Friday, September 30, 2011

Aktiviti Kokurikulum

Walaupun dah nak masuk bulan oktober..aktiviti masih tetap dijalankan. Lebih-lebih lagi dah dekat nak Hari Kokurikulum. Jadi masing-masing pasukan dan unit sibuk la wat persiapan. Tak boleh batal tanpa sebab tau...hehehe  konon nak warning la ni ye..
Kelainan aktiviti kokurikulum kat sekolah aku ni..... aktiviti dijalankan pada hari Jumaat, mula jam 12 hingga jam 2 petang....dah semuanya murid dan gurunya  perempuan. Tak de la masalah nak balik awal untuk solat Jumaat. Kehadiran pun boleh 100%....sape yang ada hal penting je yang dibenarkan balik awal ... kena wat surat tunjuk sebab ye...Kena seimbangkan pencapaian akademik dan kokurikulum ni...
Semoga Unit Kokurikulum sekolah aku ni akan terus mencapai kejayaan yang cemerlang dan membantu sekolah untuk  mencapai Sekolah Berprestasi Tinggi  dan Sekolah kluster Kecemerlangan.



Jawab ujian Keris Gangsa ke Keris Perak tu?



Ni nak wat sandwich ke posing?

Aktiviti yang memberi manafaat.....ha kat rumah jangan malas pulak.

Manis air punch tu......semanis mereka yang membuatnya.




Pandu Puteri Tunas tak kan tengok je...


Ni berlatih nak masuk pertandingan memasang khemah ke?

Lau dah praktis awal, tentulah tKRS yang menang nanti

No comments:

Post a Comment