Sunday, February 9, 2014

Doa Untuk Belajar

Assalamualikum semua.
Untuk anak-anak Marian yang beragama Islam.
Jom hafal doa ini dan amalkan selalu.
Semoga dipermudahkan bagi kita untuk memahami dan menghafal pelajaran yang akan kita pelajari esok di sekolah.

Doa Penerang Hati.

 Maknanya:

“Ya Allah, bukakanlah keatas kami hikmat-Mu dan limpahkanlah ke atas kami khazanah-Mu, wahai Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.”

Bacalah ayat ini apabila memulakan pelajaran atau menghadapi peperiksaan.


Doa Mohon Dilapangkan Dada.

Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya. Barang siapa membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap-tiap hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna.

Maksudnya:

25 - Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku.
26 - Dan mudahkanlah bagiku, tugasku.
27 - Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku.
28 - Supaya mereka faham perkataanku.

Doa ini dibaca juga untuk fasih bercakap kepada yang gagap,hilang gementar atau darah gemuruh bila bercakap dikhalayak ramai.

Untuk pemimpin sekolah yang ditugaskan menjadi pengacara dan membaca doa setiap pagi Isnin bolehlah  membaca doa ini terlebih dahulu (dalam hati aje pun tak apa) sebelum memulakan tugas agar tenang dan lancar.

Renung-renungkanlah dan Selamat Beramal.
(pinjam kata-kata  Prof. Izzie)

No comments:

Post a Comment