Wednesday, December 25, 2013

DASAR AM PENGURUSAN HEM

  
PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
SK MARIAN COVENT, IPOH 
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI


MATLAMAT PROGRAM HAL EHWAL MURID
Membantu dalam perkembangan diri dan sahsiah murid supaya murid berfungsi sebagai individu yang seimbang, berdikari, berpengetahuan dan berkemahiran, berfikiran kreatif dan kritikal, memupuk potensi dan kebolehan ke tahap maksima dan  menyuburkan potensi kepimpinan.

OBJEKTIF
1.       Memahami konsep dan peranan seta bidang tugas  Pengurusan Hal Ehwal Murid.
  1. Menghasilkan satu program Hal Ehwal Murid yang dapat membantu kecemerlangan di peringkat sekolah.
  2. Menyediakan dan memupuk murid yang bersahsiah dan berketrampilan.

UNIT - UNIT DI BAWAH  HAL EHWAL MURID
(SEMUA MURID BERGERAK DENGAN PELBAGAI AKTIVITI MASING-MASING)
                 
1.      UNIT DISIPLIN & PENGAWAS SEKOLAH
Objektif: Mengurangkan jumlah kes-kes salah laku murid

2.      UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING
Objektif:  Membimbing dan membantu murid yang menghadapi tekanan dan masalah.

3.      UNIT KEBERSIHAN DAN KECERIAAN
Objektif: Mewujudkan persekitaran yang bersih, ceria dan konduksif.

4.      UNIT KESELAMATAN DAN KECEMASAN
Objektif: Mewujudkan kesedaran dikalangan murid-murid dan wargga sekolah tentang aspek keselamatan diri dan harta benda sekolah.

5.      UNIT KESIHATAN DAN RAWATAN
Objektif: Mengawal pembiakan aedes dan memberi rawatan sementara.

6.      UNIT KEBAJIKAN DAN BANTUAN
Objektif: Membantu dan menyediakan keperluan murid yang menghadapi tekanan dan masalah.

7.      UNIT KANTIN
Objektif: Kebersihan kantin terjaga dan bebas keracunan makanan.

8.      UNIT RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) & PROGRAM SUSU SEKOLAH/VITAMIN 1M
          Objektif: Memastikan murid-murid yang layak sahaja menerima bantuan RMT dan Susu                 Sekolah

9.      JK SKIM PINJAMAN BUKU TEKS
Objektif:  Menyelaraskan hal-hal pengeluaran, pengambilan dan hapuskira buku teks.

10.  UNIT PERABOT DAN KEMUDAHAN FIZIKAL
Objektif: Memastikan bekalan perabot untuk murid mencukupi, segala kerosakan dibaikpulih serta pengemaskinian stok perabot dilakukan.

11.  UNIT DATA MURID (APDM & SSDM)
Objektif: Memastikan data murid sentiasa dikemaskini.

12.  UNIT LAWATAN DAN PENANDA ARAS
Objektif:  Menambah pengetahuan dengan membuat jaringan dan jalinan ke tempat-tempat pelancongan yang berinformasi, sekolah-sekolah  dan agensi-agensi  kerajaan serta menguruskan penanda arasan sekolah.



DASAR AM PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
SK MARIAN CONVENT, IPOH
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI


DASAR 1 :  TENAGA PENGAJAR
1.1  Semua guru di sekolah ini adalah merupakan ibubapa kedua kepada semua pelajar.
1.2  Sentiasa meletakkan kepentingan dan kebajikan pelajar dalam semua bentuk   
tindakan dan keputusan yang dibuat.
1.3  Semua guru perlu melayan semua pelajar dengan adil, saksama, bertimbang rasa,
dan kasih  sayang

DASAR 2  : PENDAFTARAN MURID
2.1 Sekolah ini menerima kemasukan pelajar dari pelbagai kaum tanpa sekatan.
2.2 Setiap maklumat pelajar akan didaftarkan ke dalam buku rekod pendaftaran dan ke        
    dalam Sistem Maklumat Murid (SMM).
      2.3 Setiap pelajar akan di tempatkan di kelas-kelas berdasarkan prestasi akademik.
 2.4   Takwim pendaftaran murid;
2.4.1 Pendaftaran sepanjang bulan  Mac                         - 1 hingga 31 Mac
2.4.2 Pemberitahuan kelulusan permohonan      - hujung bulan Julai
2.4.3 Pengesahan pendaftaran Ibu bapa              - sepanjang bulan Ogos
2.4.4        Pendaftaran murid dan taklimat ibu bapa- akhir Disember/awal Januari

DASAR 3 :  PELANTIKAN PENGAWAS
3.1  Diadakan pada penghujung  tahun untuk tahun berikutnya.
3.2  Pemilihan oleh guru berdasarkan pemilihan oleh semua guru.
3.3  Penentuan pengawas, Ketua dan Penolong Pengawas dibuat oleh Guru-guru Lembaga Disiplin Sekolah.
3.4  Ibu bapa diberitahu tentang pemilihan pada hujung untuk persediaan pakaian murid.
3.5  Pengawas yang baru dilantik akan diberi tempoh perubaan selama sebulan.

DASAR  4 : PENGURUSAN DISIPLIN
4.1  Setiap murid mesti mempunyai Buku Peraturan Sekolah dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.
4.2  Mempunyai Lembaga disiplin yang terdiri daripada Guru Besar dan Semua Penolong Kanan serta guru-guru yang menjadi AJK Disiplin.
4.3  Semua masalah disiplin direkod dan dilaporkan ke PPD.
4.4  Pelajar yang sering melanggar peraturan sekolah, akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin.
4.5  Ibu bapa dipanggil hadir bagi membincangkan masalah disiplin anak untuk yang serius  atau berulang melebihi 4 kali
4.6  Sekolah akan mengamalkan pendekatan “Nasihat Dan Bimbingan” dalam menangani permasalahan disiplin pelajar.
4.7  Ibubapa atau penjaga kepada pelajar yang tidak hadir ke sekolah, perlu memaklumkan atau menulis surat kepada pihak sekolah.
4.8  Murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab selama tiga hari berturut-turut dikira ponteng sekolah.


DASAR 5 :  KEBAJIKAN
             5.1 Pelajar-pelajar yang menghadapi pelbagai masalah akan sentiasa cuba dibantu  
                    melalui jawatankuasa-jawatankuasa yang dibentuk di peringkat sekolah.
             5.2  Pihak sekolah akan sentiasa membuka pintu kepada sesiapa yang ingin memberikan
                    apa jua bentuk bantuan kepada pelajar disekolah ini.
             5.3  Pihak sekolah akan melindungi maklumat peribadi pelajar yang bermasalah demi  
                    menjaga maruah pelajar tersebut.
             5.4  Memastikan murid yang layak mendapat bantuan diberikan bantuan berikut;
RMT dan SUSU      - pendapatan kurang daripada RM450.00 atau purata RM110.00
KWAPM                 - murid yang tercicir dari persekolahan (pendapatan kurang
                                    daripada RM750 atau perkapita RM170)
SPBT                      - semua murid layak menerima mulai tahun 2008
Bantuan Khas OKU- bagi murid kurang upaya.
5.5  Pemilihan berdasarkan maklumat SMM dan diputuskan oleh AJK Kebajikan.
5.6  RMT dijalankan waktu rehat dan susu 1M diberi sebelum waktu balik.
5.7  Bekalan makanan RMT disediakan oleh Pengusaha Kantin bagi memastikan tahap kebersihan dan mutu makanan mudah dipantau.
5.8  AJK memantau penyediaan makanan dan menyelia murid makan semasa waktu rehat.

DASAR 6 :  KAUNSELING
6.1  Mendapat khidmat guru bimbingan yang dilantik.
6.2  Guru bimbingan bekerjasama dengan pihak pentadbir dan AJK Disiplin bagi menjayakan kursus, bengkel,  ceramah dan mewujudkan perhubungan erat dengan Badan-badan luar yang berkaitan.

DASAR 7 : KESELAMATAN
7.1  Keselamatan pelajar akan sentiasa dilindungi sepenuhnya sepanjang mereka berada di kawasan sekolah pada waktu persekolahan.
7.2  Ibubapa atau penjaga, yang ingin membawa pelajar keluar perlu menulis nama di dalam  Buku Kebenaran Keluar yang terletak pejabat.
7.3  Semua pelajar dilindungi dengan Skim Insurans Takaful Malaysia.
7.4  Alat pemadam api disediakan di tempat-tempat strategik.
7.5  Alat pemdam api diselia dan diganti 2 kali setahun.
7.6  Latihan kebakaran dijalankan sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
7.8  Kawalan keselamatan oleh pengawal Keselamatan 24 jam sehari. Seorang pengawal pada waktu siang dan 2 orang pada waktu malam.

DASAR  8:  KESIHATAN
8.1  Sekolah akan memastikan tahap kesihatan pelajar sentiasa baik melalui program-
      program yang dirancang  seperti :
         •  Pemeriksaan Gigi dan Mata sekali setahun
         •  Pemeriksaan Kesihatan bagi Tahun 1 dan Tahun 6
         •  Program RMT
         •  Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani & Kesihatan
         •  Ceramah dan Kempen
8.2  Mendapatkan maklumat tahap kesihatan pelajar daripada ibu bapa / penjaga.
8.3 Penjaga akan dihubungi sekiranya pelajar didapati tidak sihat semasa berada di
      sekolah.
8.4 Pihak sekolah akan terus berurusan dengan pihak hospital, tanpa menghubungi
      penjaga terlebih dahulu terhadap kes-kes yang kronik.
8.5 Pihak sekolah akan berusaha membantu pelajar-pelajar yang mempunyai masalah  
                Kesihatan.
          8.6 Mendapatkan khidmat bantuan semburan nyamuk dari agensi yang
                bertanggungjawab sekurang-kurangnya sekali setahun.

DASAR 9 :  KECERIAAN & KEBERSIHAN
9.1  Diwujudkan jadual tugas bagi setiap murid  bagi mematikan kelas berada dalam keadaan bersih dan sesuai  untuk proses pembelajaran berlaku.
9.2  Terdapat pekerja membersihkan kawasan sekolah.
9.3  Mengadakan program keceriaan dan gotong royong sekurang-kurangnya sekali
setahun.
9.4  Bilik tandas dikhaskan satu kelas satu tandas.

DASAR 10: DATA  & REKOD
10.1Semua kemasukan murid direkod dalam Buku Pendaftaran Murid.
10.2Maklumat peribadi murid yang disediakan oleh ibu bapa disimpan dalam Sistem  
 Maklumat Murid (SSM)
10.3Buku Jadual Kedatangan Murid sentiasa  disimpan di pejabat setelah dicatat  
       kehadiran oleh guru kelas selewat-lewatnya satu jam selepas loceng pertama.
10.4Semakan Buku Kedatangan dibuat akhir bulan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal
 Murid.
10.5Semua data berkaitan disimpan dalam fail sebagai rujukan.






MATLAMAT STRATEGIK
PENGURUSAN HAL EHWAL MURID DAN SAHSIAH PELAJAR.
SEKOLAH KEBANGSAAN MARIAN CONVENT, IPOH
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI

Kejayaan cemerlang sesebuah sekolah banyak bergantung kepada bagaimana sekolah menguruskan hal-hal berkaitan disiplin, sahsiah, dan komitmen murid-muridnya. Sehubung dengan itu, Pengurusan Hal Ehwal Murid dan sahsiah pelajar sekolah telah menetapkan beberapa matlamat yang perlu dan hendak dicapai. Matlamat-matlamat tersebut ialah :
1.      Memastikan pelajar sekolah ini mempunyai data maklumat peribadi yang lengkap   dan kemaskini.
2.      Memastikan pelajar di sekolah ini sentiasa mematuhi peraturan sekolah.
3.      Memastikan pelajar di sekolah ini mengamalkan “ Budaya Hidup Sihat”.
4.      Memastikan pelajar sekolah ini mendapat layanan yang adil dan seimbang dari guru-guru.
5.      Memastikan pelajar sekolah ini tidak terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang tidak bermoral seperti berikut;
a.      Ponteng sekolah
b.      Merokok
c.       Pergaduhan
d.      kelakuan lucah
e.      membuli
f.        kurang ajar atau biadap
g.      merosakkan harta benda sekolah/awam (VANDALISME)
6.      Memastikan pelajar sekolah ini yang bermasalah ekonomi dan pembelajaran mendapat bantuan dan pertolongan yang sewajarnya.
7.      Berusaha menerapkan nilai-nilai murni melalui pelbagai aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah.
8.      Memastikan pelajar sekolah ini sentiasa menjaga keselamatan diri, keluarga, dan harta benda sekolah.
9.      Menggalakkan pelajar sekolah ini sentiasa berusaha menjaga dan menaikkan nama sekolah.



   STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MENCAPAI
 MATLAMAT STRATEGIK
PENGURUSAN HAL EHWAL MURID & SAHSIAH PELAJAR

 
1.      Sistem Pendaftaran Pelajar.
1.1  Sekolah melaksanakan Program Hari Pendaftaran murid tahun 1.
1.2  Gari pendaftaran murid dijalankan satu atau dua hari sebelum persekolahan sebenar.
1.3  Ibu bapa atau penjaga murid menyerahkan borang maklumat murid semasa hadir pada hari pendaftaran.
1.4  Aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada hari pendaftaran  adalah seperti berikut;
a.      Pendaftaran di kelas dengan menyerahkan borang maklumat murid.
b.      Bayaran keperluan persekolahan
c.       Pengagihan buku teks
d.      Taklimat sistem pentadbiran sekolah kepada ibu bapa atau penjaga
1.5  Memasukan data murid ke dalam buku rekod pendaftaran sekolah dan sistem maklumat murid sebelum akhir bulan Januari.


2.      Penguatkuasaan Peraturan Sekolah
2.1  Semua murid perlu memiliki Buku Peraturan Sekolah
2.2  Semua murid dikehendaki memakai lencana sekolah dan tanda nama.
2.3  Membuat pelantikan pengawas sekolah yang terdiri daripada murid tahun tiga hingga tahun enam.
2.4  Bilangan pengawas sekolah adalah 10% daripada bilangan keseluruhan murid pada tahun semasa.
2.5  Semua pengawas yang dilantik perlu melalui proses berikut;
a.      Pencalonan oleh guru kelas
b.      Temuduga oleh jawatankuasa disiplin dan pengawas sekolah
c.       Kursus perlaksanaan tugas dan tanggungjawab
d.      Tempoh percubaan sepanjang bulan Januari
e.      Majlis watikah perlantikan.
2.6  Mengadakan sesi kaunseling khas kepada murid-murid yang sering melanggar peraturan.


3.      Pelaksanaan Program-program Kesihatan
3.1  Memastikan perlaksanaan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) menepati sasaran dan matlamat perlaksanaannya seperti berikut;
a.      Bilangan murid yang terlibat
b.      Pemilihan murid yang tepat
c.       Penyediaan menu yang berkhasiat
3.2  Memastikan murid menggunakan sepenuhnya waktu rehat secara berfaedah seperti berikut;
a.      Cukup masa untuk membeli makanan dan menjamu selera
b.      Berinteraksi dengan kawan-kawan
c.       Bersedia untuk sesi pembelajaran seterusnya
d.      Mendapatkan maklumat atau bahan-bahan dari pusat sumber dan pusat akses
3.3  Membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala seperti;
a.      Pemeriksaan mata
b.      Pemeriksaan gigi
c.       Pemeriksaan kuku dan rambut
d.      Pemeriksaan kesihatan dan kebersihan diri
3.4  Memastikan pengurusan kantin dan persekitaran sentiasa bersih.
a.      Pekerja kantin mendapat suntikan dari jabatan kesihatan
b.      Jenis-jenis jualan di kantin adalah berkhasiat dan berkualiti
c.       Penyediaan makanan adlaah secara masak sendiri
d.      Tong-tong sampah disediakan mencukupi keperluan
3.5  Mewujudkan tabiat sukakan kebersihan dan melalui aktiviti berikut;
a.      Pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas
b.      Gotong royong
c.       Mengutip sampah dan masukkan ke tong sampah secara spontan bila menjumpainya
d.      Tidak membuang sampah merata-rata


4.      Mempertingkatkan peranan guru-guru
4.1  Guru perlu sentiasa memberi layanan yang adil kepada semua murid dalam sebarang tindakan yang diambil.
4.2  Tindakan-tindakan guru adalah konsep “MENDIDIK BUKAN MENGHUKUM”
4.3  Semua guru perlu memainkan peranan sebagai  GURU DISIPLIN.


5.      Melaksanakan Sesi Kaunseling dan Motivasi
5.1  Murid-murid  yang menghadapi masalah disiplin dan rendah akhlak akan sentiasa diberi kaunseling dan dibimbing melalui aktiviti berikut;
a.      Sesi Kaunseling Individu
b.      Sesi Kaunseling Kelompok
c.       Lawatan khas guru kaunseling  ke rumah
d.      Kem Jati Diri


6.      Pelaksanaan modul-modul dalam Program Sekolah Selamat
6.1  Melatih murid-murid menyelamatkan diri dari keadaan kecemasan seperti kebakaran melalui LATIHAN KAWAD KECEMASAN.
6.2  Mengadakan sesi ceramah dari pihak-pihak tertentu berkaitan perkara berikut;
a.      Keselamatan jalan raya
b.      Jenayah juvana
c.       Pertolongan cemas
d.      Penyalahgunaan dadah


7.      Penggalakkan Penyertaan Aktiviti Luar
7.1  Murid-murid digalakkan menyertai aktiviti luar bilik darjah yang dianjurkan oleh perbagai pihak seperti;
a.      Menyertai pertandingan mewarna dan melukis
b.      Menyertai lawatan sambil belajar
c.       Menyertai pertandingan kokurikulum akademik
d.      Menyertai pertandingan sukan dan permainan


7.2  Murid-murid juga diasuh dan diberikan panduan bagaimana menguruskan masa dengan baik dan berfaedah melalui aktiviti seperti;
a.      Pembacaan di pusat sumber atau perpustakaan
b.      Menghadiri kelas tambahan atau tuisyen
c.       Program bersama keluarga



Unit Hal Ehwal Murid
SK Marian Convent, Ipoh
Sekolah Berprestasi Tinggi

No comments:

Post a Comment