Tuesday, November 12, 2013

MUAY SWEETOOROBICS SK Marian Convent

Muay Sweetoorobis ?
Eh tak pernah dengar pun....memang pun jenama yang dihasilkan oleh Marian. Sejenis aktiviti seakan senamrobik tetapi ada penyerapan sukan muay  yang berasal dari Thailand. Di Thailand dipanggil Muay Thai...Program ini adalah hasil kerjasama dengan En. Mohamad Amin Khaw Abdullah pengerusi Sukan Muay Malaysia. Setiap tahun beliau  membawa pasukannya bertanding di peringkat antarabangsa. Sukan ni akan dijadikan etos sekolah...

Bagi menyesuaikan dengan umur dan jantina murid-murid sekolah saya..Pn. Sharifah Mohamed, Penolong Kanan Pentadbiran telah memilih nama yang begitu "sweet". Sweetoorobics dan perkataan muay dikekalkan agar ada perkaitan. memang sweet kan..kita akan reka geraktari yang lebih sweet....

Hari ni pertama kali melihat dan melakukan langkah pertama pergerakan sukan muay...
Senang aje rupanya...tapi boleh sakit pinggang dan lutut dibuatnya...ni pun dah tak larat, letih badan buat aktiviti tu tadi..*tak sedor diri masa buat tadi..hihihi.

Sebelum membuat mesti ada regangan dulu atau panaskan badan, macam sukan-sukan lain jugak la ... muzik mesti ada baru la macam aeorobik...sebab tu dinamakan sweetoorobics, baru syok..
Langkah asasnya ada lapan je...


NI baru hari pertama, kira kali pertama so, kita belajar yang basic je. Program ini akan berterusan dengan bimbingan dan tunjukajar ahli Kelab Muay Malaysia ini nanti..






8 gerakan asas Muay Sweetoorobics - Etos Sekolah SK Marian Convent

Okey..dah letih ni nak beradu dulu..insyaallah jumpa lagi..



No comments:

Post a Comment