Ada pulak kaitan dengan laman saya ni kan...
Kepada semua ibu bapa dorongan dan kata semangat penting untuk anak-anak seronok ke sekolah. Hubungan baik antara guru dan ibu bapa juga akan memberikan kejayaan yang cemerlang kepada anak-anak. Insyaallah.
5 Kunci Kejayaan Anak-Anak Pergi Ke Sekolah:
1. Sentiasa beri pesanan pada kanak-kanak.
Pesan pada setiap hari Jumaat selepas balik sekolah bahawa Isnin hari sekolah. Jumpa kawan-kawan dan berlajar supaya boleh jadi pandai, kaya, dan duduk dengan ibu ayah.
2. Jadi 'Spy' kepada anak-anak.
Tanya pada guru di sekolah apa yang dilakukan oleh anak kita. Bagaimana prestasi sikap, pergaulan dan cara komunikasi anak-anak. Ini untuk melihat perkembangan anak-anak dari segi emosi, tenaga dan tindakan anak-anak. Jika perlu, datang ke sekolah anak-anak sesekali tanpa memberitahu mereka. Kita boleh menghubungi pihak sekolah dari semasa ke semasa.
3. Berikan pujian kepada mereka.
Kanak-kanak suka kepada pujian oleh guru dan kawan-kawan serta ibu bapa mereka. Kanak-kanak lagi suka dan berbungga hati mereka apabila kita memuji mereka depan guru-guru atau kawan-kawan. Ini memberi inspirasi kepada anak-anak untuk sentiasa pergi ke sekolah.
4. Murahkan pelukan dan ciuman kepada anak-anak.
Sentiasa peluk dan cium anak-anak kita sebelum hantar mereka ke sekolah. Malah, apabila mereka pulang dari rumah, peluk dan cium mereka. Jadikan ia sebagai satu 'habit' atau perkara wajib yang mesti dilakukan bersama anak-anak. Ini memberikan kekuatan kepada mereka untuk menjadi seorang yang berdikari tetapi pada masa yang sama mereka dapat merasai kita dekat dengan mereka.
5. Jadi pendengar yang baik kepada anak-anak.
Cari jalan supaya anak-anak boleh bercerita dan meluahkan segala isi hati mereka di sekolah kepada kita. Ini membantu kita untuk sentiasa memahami dan mengetahui setiap perkembangan anak-anak yang berlaku ketika di sekolah.
Banyak lagi info berkaitan dengan anak-anak, boleh la layari laman ni..
http://www.liyanamalek.com/2013/03/liyana-malek-5-kunci-saya-suka-pergi-ke.html
Suka pergi sekolah bermakna Sukakan Sekolah..
Bila sukakan sekolah, akan seronok berada di sekolah.
No comments:
Post a Comment