Monday, February 10, 2014

Program Guru Penyayang


Kami amat menyayangi murid-murid dan guru-guru kami.
Pelaksanaan guru penyayang adalah bertujuan agar guru mengamalkan dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah.


Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya dengan mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.

Guru Penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa.

Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat.

Objektif Guru Penyayang ialah menjiwai penyayang adalah budaya guru dan menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah.

Pelaksanaan Guru Penyayang hendaklah berterusan serta merupakan budaya guru. Ia akan dilaksanakan berdasarkan pelan jangka pendek dan jangka panjang secara berfasa. Fasa Pertama guru-guru hendaklah melakssnakan tiga aktiviti iaitu mengalu-alukan kehadiran murid, Program Mentor Mentee dan Memberi penghargaan kepada murid seperti Sambutan Hari Lahir, Sambutan Hari Kanak-kanak dan Sambutan perayaan agama.

Hari ini sekolah saya telah melancarkan Program Guru Penyayang Peringkat Sekolah, walaupun sebenarnya sebahagian aktivitinya telah bermula seawal hari pertama persekolahan. Pada majlis tadi telah diadakan pengenalan Mentor kepada semua mentee,setiap kelas menerima 2 orang guru sebagai Mentor. Majlis dikelolakan oleh Guru Bimbingan Kaunseling dan Pembimbing Rakan Sebaya.
Hari ini juga diadakan majlis Sambutan Hari Lahir bagi murid-murid yang lahir pada bulan Januari dan Februari. Happy Birthday Girls...

Anak-anak Januari... kira yang paling tua la antara rakan sebaya mereka.

Anak-anak Februari...Selamat hari Lahir ..
Sedihnya gambar masa potong kek hilang entah di mana. Terima kasih yang membuatkan kek coklat tu. Sedap, bulan depan boleh buat lagi kan...

Pasangan Mentor diperkenalkan kepada mentee...Mentee tunggu kat bawah ye..
Sesiapa yang tak hadir hari ni, tak tau la siapa Mentor mereka.
 Saja je tak nak beritahu di sini. Tunggulah program Mentor Mentee seterusnya. 
Eh kelas mana  yang tak ada gambar Mentor ni. Jangan marah....









Sayang Selasih luruh daunnya,
Hendak kukutip terbang melayang;
Hidup berkasih mesra bersama,
Senyuman bersapa menambah sayang..


No comments:

Post a Comment