Monday, March 17, 2014

Iklim dan Cuaca Malaysia

Malaysia mengalami iklim Khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun.

A/ Suhu
1. Malaysia menerima pancaran matahari sepanjang tahun. Oleh itu suhu di negara kita adalah tinggi    dan hampir sekata sepanjang tahun. Purata suhu tahunan negara kita ialah 27 darjah Celcius.
2. Suhu dibaca dengan menggunakan jangka suhu.
3. Bacaan suhu berbeza antara tanah tinggi dan tanah pamah.

B/ Angin
1. Angin merupakan kumpulan udara yang bergerak.
2. Dua jenis angin utama bertiup di Malaysia.
    i.  Angin Monsun Timur Laut
        Bertiup dari bulan November hingga bulan Mac ke arah Pantai Timur Semenanjung Malaysia
        dan Timur Johor dan Sabah.
   ii.  Angin Monsun Barat Daya
        Bertiup dari bulan Mei hingga September.

C/ Hujan
1. Malaysia menerima hujan lebat sepanjang tahun melebihi 2600mm setahun.
2. Kawasan paling lebat menerima hujan ialah Bukit Larut di Perak dan paling sedikit menerima
    hujan ialah Jelebu di Negeri Sembilan.

Info Tambahan:  
Negara yang mengalami Iklim Khatulistiwa  seperti Malaysia ialah Indonesia, Brazil dan Nilgeria keranan kedudukannya sama berada di Kawasan Garisan Khatulistiwa.
Sila lihat peta dunia, senaraikan 3 negara lain yang mempunyai iklim Khatulistiwa.




Faktor yang mempengaruhi  Iklim di Malaysia
1. Kedudukan
    a) hampir dengan Garisan Khatulistiwa
    b) semakin jauh dari Kawasan Khatulistiwa suhu semakin kurang.

2. Angin dan Hujan
    a) Arus kelautan - arus lautan panas akan meninggikan suhu, manakala arus lautan sejuk akan             merendahkan suhu.
    b) Arah tiupan angin monsun - hujan lebat akan berlaku di kawasan menghadap angin yang
        bertiup dari laut.

3. Ketinggian
    a) Semakin tinggi sesuatu tempat, suhunya semakin rendah.

4. Kepulauan
     a) Pulau ialah kawasan daratan yang dikelilingi laut.
     b) Suhu di pulau lebih rendah  kerana disederhanakan oleh air.
     c) Kawasan jauh dari pinggir laut, suhunya akan lebih tinggi.

Fikir Sejenak:
Mengapakah suhu rendah di Cameron Highland?


Pengaruh Iklim Terhadap Kegiatan Ekonomi Penduduk

1. Pertanian
    Hujan yang banyak sepanjang tahun menyuburkan pelbagai jenis tanaman di Malaysia seperti padi, getah dan kelapa sawit. Penanam padi sesuai ditanam pada waktu hujan kerana memerlukan banyak air. Pokok getah hanya boleh ditoreh pada waktu panas.
                        
?? Mengapa getah tidak boleh ditoreh sewaktu hujan.

2. Perikanan
    Nelayan turun ke laut semasa laut tenang. Nelayan di Pantai Barat Semenanjung Malaysia dapat turun ke laut sepanjang tahun tetapi nelayan di Pantai Timur tidak boleh menangkap ikan semasa musim tengkujuh iaitu ketika angin monsun Timur Laut bertiup. Musim tengkujuh nelayan akan membaiki bot dan menjahit pukat atau jala  yang rosak.
                                  

3.  Pelancongan
     Cuaca panas dan lembap menggalakkan  kedatangan pelancong ke Malaysia. Banyak pantai yang cantik dan bersih menjadi pusat pelancongan seperti Pantai Batu Buruk di Terengganu dan Pulau Langkawi di Kedah.

4.  Pembalakan
     Malaysia banyak kawasan pembalakan. Cuaca panas dan lembap menyuburkan pokok-pokok sengal, meranti, keruing dan merbau. Kegiatan menebang balak mudah dijalankan jika hari tidak hujan.    
                                     


Bencana Alam

1. Banjir
    Hujan yang turun dalam masa yang panjang boleh mengakibatkan banjir kerana air sungai melimpahi tebing.  Kejadian banjir mengakibatkan kerosakan harta benda, tanaman, ternakan dan kadang kala menyebabkan kehilangan nyawa.
      
                                   

2. Tiupan angin kencang menyebabkan rumah  dan harta benda rosak teruk.

                                  


#Nota untuk Kajian Tempatan Tahun 5

2 comments:

  1. Cikgu,yang tulisan berwarna tu dalam buku kena tak buat macam tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu isi pentingnya, lebih mudah dilihat dan diingati jika ditulis dengan warna atau digariskan sahaja.

      Delete