Hari ini semua murid dibenarkan memakai pakaian yang paling cantik dan sopan. Kebetulan peperiksaan baru sahaja selesai, apa lagi happy 'sakan' la mereka ni..
Selaras dengan program guru penyayang, hari ini mereka diraikan. Semua murid bebas memakai pakaian yang cantik dengan tema pakaian stailista dan sopan. Tema Hari Kanak-kanak peringkat sekolah tahun ni pula ialah..SENYUM, SOPAN DAN SAYANG....
Dengan senyuman..timbulla rasa sayang..jadi semua kena sentiasa senyum..
Murid yang bersopan akan disayangi..anak-anak yang bersopan santun dan berbudi pekerti mulia akan lebih disayangi oleh semua rakan-rakan, guru-guru dan ibu bapa. Ada ke sesiapa yang nak berkawan dengan orang nakal dan kasar...
Begitulah hubungan senyum, sopan dan sayang....
Sempat la bersama mereka di awal pagi..
saja je datang awal hari ni..jam 6.40 dah sampai sekolah..
Antara murid yang sampai awal di sekolah.. |
Tahun ini sekolah masih menjalin hubungan dengan Hotel Seri Malaysia...Segala peenyediaan dan persiapan dibuat oleh pihak hotel. Kira ok la..Sokongan dan sumbang ibu bapa amat dihargai dan diucapkan berbanyak terima kasih. Anak-anak pun puas makan, menu yang dipilih memang mengikut selera mereka..spring roll, fried meehoon, fried chicken ala KFC, mini burger fish, potato wedges, fruits n cordial orrange...
Selesai makan, berkumpul pulak di dewan...Muzikarama dan majlis penyampaian anugerah...
Antara penerima anugerah...
4 murid terbaik anugerah pakaian stailista dan sopan. |
Fatin Afifah Abd.Hamid penerima Anugerah Murid Berpekerti Mulia Tahun 6 |
Murid Berpekerti Mulia Tahun 5 |
Penerima Anugerah Kelas Gemilang 2013 - 6 Cempaka. Ia juga memenangi anugerah Kelas Kehadiran Cemerlang. |
Sayang semua...Selamat Hari Kanak-kanak.
No comments:
Post a Comment