Ni la sekolah aku. Bangga jugak dengan kejayaan-kejayaan yang dicapai. Dari zaman aku sekolah dulu, memang sekolah aku hebat.. lagi2 sukannya.kalau sebut bola jaring, hoki, bola sepak...memang terror. yang seronoknya kalau ada perlawanan kat luar daerah pakat sewa bas nak ikut jadi penyokong, bukan mahal pun tambangnya dengan nilai sekarang..RM2 ke RM3 je. Sanggup simpan duit belanja..sebab lepas abis main pergi jalan2 ..ampang park..tempat favourite la. Ada la beberapa orang cikgu yang masih dalam ingatan aku..Cikgu Mazlan guru kelas darjah 6, Cikgu Nasaruddin guru math darjah 5, kalau marah tumbuk papan hijau boleh pecah..sebab tu aku boleh pandai math..hehehe. Sir Cheliah guru BI aku..masa tu xde UPSR, tahun 5 la masa pulun belajar..Penilaian Darjah 5. Cikgu2nya garang oooo.. tu yang menjadikan aku rajin belajar. Cikgu Zaini guru BM suka sangat bertempik.....
Habis sekolah rendah aku ke sekolah menengah kat kampung aku ni jugak. sebelah pagor je..Tapi sekarang dah banyak berubah, ye la xkan la dari dulu sampai sekarang cam tu jugak kan. kena la ada perubahan barulah boleh setanding ngan sekolah2 lain. Memang banyak betul perubahan dari segi fizikalnya. Satu hari aku mesti masuk jugak kawasan ni. Tempat aku belajar selama 5 tahun. Teringin jugak jumpa cikgu2 lama aku yang masih mengajor kat sini cikgu Jameah, kawan aku pun ada yang jadi cikgu mengajor kat sini jugak. Aku aje yang tak dapat berbakti kat kampung halaman sendiri. heeeeeeee rindunya nak balik kampung Batu Laut. Ramai la cikgu2 aku masih ingat namanya Cikgu Suardi guru kelas form 1, Cikgu Johari, Cikgu Othman, Cikgu Ahmad Karim, Cikgu Mujab ngan Cikgu Zurina cikgu hoki aku, Cikgu Rosnah yang kecik molek suka pakai kasut tumit tinggi guru bola jaring aku jugak, Cikgu Fatimah, Cikgu Kamaliah cikgu Pandu Puteri dan seorang cikgu ni yang jadikan aku adik angkat la katanya... hehehe ke aku yang perasan..Cikgu Zainab cikgu ERT, tu yang aku pandai masak ngan jahit baju sendiri sampai sekarang..hahahha..berkat ilmunya n boleh la aku berjimat duit upah.......Eh ramai lagi la...maafla xtertulis semua.
Eh lupe lak nak kabo, dah cakap perak tu...kampung aku ni sebenornya kat Daerah Kuala Langat, Selangor, sape yang tak perasan la sebenornya ada alamat kat tembok sekolah aku tu....Lebih kurang 7km dari pantai Morib, Banting dan 14 km dari Pantai Bagan Lalang, Sepang. Memang laluan tepi pantai. Cantik pemandangannya, lagi waktu nak senja, lepak tepi pantai kampung aku ni. Hari Jumaat ada pasar malam kat sini.
Ni la pantai kat kampung aku, sekolah lama aku tu pun xjauh dari pantai ni, seberang jalan beso je..
Bila aku rindu kat kampung, kat sekolah, aku belek la gambar2 kat album tu...
sesekali melayan perasaan zaman sekolah, kenangan bersama kekawan dari darjah 1 sampai tingkatan 5 - 11 tahun bersama banun, suriani, zaimah,kahar, jali, zamri, masrihana, ruzita.....rindu ngan kalian. Aku suka SEKOLAH aku tu.
No comments:
Post a Comment