Sambil meronda kawasan, jengukla kelas-kelas yang terbuka pintunya, sape la yang tak tutup pintu ni.. Eh, cuti-cuti pun mereka datang sekolah jugak. Datang untuk menghias kelas. Masa cuti la baru sempat nak buat, hari sekolah tak sempat, PnP tak cukup masa nak buat benda lain. Ha biasa la sekolah rendah ni cikgu-cikgu yang kena buat semua...mengemas, menghias kadang mengecat pun buat sendiri. Yang tabiknya semua cikgu kat sekolah saya ni perempuan... so panjat la sendiri kalau nak menggantung tu. (ada jugak cikgu-cikgu yang bawa cik abang menolong, yang tak nak menyusahkan cik abang, ha buat la sendiri). Untungnya juga kelas berkongsi ni, jadi boleh bekerja untuk menghias dan menjaga kebersihan dan keceriaannya.
Ni la hasil kerjasama mereka.. Tahniah dan terima kasih. Harap-harap buka sekolah nanti kelas ni dah semakin ceria. Murid-murid akan berasa seronok dan menjaga kekemasan dan kebersihannya sepanjang masa. Saling bekerjasama antara murid Tahun 4 Kenanga dan 2 Kenanga 2014. Semangat dan keseronokan belajar pun semakin tinggi kerana belajar dalam kelas yang kemas, bersih dan ceria.
Eh tak siap lagi la Puan Hindon...tak pe lain kali bila meronda kita snap lain ye...
Ni la guru kelasnya Pn Zaiton & Pn Rosni |
Harum mewangi sepanjang jalan,
Mekar berseri jadi perhatian;
Bekerjasama jadikan amalan ,
Agar kelas kemas menawan .
No comments:
Post a Comment