Thursday, January 2, 2014

Guru Kelas SK Marian Convent 2014,

Hari pertama persekolahan selepas perhimpunan,
Macam biasa la meronda kawasan. Rutin harian yang perlu dilaksanakan sebagai Penolong Kanan yang menguruskan Hal Ehwal Murid. Hari pertama ni memantau semua kelas bagi memastikan anak-anak selesa untuk belajar. Memastikan kerusi dan meja mencukupi dan selamat digunakan, walaupun sebenarnya semua sudah dipantau seminggu sebelum sekolah bermula. Yang penting memastikan semua murid yang mendaftar hadir ke sekolah pada hari pertama. Semua sihat dan gembira kembali ke sekolah.











Alhamdulillah semua kelas dalam keadaan bersih dan kemas.
 Kerusi meja tersusun dengan rapi. 
Tahniah kepada guru-guru kelas yang mengambil langkah awal 
untuk menceriakan kelas dengan  kreatif dan berwarna-warni. 
Bila ada sesi pagi dan sesi petang terpaksa la berkongsi kelas
 antara kelas Tahap 1 dan Tahap 2, bila berkongsi ni ada banyak kelebihannya.
 Bila bekerjasama, kebersihan dan keceriaan akan lebih terserlah. 
Boleh jimat lagi,  boleh share beli barang kan...orang kata muafakat membawa berkat. 
Teringin nak tengok kelas-kelas yang kerusi dan mejanya beralas cantik...agak-agak boleh  tak dilaksanakan. Praktikal tak? Ibu bapa boleh la membantu baik dari segi tenaga dan wang ringgit untuk menceriakan kelas agar anak-anak berasa selesa dan seronok untuk belajar, sesuai dengan Anjakan ke 9 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 
Sarana Sekolah Sarana Ibu Bapa...ibu bapa boleh memainkan peranan masing-masing untuk membantu sekolah dalam apa jua bidang. 

Amalkan slogan SEKOLAHKU RUMAHKU agar kelas sentiasa bersih dan ceria..
Pastikan kelas anda mendapat markah di paras cemerlang dalam Pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas bermula pada minggu kedua.


Guru yang bertanggungjawab menguruskan kelas bagi Tahun 2014

1 SEROJA          PN RABIYAH  BT IBRAHIM
1 KENANGA     PN SURYANI BT MOHAMED SAID
1 MAWAR         PN NOORZEDAH  BT  CHE AWANG
1 CEMPAKA     PN NURUL IFFAH  BT  ANWAR

2 SEROJA          PN NORMUHAZIAWATI BT MUHAMED
2 KENANGA     PN ROSNI BT ZULKEFLI
2 MAWAR         CIK WONG WAI CHING
2 CEMPAKA     PN HAZIZAN  BT  MAT NOOR

3 SEROJA         PN NOOR SHAZWANI  BT  FAUZI
3 KENANGA     PN MILAH BT SARPANI
3 MAWAR         PN SHARIFAH SHAZLINA BT SYED AHMAD SHUKRI
3 CEMPAKA     PN AZLINDA  BT  AHMAD 

4 SEROJA         PN FAIRUL NAZWA BT MOHAMED TAIP
4 KENANGA    PN ZAITON  BT  SU
4 MAWAR        PN THIRUPTHI A/P VISVANATHAN
4 CEMPAKA    PN HJH KHAMSIAH BT MUDA

5 SEROJA        PN NOORAIDA  BT  ZAINUDDIN
5 KENANGA   PN NORRIZA   BT  ISMAIL
5 MAWAR       PN NURUL A'SYIQIN BT AHMAD SHUKRY
5 CEMPAKA   PN HJH ROSIMAH BT MATT

6 SEROJA        PN MAZNAH  BT SAIDI
6 KENANGA   PN NOR HASHIMAH  BT HASHIM
6 MAWAR       PN SABARIAH  BT OMAR
6 CEMPAKA   PN HJH ROSHILAH  BT  ARIFFIN


Selamat Menjalankan Tugas dengan penuh dedikasi dan kasih sayang.

Keseronokan  dan keikhlasan dalam bekerja 
membuatkan kita mampu melakukan segalanya.

Saya Sayang Semua.

No comments:

Post a Comment