Friday, February 15, 2013

Berbudi dengan Tanah.

Hari ni sempat lagi meronda kawasan sekolah saya ni.. Dah jadi kebiasaan dalam seminggu sehari mesti ronda, dari depan ke belakang, dari penjuru kanan ke penjuru kiri,  dari tepi jirat Cina hingga ke hujung pagar Sekolah Menengah Teknik Jalan Brash... hari ni cuma nak tengok pokok-pokok yang tumbuh yang boleh dimakan hasilnya..

Ni Pokok pisang kan..
Cantik deretan pokok ni. Kat tepi pagar belakang, kira-kira, ada 5 rumpun  pokok pisang ni, setiap rumpun tu ada yang dua atau tiga batang , biasala anak pokok ni mudah hidup, bila yang tua ditebang, adalah anaknya yang ganti nanti.  Bukan kenal sangat jenis pisang ni tapi yang pasti ada pisang nangka dan pisang emas. Bila-bila nanti leh la kita merasa ye.

Pokok ibu kayu ni ada satu ni je, nak makan pucuk pun tak cukup.Nak bagi kenal je. Ok lepas ni Pak Bob tolong tanam lagi ye, senang je cara tanamnya..potong batang tu secara menyerong, kemudian cucuk kan je kat tanah. Kalau banyak tu leh la makan ubinya kan. Jangan tak tau Perak ni dulu sebuah negeri pengeluar ubi kayu terbesar kat Malaysia. Kat Chemor tu la kawasannya. Teringat zaman belajar Geografi Form 5.

Pokok durian ni dah ditanam 10 tahun dulu, tapi tak nak berbuah, Dia sebatang je, tak de kawan, tu yang tak nak berbuah kot. Tak apa lah nak bagi murid kenal macam mana rupanya pokok durian ye. Apa kata nanti kita gantungkan buah  durian plastik. Mana tau dia nak berbuah pulak ye.

 Dah merasa air buah kelapa ni, Sedap. Nak cuba nanti leh la ambik. Panjat atau jolok sendiri la ye. Bukan tinggi mana pun, Ada la dua batang pokok serbaguna tu. Boleh dijadikan bahan Pnp. Bawa la murid melawat dan mengenalinya dengan lebih dekat.Nak tau kat mana lokasinya...dekat dengan kantin sekolah.
 Ni pokok yang baru ditanam. Pokok rambutan ni ada tiga jenis, iaitu rambutan gading, anak sekolah dan gula batu. Tengok la macam mana perbezaaan buahnya tu nanti. Katanya tiga tahun dah berbuah. Betul gaya menjaga dan membaja, insyaallah boleh sama-sama kita merasa nanti. Cukup sepuluh tahun, satu sekolah boleh wat kenduri rambutan. Daripada kawasan tu terbiar kan, asalnya dulu kat kawasan tu ada pokok lain tapi dah mati. Baik kita tanam pokok buah ni kan.

Tanah yang sekakang kera ni, jika dimanfaatkan insyaallah akan mendatangkan hasil untuk semua penghuninya. Semoga tanaman di kawasan sekolah saya ni akan terus subur dan sama-sama la kita menjaganya dan mencintai alam sekitar kita dengan kehijauan yang mendamaikan.
Letih meronda tapi nampak kehijauan dedaun tu, hilang penatnya. 
Ok la..lain kali kita jumpa lagi, rasanya saya nak cerita mengenai  pokok herba pulak, satu lagi tanaman yang banyak khasiat  dan tamannya  sedang diusahakan. 
Tunggu ye. 


No comments:

Post a Comment