Wednesday, August 1, 2012

20 Julai 2012 - Motivasi Diri Tahun 6

Oleh : Motivator En. Adnan - guru bimbingan kaunseling
            SK Kg. Bahagia, Teluk Intan. Perak.
Kepada anak-anak didik yang bakal menghadapi UPSR..
Peperiksaan tak lama lagi. Bersiap sedialah 

Panduan Hari Peperiksaan;
1.  Bangun awal dan pakai pakaian yang bersih.
2.  Semak peralatan yang perlu dibawa.
3.  Mohon restu ibu bapa.
4.  Tiba awal, tenangkan fikiran, elakkan berbincang.
5.  Masuk dewan dengan tenang , baca selawat dan berdoa.
6.  Tarik nafas panjang-panjang beberapa kali dan lepaskan perlahan-lahan.
7.  Susun alat tulis dan dengar arahan.
8.  Baca arahan soalan dengan tepat, garis/tanda bahagian penting.
9.  Buat rangka, jaga tulisan. Buat soalan yang mudah dahulu.
10.  Semak jawapan, semak dan terus semak.
Setiap manusia mempunyai kelebihan masing-masing.



Semoga semua anak didik yang bakal menduduki UPSR tahun ini akan berjaya mencapai kejayaan yang gemilang dan terus menjadikan SEKOLAH SAYA ini sekolah yang terbilang, tetap No.1 di Perak dan terbaik antara sekolah yang terbaik diperingkat kebangsaan. AMIN.

No comments:

Post a Comment