Thursday, January 15, 2015

Jalinan bersama Universiti Teknologi Petronas

Assalamualaikum  dan Salam Sejahtera semua.

Semiggu dah tak meng'update' cerita. Banyak perkara lain yang perlu didahulukan.. Sabar ye..insyaallah akan menyusul kemudian. Kali ni nak simpan memori saya dan cikgu-cikgu sekolah ke Universiti Teknologi Petronas
Hari Khamis 8 Januari 2015 yang lepas  saya bersama 11 orang guru ke UTP bagi mengukuhkan jalinan  dalam program Perkongsian ilmu Teknologi Maklumat untuk perhubungan Global. Kami pergi berkongsi kereta je.  Kira hari tu cerita berkongsi-kongsi la. Program bermula jam 9 pagi hingga 2 petang.
Alhamdulillah perkongsian ilmu dan pengalaman yang bermakna sepanjang berada di UTP. Bukan semua orang dapat melawat masuk kawasan UTP ni, lagi-lagi bilik Tun Mahathir Mohamad Canselor UTP.
Bersama Naib Canselor UTP Yg Berbahagia Datuk Ir (Dr) Abdul Rahim Hj Hashim dan Pengurusn Kanan Perkhidmatan Korporat UTP Pn Shamsina bt Shaharun yang juga AJK PIBG SKMC

Bila pergi naik kereta berasingan dan dari tempat yang berbeza sampainya pun tak sama. Tapi janji jam 9 berkumpul di Pusat Sumber UTP, Ada yang sampai awal, saya ni kira sampai lewat la, 
 Puan Shamsina telah menunggu kami. Kami dibawa terus ke Pusat Latihan ICT di aras 3 Pusat Sumber . Terpegun saya melihat suasana dalam Pusat Sumber itu. Tentang Pusat Sumber tu nanti saya ceritakan dalam entri yang lain.

 Kami berada di zon ICT selama 2 jam belajar untuk mengendalikan laman web sekolah. Insyaallah selepas ini sekolah saya akan mempunyai laman web sendiri. Segala maklumat rasmi akan dimuatnaik dalam laman web tersebut.

Suasana di ruang ICT, bilik terbuka, luas pandangan, tak rasa terkurung semasa belajar.
 Ni Laluan masuk ke ruang ICT yang terbuka di aras 3
 Cikgu-cikgu sekolah saya siap sedia menerima ilmu.


                                     
 Tenaga Pengajar ICT UTP 

 Rehatkan minda sekejap sambil merakam gambar..

Cerita lain jumpa di next entri, mesti dah tak sabar tengok gambar-gambar tu kan Cikgu Ayu,


No comments:

Post a Comment