,
Lebih-lebih lagi nampak perubahan yang berlaku. Untuk kebaikan dan keslesaaan semua.

Ok la nak out dulu, Nak buat persiapan untuk minggu depan pulak. Lagi sibuk.
 Jumpa lagi. Bye

No comments:

Post a Comment