Friday, May 9, 2014

ZIKIR PENAWAR HATI



Assalamualaikum semua. 

Dah seminggu lebih tak menjenguk di sini. Agak sibuk sedikit sambil merawat hati..
Memujuk dan menenangkan hati...
dan catatan entri kali ini ...sekadar untuk ingatan sendiri, andainya aku terlupa nanti
Ya Allah sesungguhnya benar dengan berzikir, hati akan menjadi tenang. 
Dalam keresahan dan kegundahan hati ini, zikir lebih mendekatkan aku kepadMU, 
bukan kerana aku lupa semasa senang, tapi inilah hikmah aku diberi ujian...
memang lumrah manusia...mudah alpa. Semoga bermula detik ini amalan ini akan berterusan dan sentiasa menguntum rindu dan kasih abadi hanya padaMU.


Jom kita amalkan, mudah-mudahan menjadi penyinar di alam barzakh nanti.



Fadhilat membaca zikir Harian
Jumaat
Allah akan memberikan ketenangan hati kepada orang yang membacanya.
Sabtu
setiap kali kita menyebutnya, Allah akan hampir kepada kita dan Allah akan memberi segala kebaikan kepada kita
Ahad
Memperolehi harta yang banyak dan membawa berkat serta dicintai oleh setiap manusia.
Isnin
Setiap bacaan Allah memberi pahala sebesar Bukit Uhud dan menghindarkan sifat-sifat Mazmumah dalam diri kita.
Selasa
Setiap bacaan Allah akan ampunkan dosa kita selama setahun.
Rabu
Setiap bacaan Allah akan hilangkan satu titik hitam dalam hati.
Khamis
Setiap bacaam Allah akan mengampunkan dosa kita sebanyak buih di lautan dan Allah akan menghidupkan satu pohon buat kita di syurga.


Sambil-sambil kita memandu, ke sekolah  ke,  tempat kerja ke, boleh la diamalkan. Isi masa terluang dengan berzikir. Insyaallah hati akan tenang.
Kekadang segan jugak nak berzikir bawa tasbih, takut ada yang salah anggap kata nak menunjuk pulak kan. So kita guna jari-jari pemberian Allah ini. Begitu indahnya ciptaanNya, setiap bahagian ada fungsinya.
Mudahkan..Jom kita amalkan...





terima kasih kepada tuan punya web ni.
http://remy89.file.wordpress.com/2010/10/zikir1.jpg
http://terindah68.blogspot.com/2013/01/zikir-harian.html

2 comments: