Assalamualaikum semua.
Sekadar berkongsi apa yang diperolehi dikeheningan malam ini. Mencari ketenangan jiwa...
Menyucikan minda dan memuhasabahkan diri...siapalah saya sebenarnya...
Ketika hati dilanda gundah, Ketika diri dalam kerisauan,
Menyucikan minda dan memuhasabahkan diri...siapalah saya sebenarnya...
Ketika hati dilanda gundah, Ketika diri dalam kerisauan,
Di kala fikiran buntu mencari penyelesaian, Di saat tercari-cari jalan ketenangan.
Menenangkan jiwa dengan Al-FATIHAH Ayat 1: "Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi maha Penyayang"
Ayat 2: " Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta alam"
Ayat 3: "Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"
Ayat 4: "Yang menguasai hari pembalasan"
Ayat 5: "Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah
kami mohon pertolongan"
Ayat 6: "Tunjukilah kami jalan yang lurus"
Ayat 7: :"(yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka,
bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat"
Jom Amalkan membaca Surah Al-Fatihah...
Ayatnya pendek dan lazim kita baca, pasti semua dah hafal..insyaallah...
paling tidak sehari 17 kali kita baca.
1: Sebelum tidur -
bacalah Surah Al-Fatihah diikuti surah Al-Ikhlas 3x, surah Al-Falaq dan surah An-Nas
Insyaallah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan.
2: Antara Solat Sunat & Solat Maghrib - bacalah 40x surah Al-Fatihah.
untuk memohon sesuatu yang baik daripada Allah swt, Insyaallah hajat akan termakbul
3:. Selepas Setiap Solat Fardhu 5 waktu - bacalah 20x surah Al-Fatihah
Insyaallah orang yang mengamalkannya akan dihindari daripada kesusahan hidup
4: Antara Solat sunat Subuh danSolat Fardhu Subuh - 41xAl-Fatihah
Insyaallah akan termakbul apa yang diingini, mampu melangsaikan hutang,sembuh daripada penyakit, mendapat anak yang soleh & akan disenangi orang apabila bertemunya.
5: Selepas Solat Subuh - baca 125x Al-Fatihah
Insyaallah akan dipertemukan apa yang dicari
"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran Surah Al-Fatihah dan
rahsianya, supaya dimudahkan bagiku semua urusanku, sama ada urusan dunia atau urusan
akirat, supaya dimakbulkan permohonanku dan ditunaikan hajatku..........."
6: Tengah malam (waktu sahur) - baca Al-Fatihah 41x
Insyaallah dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.
"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan
rahsianya, supaya Engkau bukakan bagiku pintu-pintu rahmatMu, kurnia-Mu dan rezeki-Mu.
Dan Engkau mudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku rezekiMu yang banyak lagi berkat
tanpa kekurangan dan tanpa susah payah, sesungguhnya Engkau berkuasa atas setiap
sesuatu. Aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, berikan apa
yang kuhajati........"
Surah Al-fatihah juga berkhasiat untuk menjadi penawar kepada penyakit.
Insyaalah dengan keyakinan kebesaran Allah setiap penyakit akan beransur sembuh.
1. Air Penawar (demam panas)- Baca Al-Fatihah 40x pada bekas berisi air kosong.
Usapkan air tersebut pada muka, kepala, kedua belah tangan, kedua belah kaki dan seluruh badan, lalu
diminum. Insyaallah akan sembuh.
2. Sengatan Kala - Baca surah Al-Fatihah 7x pada bekas berisi air dan sedikit garam
Beri minum pada orang yang tersengat kala. Insyaallah ia akan sembuh.
3. Sakit gigi - letak jari pada tempat yang sakit dan baca Al-Fatihah 7x
Waallaulam
Mohonlah hanya pada Allah, bukan selain daripadaNya.
Hanya ketenangan memberi kesabaran dan kekuatan iman.
Yakin dan pasrah pada Allah swt.
Yakin dan pasrah pada Allah swt.
Semoga Allah makbulkan segala yang dipohon.
Amin, Amin Ya Rabbil Alamin
Amin, Amin Ya Rabbil Alamin
Boleh layari link d bawah untuk berkongsi maklumat.:
http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/fadhilatdankhasiatalfatihah.htm
http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/fadhilatdankhasiatalfatihah.htm
http://panahanmatamu.blogspot.com/2013/01/kelebihan-membaca-dan-mengamalkan-surah.html
No comments:
Post a Comment