Terlebih dahulu nak minta izin tuan punya cerita untuk berkongsi cerita walaupun seminggu telah berlalu... almaklumlah kekanda tak dapat bersama kekanda-kekanda yang di atas dan adinda-adinda semua kerana diri sedang berduka lantaran berita yang mengejutkan memaksa kanda pulang ke kampung halaman. Agar memori ini akan tersimpan sama dalam lipatan kenangan di sekolah ini.
Adinda Zai.. izin kanda berkongsi kenangan seribu satu malam ini. Kekanda ambil dengan izin ye dari whatsapps group.
Melepaskan lelah setelah setahun bertungkus lumus menjalankan tanggungjawab dengan penuh cemerlang. Tanda penghargaan dan terima kasih kepada semua. Raikan diri sendiri.
Kisah bermula pada malam hari 21 November 2014 jam 8 malam.
Ini ada satu cerita. Cerita riwayat satu malam, riwayat ini bermula di sebuah tempat iaitu "Marian town". Riwayat ini disampaikan oleh seorang penglipurlara...
Pada malam tersebut bonda rog dan kanda hinds tiada bersama.
Di majlis tersebut.... tiba-tiba putri-putri bonda merebutkan seekor patung
yang beracun tapi semua berakhir dengan kegembiraan
Rakyat jelata turut hadir meraikan majlis tersebut
Dalam kegembiraan tiba-tiba dikejutkan dengan berita seorang puteri bonda rog
terpaksa pulang ke indera kayangan ...semua rakyat dan dinda2 berdukacita
Demikianlah alkisah riwayat satu malam....
skrip tiada kaitan dengan yang mati, cuma dikaitan yang hidup.
Terima kasih semua yang merakam memori ini.
Kenangan bersama Pn Hjh Rosimah yang akan meneruskan tugas
di Negeri Perlis Indera Kayangan negeri tanah tumpah darahnya
Rasa gembira melihat semuanya bergembira.
No comments:
Post a Comment