Tuesday, February 26, 2013

Taklimat Ke arah Sekolah Berprestasi Tinggi

Taklimat Pemantauan Persediaan Ke Arah Sekolah Berprestasi Tinggi
Alhamdulillah ada yang sudi berkunjung ke sekolah saya.
Hari ni sibuk lagi, awal pagi dah sampai untuk siap sedia menerima tetamu dari KPM, JPN, PPD dan 12 buah sekolah Band 1 Negeri  Perak untuk mendengar taklimat di samping pemantauan status persediaan Sekolah Band 1 ke arah Sekolah Berprestasi Tinggi oleh Ketua Penolong Pengarah Sekolah Berprestasi Tinggi, Kementerian Pelajaran Malaysia  Pn. Faridah Yang Razali yang berasal dari Perak juga.
Turut hadir
 En. Zulkifli b. Muhamed Mokhtar -Pen.Pengarah SM (ProjekKhas/SBP/SKK) JPN.
 En. Md Rashid b. Md Yusof - Pen.Pengarah SR (Pengurusan Guru) JPN.
En. Khusaini b. Zulkifli - Pen.PPD Kinta Utara
Guru Besar dan seorang guru dari
 SK Tarcisian Convent,Ipoh,
  SK Perempuan Methodist,Ipoh,
SK Raja Perempuan,Ipoh,
 SK Kampung Jambu,Taiping,
 SK Klian Pauh, Taiping.
 SK Sultan Idris II, Kuala Kangsar,
SK Chegar Galah, Kuala Kangsar,
 SK Syeikh Mohd Idris Al-Marbawi, Kuala Kangsar
SK Methodist, Parit Buntar
SK Teluk Kepayang, Bota,
SJK(T) Gerik, Gerik,
 SK Ganda Temengor, Gerik

Mesyuarat diadakan dalam Bilik Seri Gemilang, suasana baru yang lebih selesa,
 first time la mesyuarat besar di bilik baru ni.
 Alhamdulillah rasa selesa la sikit. Taklimat pun berjalan lancar.

 Guru Besar bersama penyelaras/Penolong Kanan yang hadir 
mendengar taklimat dari pegawai-pegawai JPN



En. Zulkifli b. Muhamed Mokhtar - Pen.Pengarah ProjekKhas/ SBP/SKK JPN Perak.

Pn.Faridah Yang Razali - Ketua Pen.Pengarah SBP

 Kena dengar dengan teliti sebab lepas ni nak kena upgrade semua dokumen. Sediakan semua bukti program yang dijalankan. Kali ni lebih jelas, apa kehendak mereka sebenarnya. Dokumen apa yang patut ada dalam setiap fail. Mudah-mudahan segalanya dapat disiapkan dalam masa yang singkat. Mulai 4 Mac nazir dah mula memantau sekolah terlibat. 

Guru Besar sekolah saya ni sedang mempersembahkan maklumat sekolah untuk dikongsi bersama.





Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Sebelum pulang sempat la bergambar bersama 
buat kenangan bersama Pn. Faridah Yang Razali. Tak sangka sedondon pulak dengan 
semua pentadbir SKMarian Convent.

Ok la , nak siapkan dokumen dulu. Doakan segalanya  dipermudahkan dan mendapat 
apa yang diharapkan. Terima kasih atas tunjuk ajar yang diberi.

No comments:

Post a Comment