Hari ni sampai awal, 6.45 pagi dah sampai sekolah.
Sempat melihat bulan penuh menjelang pagi...
Tahniah kepada anak-anak didikku yang sampai awal..
Patuh kepada peraturan sekolah...tiba sebelum jam 7.20 pagi.
Ikut peraturan semasa turun dari kenderaan masing-masing.
Satu-satunya sekolah yang pernah saya berkhidmat, keselamatan anak-anak pasti terjamin. Ibu bapa dibenarkan masuk ke kawasan sekolah dan menurunkan anak-anak di kawasan yang selamat dan tak perlu berjalan jauh ke kelas masing-masing. Bertuahnya anak-anak yang bersekolah di sini. Terima kasih kepada ibu bapa yang mematuhi peraturan lalu lintas sekolah dan tidak mementingkan diri. Semuanya demi keselamatan dan keselesaan semua.
No comments:
Post a Comment