Sunday, May 8, 2011

Suka Jadi Budak Sekolah

Suka Jadi Budak Sekolah? Zaman jadi budak sekolah memang seronok. Dulu Umur 7 tahun je mesti dah jadi budak sekolah, tapi sekarang umur 4 tahun pun dah jadi budak sekolah tadika...Semua orang mesti pergi sekolah, nak jadi budak sekolah. Zaman sekarang mana ada orang yang tak pergi sekolah. Suka ke tak suka mesti kena pergi sekolah. Macam-macam ada kat sekolah, paling penting nak belajar....belajar membaca,  belajar menulis dan belajar berkomunikasi. Suka jadi budak sekolah  sebab dapat ramai kawan, cikgu sayang, nak ape je mesti mak ngan ayah bagi, baju baharu, kasut baharu. Senang cakap semua serba baharu la.

  Ni mula-mula jadi budak sekolah, mana kawan sekelas saya .  Tahun 1973 darjah 1. 
   di SK Batu Laut, Kuala Langat, Selangor.  Teringat la pulak kat kawan2 lama ni.....

Nak mengenang semula zaman jadi budak sekolah, suka sangat pergi sekolah. Selain belajar, saya suka sekolah sebab nak main. Semua permainan kalau boleh nak masuk. Kadang lebih suka pergi sekolah sebab nak main je..ngan aktiviti luar. Seronok selalu ngan kawan2. Tapi sebagai murid kita mesti pandai bahagikan masa belajar ngan main. Kalau main, main betul2, sekarang ni main je pun leh buat duit....pemain pro tapi mesti ada kesungguhan la. Aktif dalam kokurikulum pun penting, sijil2 yang kita dapat boleh membantu untuk masuk ke sekolah asrama penuh. Nak masuk U pun sekarang 10% markah kokurikulum mesti ada. Kalau dalam kelas beri tumpuan sepenuhnya pada cikgu yang mengajar. Ikut cakap cikgu, berkat ilmunya.

Kenangan zaman jadi murid sekolah, suka sekolah ni...
SMK Batu Laut, Kuala Langat, Selangor.

Setiap orang hanya sekali je jadi budak sekolah. Bila habis zaman sekolah , cukup umur dah tak boleh bersekolah, mana leh ulang lagi nak jadi budak sekolah. Lau nak dok sekolah sampai tua kena jadi CIKGU la. Teringat-ingat keseronokan jadi budak sekolah, jadi masa jadi budak sekolah tu...jadilah murid yang rajin datang sekolah, berdisplin, bertanggungjawab, hormatkan guru dan jadi murid yang cemerlang dalam semua bidang. Nanti menyesal kemudian hari dah tak berguna. 



2 comments:

  1. TAHNIAH HINDON..... dah dapat buat blog sendiri. Moga ramai follower nanti.....

    ReplyDelete
  2. Diam tak diam rupanya dah 4 tahun berblogging... selain berkongsi maklumat, sekadar menyimpan memori untuk kenangan di masa hadapan.

    ReplyDelete