Monday, January 20, 2014

Pelantikan ke Perlantikan

Kadang-kadang jadi keliru, mana satu yang betul ejaannya. 
Bila ada yang kata.. ye ke macam tu ejaannya?....betul ke? tambah lagi keliru...
Bla buat rujukan sendiri lepas ni tak la keliru lagi...

Rujuk pada Kamus Dewan  yang betul....
                          PELANTIKAN
lepas ni jangan konfius lagi ye.. perkataan ni akan selalu disebut dalam mesyuarat awal tahun, nak tubuhkan jawatankuasa dan majlis nak melantik pemimpin sekolah. Macam tu jugak perkataan pelaksanaan...bukan perlaksanaan... 

Sebagai panduan untuk mengeja perkataan lain dengan betul 
Kita rujuk Pakar bahasa katanya;
Untuk membezakan ejaan perkataan tersebut perkara pertama yang perlu ditentukan ialah imbuhan yang digunakan pada kata dasar yang bermula dengan huruf  'l'  letak, lucut, lancar, lanjut dan lain-lain. Perkataan yang bermula selain huruf 'l' tidak mendatangkan masalah.

Jika perkataan tersebut boleh ditambah imbuhan meN.....kan
perkataan tersebut boleh dieja dengan peN.....an iaitu tanpa huruf 'r'.

Sebagai contoh perkataan letak, lepas, lucut, lanjut, laksana boleh ditambah apitan meN...kan (me......kan) menjadi
meletakkan, melepaskan, melucutkan, melanjutkan, melaksanakan

perkataan tersebut dieja sebagai;
peletakan, pelepasan, pelucutan, pelanjutan, pelaksanaan

Jika sesuatu perkataan yang bermula dengan huruf 'l' boleh menerima apitan beR..... seperti berlumba, bermain, berlaga,berjumpa,berlawan maka perkataan tersebut dieja dengan peR....an seperti; perlumbaan, perlawanan, perjumpaan, permainan.

Jadi tiada perkataan berlantik atau berlaksana...
untuk menjadi perkataan perlantikan atau perlaksanaan...


Bahasaku indah...

2 comments: