Assalamualaikum n Selamat Sejahtera semua.
Dah seminggu xupdate blog ni. Tak de cerita pasal sekolah tu yang rehat jab. Esok dah nak bertugas semula... Nak cerita la sedikit kisah cuti sekolah yang seminggu ni sempena Hari Raya .... yang memberi seribu makna.
Ini la kampung halaman saya..
air tengah surut...tak dapat la nak main air
Cuti Hari Raya seminggu, lama cuti tu, tapi saya cuma berkesempatan untuk pulang ke kampung sekejap, kena bagi bagi dengan kampung suami. Sehari berhari raya di Kedah, Pagi-pagi raya kedua dah bergerak ke Selangor pulak... 25 tahun begitulah suasana di hari raya, silih berganti. Petang raya ke3 dah bergerak balik Ipoh. Raya ke4 menjenguk jugak sekolah...hihihi....
Cerita balik bila balik ke kampungku, inilah kesempatan yang diambil, hihihi minta cik abang berhenti kejab nak pose kat sini, cuma bila la agaknya aku dapat masuk ke dalam ye. Tetiba terkejut bila ada orang tegur "buat apa tu" hihihi agaknya jaga tu pun pelik tengok aku dok posing2 kat tembok tu... kalau minta izin nak masuk, agak2 dia beri tak ye?...lain kali la, harap-harap akan datang aku dapat masuk kedua-dua tempat aku mula-mula mendapat ilmu dan menjadikan aku seperti sekarang walau hanya bersekolah di kampung. Terima kasih... SK BATU LAUT dan SMK BATU LAUT...
Satu hari nanti aku akan masuk juga dalam sekolah lama aku ni.
NI la rumah kampung halamanku.... mengenang kembali nostalgia peti surat yang tak berubah sejak 30 tahun dahulu.. Hari raya kedua tu 29 Julai sama tarikh aku nikah 25 tahun lalu hihihi gedik sikit la ni. Tarikh tu sama dengan hari kelahiran anak dara aku yang kedua, cukup 20 tahun dah sekarang. Kira raya tahun ni banyak memberi makna. 30 Julai tu pulak hari kendurinya, hahaha..tempat jatuh lagi dikenang ini kan pula tempat bermanja....
Sementara ada emak, balik la berjumpa mereka...
Rindukan bapak... setiap kali sebelum balik ke Ipoh kutitip rindu di pusara bapak. Semoga arwah bapakku ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Alfatihah.
No comments:
Post a Comment