Tuesday, September 6, 2011

Kembali Semula Bersedia Menghadapi Exam...

Assalamualaikum...selamat sejahtera....
Lama tak jumpa. Selepas cuti selama seminggu... 
Rindu dengan semua..tapi tak sempat sebab sibuk dengan macam-macam hal...
sibuk dengan pemantauan nazir,  sibuk beraya....sibuk nak hadapi exam pulak. 
Sape yang ambik exam tu???
UPSR dah dekat sangat...tinggal berapa hari lagi...anak-anak muridku
dah ke berSEDIA ?....sekarang tinggal nak wat ulangkaji je, ..
.sape baru nak mula ngulangkaji tu pun xpe kot2 sempat ingat semua....
gunakan masa yang tinggal berapa hari lagi ni dengan sebaiknya..... 
PMR pun dah hampir.....
SPM jangan ingat lama lagi...pejam celik pejam celik ia akan sampai juga....

Sedikit panduan untuk dijadikan panduan bersama..
sekadar ingin mengingatkan....

Tips untuk menghadapi peperiksaan... 
1. Jaga kesihatan 
    - tidur yang cukup/ jangan terlalu ingat nak wat ulangkaji hingga
      berjaga larut malam.
    - makan makanan yang seimbang. 
    - beriadah untuk menjaga kecergasan diri. (Badan cergas, otak cerdas) 

2. Jaga keselamatan  
    - apa pun yang dilakukan ingatlah, mulakan segala aktiviti dengan Bismillah, 
       semoga Allah akan sentiasa melindungi kita. 
    - Tidak melakukan aktiviti yang lasak dan bermain di tempat yang bahaya.
    -  berhati-hati ketika balik dan pergi sekolah atau ke mana sahaja.

3. Berfikiran positif 
    - jangan gelabah,
    - fikirkan anda boleh melakukan yang terbaik. Fikirkan anda boleh melakukan.
    - Peganglah kata-kata:
                     "Sedikit pencapaian itu lebih baik dari tiada pencapaian langsung”.
                    “Something is better than nothing”

                    Lakukan “Latihan Minda” setiap hari. (bayangan kejayaan)

                   “If you can’t see it, you can’t have it”.

4. Jaga Emosi
    - sentiasa bersangka baik, elakkan menimbulkan kemarahan orang lain.
    - membina perhubungan baik dengan semua orang terutama ibu bapa dan 
       adik beradik 
    - Jangan cepat marah, perlu banyak bersabar. 

5. Jaga Rohani 
    - Sentiasa ingatkan Allah. Mohon pada Allah untuk diberi ketenangan dan 
       ingatan yang baik.Jangan lupa solat dan berdoa.
    - Mohon restu ibu bapa. Minta ibu bapa mendoakan kejayaan kita kerana 
      doa ibu bapa sangat makbul.
    - Mohon maaf dan restu ilmu dari semua guru.



Kepada semua anak-anak muridku yang bakal menduduki peperiksaan 
UPSR, PMR dan SPM...

Semoga anda semua akan tenang dan berjaya menjawab semua soalan dalam peperiksaan dengan cemerlang.
Hanya doa yang cikgu kirimkan mengiringi perjalananmu ke dewan peperiksaan.



  

                     




No comments:

Post a Comment