TAHNIAH Guru Besar dan Seluruh Warga Marian Convent.
atas Penganugerahan Tawaran Baharu Guru Besar atau 'New Deals' bagi tahun 2013.
Alhamdulillah, bersyukur sangat dengan anugerah yang diberi.. berkat kerjasama dan komitmen semua demi meneruskan kecemerlangan sekolah dan sentiasa di puncak kegemilangan.
Saya tumpang dua kaki la atas anugerah ini. Ye la kan anugerah atas nama Guru Besar so, bila guru besar dapat, kita pun dapat. Betul tak? Berkat kesabaran, ketenangan, keprihatinan dan tanggungjawab guru besar saya yang cemerlang menjadikan sekolah saya ni sentiasa mendapat New Deals sejak mula diperkenalkan kira dah 4 kali la. Saya baru kali ke 2 la nak merasa..hehehe.. kali pertama memang tak merasa, kali kedua xcukup haul bertugas di sekolah ni (kurang 2 minggu), tapi ada kekawan yang memberi masa tu untuk merasa sama. Terima kasih sesangat.
Majlis Penyampaian Anugerah 2013 diadakan semalam di Pusat Konvensyen Shah Alam oleh YAB Tan Sri Muhyidin Yassin, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan Malaysia. Saya tengok kat TV je..
Di Negeri Perak hanya 56 buah sekolah yang menerima anugerah TBGB.
Tahniah kepada Semua guru besar di daerah saya yang menerima anugerah;
1. SK Marian Convent, Ipoh (Pn. Hjh Rogayah Pilus)
2. SK Tarcisian Convent, Ipoh (Pn Hjh. Faridah Ahmad Rashidi)
3. SK Perempuan Methodit, Ipoh ( Datin Hjh Azian Ahmad Shaharbi)
4. SK Convent, Ipoh (Pn. Hjh Zamiyah Hassan)
5. SK Raja Perempuan, Ipoh (Pn. Rosida Mohd Sainee)
6. SK Cator Avenue, Ipoh (En. Noor Haris Dzulkifli)
7. SK Seri Ampang, Ipoh (YM Raja Zainalabidin Raja Yahaya)
8. SK Dato' Panglima Kinta (En Zul Azhar Ramlee)
9. SJKC Ave Maria Convent, Ipoh (Pn Tan Lee Ei)
APA DIA TBGB ni..
Sedikit info sebagai panduan untuk mendapat Anugerah TBGB ni..
mana tau kan satu hari jadi guru besar hehehe tak salah kan bercita-cita besar. boleh la buat rujukan..kot-kot ada lagi TBGB masa tu...
TBGB ialah ganjaran kepada Guru Besar/ Pengetua
- Bermula tahun 2010
- Penilaian ke atas GB/P pada penghujung tahn penilaian Semasa (selepas diumumkan peperiksaan awam
- Markah SKPM diisi dalam portal oleh GB/P.
SYARAT TBGB
- Pencapaian GB di ukur sebagai SKOR KOMPOSIT
- Skor GPS (70%), Skor SKPM (30%)
- Guru Besar berkhidmat di sekolah berkenaan mekebihi 6 bulan
- Sekolah layak dinilai dan melalui Saringan apabila
- Skor Komposit lebih 84% (Kategori 1)
- Ranking Lonjakan sebanyak 2050 (Kategori 2)
- Beza Skor komposit - 6 3 3 (Kategori 3)
- Verifikasi ke atas sekolah berjaya saringan berdasarkan Portal NKRA. TBGB akan dilawati oleh;
- Nazir
- Bahagian Audit Sekolah
- JPN/ PPD
- AJK/ Panel Lnpt Negeri
- SYARAT DIPERAKUKAN GANJARAN GB
- Audit Tanpa Teguran (Tahun penilaian)
- GB bebas tindakan tatatertib
- Lnpt GB melebihi 90%
- Pencapaian Linus lebih 90% (bagi sek 84%)
- Meningkat 50% dari saringan 1 (bagi sek lonjakan 2050)
- Diperaku oleh JK Panel penilai yang dipengerusi oleh KSU KPM
Tiada TBGB kepada;
- GB baru dilantik kurang dari 6 bulan pada tahun penilaian
- GB sedang berkhidmat di sekolah baru yang belum ada peperiksaan awam
- GB akan bersara kurang 6 bulan pada tahun penilaian
- GB tiada di sekolah melebihi 6 bulan secara berterusan.
GANJARAN
- Apabila GB mendapat ganjaran TBGB guru-gurunya juga layak mendapat ganjaran berdasarkan;
- berkhidmat di sekolah tersebut melebihi 6 bulan.
- Mencapai SKT/KPI mengikut LNPT dan bukan prestasi statik.
- Bebas tindakan tatatertib
- Tidak meninggalkan sekolah melebihi 6 bulan untuk cuti tanpa gaji, sambung belajar dsb.
- Tidak akan bersara dalam tempoh kurang 6 bulan dalam tahun penilaian.
BENTUK GANJARAN
- Kewangan - Guru Besar RM7,500.00
5% LNPT tertinggi guru - RM1,800.00
95% guru berikutnya - RM900.00
Kakitangan Sokongan - RM500.00
Tahniah semua. tunggu ganjaran di bank.
Semoga ia menjadi pendorong untuk terus mencemerlangkan sekolah.
No comments:
Post a Comment