Sunday, August 7, 2011

Sekolah Baharu Saya......

Dah dua minggu bertugas di sekolah baharu ni. Sejak 23 Julai dulu banyak yang perlu dipelajari dan diambil tahu. Sepatutnya kena melapor diri pada 16 Julai. Tapi saya cuma pergi melapor pada 18 Julai dan minta tangguh tugas selama seminggu, untuk menyelesaikan tugas di sekolah lama. Ye la pertukaran mengejut......banyak yang perlu diselesaikan. Memang tak sangka kena tukar, tapi sebagai seorang kakitangan kerajaan yang menurut perintah, saya akur dengan arahan yang diberi dengan perjawatan yang sama.

Ni la sekolah baharu saya.
Sekolah Gred A,  Band 1, Ranking ke 12 Peringkat Kebangsaan.
Azam baru di sini, insyaallah membantu menaikkan nama sekolah
untuk lebih cemerlang dalam semua bidang, khasnya mencapai prestasi
yang lebih baik untuk mencapai Sekolah Berprestasi Tinggi.
Sekolahnya agak luas, kawasannya bersih dan tanamannya hidup subur, pokok peneduhnya pun banyak. ye la sekolah dah lama sejak 1957. Nak tau lebih lanjut tentang sejarah sekolah baharu saya ni lawati la blog SK Marian Convent http://skmarianconventipoh.blogspot.com.

Barisan Pentadbir Sekolah  (PK KK, Pen. Kanan, GB dan PK Petang)
 bersama Marian Flower's Girls

Di laluan masuk pejabat dan dewan yang ceria dan romantis
bersama PK HEM dan PK Petang.....sama je....kembang setaman.
Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Tanggungjawab perlu dilaksanakan. Untuk meneruskan tugas yang diamanahkan dan harapan semua, akan kucurahkan khidmat dan bakti selagi daya untuk kecemerlangan murid-murid dan sekolah baharuku dalam semua bidang khasnya kokurikulum.

Sekolah lamaku  tetap dalam ingatan, kerana di sana juga tersimpan kenangan dan cerita indah antara kita...yang tak mungkin sama di SEKOLAH BAHARU SAYA....






No comments:

Post a Comment